Jantung ku mula berdetak, aku masih berdiam diri didalam kereta. Tepat di depan rumah Syah. Mengatur nafas ku agar tak laju.
Aku keluar daripada kereta dan mula melangkah masuk kedalam halaman rumah.
"Assalamualaikum" salam ku sambil mengetuk pintu. "Waalaikumsallam" pintu terbuka.
Sosok Syah berdiri tepat di hadapanku, dia tersenyum. Aku menundukkan kepala.
"Masuk lah" dia menyilakan aku masuk. Selangkah kaki ku masuk kedalam rumah "...terimakasih sudi datang" aku tersenyum.
Meja di kemas cantik. Mama tak ada pun. "Mama mana?" Aku bertanya sebab hairan, rumah sepi. Dia tak menjawab.
"Jangan cakap ini adalah prank, awak prank saya kan?" Aku membalikkan badan. Aku marah. Ini bukan mama yang ajak dinner, tapi dia. Kenapa harus membawa mama dalam urusan ini? Kenapa dia tak minta sendiri pada aku?
"Mira no... saya tak prank awak" dia memegang tanganku sekejap.
"Lepas tu, mama mana?" Aku merendahkan volume suaraku. "Tu..." dia menunjuk mama yang sedang turun dari anak tangga.
Malu nya. Dah berprasangka buruk. Inilah kebiasaan buruk aku. Eiii.
Aku tersenyum menahan malu pada Syah. "Awak tak berubah kan? Masih suka berprasangka buruk" lalu dia tersenyum simpul dan duduk di meja makan.
"Mira kenapa tercegat kat situ, meh duduk kat meja makan tu" lalu aku merebahkan pinggangku diatas kursi, tepat di hadapan Syah.
"Syah yang masak semua ni tau" aku menjelingnya, dia tersenyum simpul. Okay dah nampak usaha dia setakat ni, sikit je lah..
"Oh ye ke? Nampak sedap" Syah tersipu malu aku tahu. Sedari tadi aku tak berani nak menatap ke anak matanya.
Selepas makan aku mencuci pinggan. Aku nampak mama duduk sambil makan ubat. "Ma, mama dah coba berubat kat mana-mana ke?" Aku bertanya selepas air di sinki itu aku tutup.
Dia tersenyum. "Dah. Mira tak payah risau" dia menepuk bahu ku. Aku tersenyum sayu, aku tahu dia tak baik.
"Mira... mira minta maaf dekat mama. Mira gagal jadi anak mama, Mira tak ada masa mama tak sihat macam ni. Maafkan Mira, ma?" Aku memeluknya. Dia menepuk-nepuk bahuku sekali lagi.
"No...no, mama faham keadaan Mira masa tu. Jangan persalahkan diri Mira. Mama nak minta satu je" aku tersenyum semangat.
"Apa dia ma?" Mama memegang tangan ku " bawa mama jumpa parents Mira, boleh?" Aku mengangguk setuju.
"Mesti lah boleh, hujung minggu ni Mira jemput mama dan Syah dinner kat rumah Mira, okay? Make sure mama datang, tau!"
Mama mengangguk setuju. Yeay!! "Mama rehat dulu ye kat atas, Mira tolong hantar buah di kat bilik kerja Syah"
Awalnya aku menolak, tapi mama meyakinkan ku. "Pergi lah, siapa tahu hati dilembutkan" dia mencium pipi ku. Aku tersenyum.
Aku mengetuk pintu bilik kerja nya. Tiada jawapan. Pintu tak terkunci, kaki ku melangkah. Tak ada yang berbeza dari bilik ini. Tertata rapi.
Aku masih tercegat di depan pintu. Terdengar suara dentingan piano dan suara orang menyanyi di sudut bilik yang gelap.
Lagu Anuar Zain yang baru, Andainya Takdir. Aku mendengarkannya dengan seksama. Aku terlarut dengan suara dia yang bagus. Macam dulu, teringat akan dulu.
Untunglah gelap, dia tak nampak siapa yang sudi mendengar suara jernih nya itu.
"Biarlah tiada pesan dan janji
YOU ARE READING
Dia yang Aku Cinta ✔
RomanceAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...