DyAC 23

4.9K 112 1
                                    

"Mamaaaaaa" aku jerit-jerit lalu memeluk nya. "Rindu gila dengan mama" ku kecup-kecup pipi nya berulang kaki.

Lalu aku melabuhkan pinggang ku di ribaan mama. Manja betul lah aku ni.

"Anak mama ni, dah besar pun kemain manja lagi" aku senyum senget je kat mama.

Ada Syakira dan anak nya duduk disitu juga.

Aku segera turun dari ribaan mama dan mendekati Syakira.

"Hai awak" aku menyalaminya.

Tak ada lah nak borak sangat, malas sebenarnya.

Entah kenapa sejak dia suruh aku balik dengan Syah, sejak aku dengar semua cerita daripada mulut dia. Aku dah malas nak melayan dia. Layan gitu gitu aje lah.

Syah pula hanya mematung di depan pintu masuk

"Ma, tok wan mana ye?" Aku tertanya-tanya. Mana pula perginya tok wan ni.

"Dia pergi rumah sedara, kejap lagi sampai lah tu. Dia rindu kat Mira juga"

Sebenarnya kan aku tak berapa nak rapat dengan tok wan ni, sebab tok wan ni macam lain sikit je dengan aku.

Mungkin sebab aku ni anak angkat kot.

Tapi aku tahu dia baik orang nya.

"Ma, Mira naik atas dulu ye" aku mengangkat beg ku. Berat nya.

"Biar saya tolong" Syah menawarkan diri.

Syakira dah melirik kami.

Malas lah, memang dia nak aku balik dengan Syah. Tapi hati siapa yang tahu oi. Tak kan lah 2 tahun bersama dalam pernikahan di tambah bertahun dalam persahabatan, perasaan cinta tu tak ada langsung. Mustahil.

"Tak payah lah" aku mengambil balik beg dari tangan nya.

Tangan ku dan tangan nya bersentuhan, berpaut sikit.

"Sorry" ucap ku lalu segera membawa beg ku yang berat itu naik ke atas.

Aku menghela nafas panjang, tingkap ku buka. Fresh gitu.

Memang hari-hari ku akan di penuhi dengan cabaran dan dugaan disini. Kuat kan aku yaAllah.

Sarah akan bertolak ke Istanbul petang ni. Syok nya.

Aku call dia tadi, tapi tu lah tak boleh nak lama. Pengantin baru.

Fina mesti tengah seronok dengan family dia, tak nak ganggu lah.

Farhan? Eeiii memang tak lah. Kenal pun baru je.

Selepas salin baju dan rehat kejap aku pun keluar.

"Eh lupa, pakai tudung lah" aku mencapai tudung instant ku. Terlupa yang Syah bukan lah mahram ku lagi, dosa kalau dia tengok sehelai je rambut aku.

Jadi mulai pada hari ini, aku kena pakai tudung dalam rumah even panas sekalipun. Tak apa lah, ganjaran nya pahala yang besar. Amin.

"Sedap bau ma" aku menghidu bau sambal sotong yang mama masak ni.

Kejap lagi nak makan tengah hari. Tak sabar nya.

"Makan besar lah siang ni" tiba-tiba Syah menyampuk.

Heh. Dah dah lah pergi lah tengok bini kau sidai baju tu.

"Mesti lah, ini sempena Mira kita yang comel ni datang" mama melirik ku.

Aku senyum simpul je.

Syah mengangguk, lalu duduk di meja bar kat dapur tepat di sebelah ku.

Aku chill je mengunyah satu buah epal merah dengan lahap.

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now