Riuh suara angin dan ombak yang menerjang sedikit kulit ku, membuatkan kami tergelak. Cuaca tak seberapa nak panas sangat, itu yang buatkan percutian ini seronok.
Aku. Masih Amira Batrisya yang sama, masih dengan lelaki yang sama dan selamanya cinta, Syahfiqy Razali. Sang penawar hati sang penglipur lara.
Kami tinggalkan sejenak masalah kerja. Aku tolak tepi segala urusan butik dan bisnes, alhamdulillah Miralace ab.co semakin berjaya.
"Syazlynn Armedina binti Syahfiqy Razali"
Launganku cukup kuat dan keras juga. "Iya mama"
Budak umur 5 tahun itu anak aku dan Syah. Alhamdulillah kami dikaruniakan seorang cahaya mata dan seorang lagi didalam perut, InshaAllah.
"Meh sini, jangan main lari-lari. Kita balik bilik sekarang ye" aku menggandeng tangan anak ku. Cinta kasih ku.
"Mama, Lynn lapar. Lynn nak kfc" aku menggeleng. "Tak boleh kfc" Lynn mencebikkan mulutnya. Aku tahu aku ni garang sangat. Tapi, aku tak nak Lynn terlebih gemuk. Hehe.
"Mama... Lynn nak kfc, nak kfc. Kalau mama tak nak bagi tak apa. Papa boleh bagi"
Lynn berlari masuk kedalam bilik, menghampiri Syah yang tengah duduk di balcony sambil menghirup kopi O pahitnya.
"Papa... Lynn nak kfc, tapi mama tak bagi" Lynn merengek. Aku endah saja, tahu dia ni suka bodek papa dia dan Syah pula suka melayan kerenah Lynn.
"Okay princess, kejap lagi papa call kfc ye" aku berdehem nyaring. Lynn sudah tersenyum bahagia. Hajatnya nak makan kfc sebentar lagi akan terkabul.
"Lynn dan papa sayang, tak sihat tau makan fast food tu. Mama order benda lain je ye, salad? Kita makan salad malam ni. Lagi satu, mana ada kfc"
Suara aku lembut kan. Maklum lah selama jadi mak buyung ni, seketul ayam kfc atau subway pun aku tak jamah. Asyik makan sayur, makanan rebus, hehehe. Tak sentuh junk food langsung.
Lagipun, Lynn tu dah gemuk untuk ukuran anak seumur dia. Aku tak nak dia obesiti.
Kami sekarang tengah berada di Batu Ferringhi Beach, Penang.
"Mengada lah mama" eei anak aku cakap aku mengada. Adui. Siapa ajar ni.
"Sayang... apa salahnya makan kfc sekali sekala je. Kita esok kan dah nak gerak George Town lepas tu baru balik KL"
Aku memerhati wajah memelas dua orang paling comel dalam dunia ni dam sebentar lagi akan bertambah tiga orang paling comel dalam hidup aku.
"Okay, mama bagi makan kfc. Tap..."
"Tapi...?" Comel muka Lynn.
"Selepas kita sampai KL. Mama belanja dua bucket kfc"
Wajah cemberut nya berubah menjadi ceria selepas mendengar dua bucket kfc.
"Betul ke ni sayang?" Syah menjeling dan aku mengangguk laju.
"Okay tak apa, janji dua bucket kfc ye ye ye mama baik, Lynn sayang mama" dia mengecuk pipi dan perut ku sekali.
"Dua bucket tu share dengan papa" Syah pun ikut mencium pipi, perut, dan bibir ku sekali. Part bibir tu dia tutup mata Lynn dengan tangan nya. Kelakar lah. Sweet as always.
--------------------------
"Happy 7th wedding anniversary sayang" kecupan halus di pipi ku pun mendarat."Asal 7?" Dia tersenyum.
"Satu untuk setahun kita yang hilang, 10 tahun yang lalu"
Aku tersenyum menatap keanak matanya, teringat beribu onak duri yang dah kami berdua lalui sejauh ini. "I love you as always. Tak pernah tak cinta, makin hari semakin cinta"
"Gatal" dia mengecup hujung hidung ku. "Tak apa, asal ada sayang yang sedia garu gatal ni" aku mengecup bibirnya.
"Makin hot selama jadi mak buyung ye" aku tergelak. "Tak jadi mak buyung pun, sayang still hot. Sebab... pa...na..sss" aku berbisik ditelinga nya. Biasa, aku menjinjit. Sebab dia tinggi menjulang.
Kami berdua baring di bawah bintang-bintang diatas balcony rumah mama Farah di bangi dengan beralaskan katil santai kecil. Sebentar tadi majelis kesyukuran sempena kesembuhan dari mama. Alhamdulillah.
Satu yang kami bahagia, mama dan Dokter penyelia ku dahulu bersatu kembali. Jodoh siapa yang tahu.
Perut ku dielus Syah lembut. Terasa tendangan nya. Adui. Jerit ku pelan.
"Dia mesti hobi bola sepak juga sama macam daddy dia"
"Mesti lah, kan anak daddy" tangan kami berdua bergenggam erat. Terasa hangat.
Lynn sedang di bawah dengan semua ahli keluarga. Mama dan Papa ku pun ada sekali.
"Tengok bintang tu sayang"
"Dah tengok" Syah mendengus geram. Aku terkikik. "Tengok lagi sekali"
Aku mendongakkan kepala menghadap ke langit. "Dah tengok ni. So?"
"Tak cantik kan?"
"Cantik apa. Ciptan Tuhan tu" aku memincit hidungnya.
"Nak tahu tak kenapa abang cakap tak cantik?" Aku menggeleng.
"Sebab cantik bintang tu dah berpindah kesini... berpindah kat wajah sayang"
"Cia...Cia...cia...Cia..." aku tergelak sakan. Nak pickup line lah tu.
"Spoil betul sayang ni, gelitik kang!"
Aku langsung mengecup pipi nya dan memeluk nya erat. "Tak mau gelitik, nak peluk sampai esok!"
"I love you" bisik Syah pelan.
"I know..."
Kami berpelukan sehingga malam berganti siang, bintang menjadi matahari.
Jodoh. Siapa yang tahu. Aku mencintai nya.
Dia yang Aku Cinta......
Syahfiqy Razali 💕💕
AB ❤SR
Nak promote hehe
My 2nd story
'You Are My Stupid Cupid'
Kalau sempat baca ye sayang-sayang ku 😚
YOU ARE READING
Dia yang Aku Cinta ✔
RomanceAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...