Hujan rintik-rintik di pagi hari, aku sudah tercegat di depan pintu masuk hospital. Sengaja untuk tidak masuk dulu. Mamat Zain itu memandang ku dari kejauhan. Dia dah sihat sikit. Dah sedar, dah tak kurang upaya.
Aku sengaja tak masuk dulu sebab dia datang ke arah ku. Dia dah keluar daripada hospital dua hari lepas, tapi dia datang balik sebab nak check up. Dia tepat berdiri di hadapan ku sekarang. Muka hensem tapi kesian lah aku tengok.
Dia tersenyum. Aku pun balas senyum nya. Aku berisyarat menanyakan dia "ada apa?" Dengan wajah tertanya-tanya. "Selamat pagi, dokter" ucap nya pada ku. "Waalaikumsallam" aku terkikik sengaja memerli dia. "Hehe lupa lah assalamualaikum, dokter" lalu aku pun merepeat salam ku.
"Ada apa?" Tanya ku. Dia ni comel tau. Sebab dia sama umur dengan aku thats why lah aku selesa berkawan dengan dia. "Saya dengar, hari ni hari terakhir dokter?" Tanya nya sedih. "Dah berapa kali lah saya cakap dengan awak Zain, saya ni belum konvo lagi. Jangan panggil dokter, panggil saya Mira. Lagi satu, tak payah lah monyok-monyok kan muka tu" aku menepak perutnya. "Adui" keluh nya aku hanya tertawa.
Dia menghulurkan sebatang cokelat silverqueen kat aku, siap berpita bagai "auuuu, cokelat?" Aku menjeling ke arah nya. "Untuk Mira sebab sudi jadi kawan saya selama kat sini" dengan muka comel nya. Macam baby lah dia. Maklum saja baru pulih, tak seberapa nak dewasa sikit.
"Terima Kasih banyak ye, macam tau-tau je saya big fans of chocolate" aku memuji nya. Padahal tak seberapa pun. Menyenangkan hati orang itu pahala kan?
"Oh ye ke? Bagus lah, hari-hari saya bagi Mira cokelat" ucap nya. Aku langsung menyampuk "no no no... tak payah lah. Makan cokelat tiap-tiap hari tak bagus tau. Nanti saya gemuk. Awak simpan duit awak, pergi naik haji" ucap ku "...dah saya masuk dulu. Bye. Assalamualaikum" sambil menepuk lengannya. Tiba-tiba...
"Amboi, mesra nampak" suara yang aku rasa pernah dengan menghentikan langkah ku. Emelda. Aku mengeluh malas.
"...kejap, kau ni bini Syah kan?" Dia menarik lengan ku. Aku menepuk-nepuk lengan ku. "Ya" jawab ku singkat.
"Kau ingat lagi tak aku siapa?" Tanya nya sombong. "Ingat kot... ingat kot" dengan wajah selamba ku. "Zain...kau jangan dekat dengan dia lagi ye, dia ni bini orang." Dia mengacungkan jari kat Zain. Kesian mamat tu. "...kalau kau rasa nak Syah pergi dari hidup kau, sila lah" dia berbisik kecil sambil tergelak ke telinga ku. Lalu dia melaju berambus mengheret Zain.
"Perempuam gila" aku mengutuk dalam hati. Langkah seribu ku bawa masuk ke dalam. Rupanya dorang ni buat mini party lah sempena ini hari terakhir aku. Semua student praktikal yang baik-baik semua yang aku kenal dan para penyelia-penyelia. Dokter Razak membuka acara itu. Aku rasa terharu beb.
Sehabis mini party itu. Aku dan Sarah keluar ke starbucks kat mall depan hospital lah agak nya hehe. "Aku nak kain saree lah" ucap Sarah sambil meminum hazelnut coffee nya. "Eh macam je kat Malaysia ni tak jual saree" ucap ku. "Kau ni kan. Sana tu lumbung saree la lain lah mesti lain. Feel dia lain" dia mula nak bodek aku.
"InshaAllah... aku bagi kau Ranbir Kapoor, nak?" Bukan main Sarah tergedik-gedik. Dia minat Ranbir Kapoor ni. Hero Yeh Jawaani Hai Deewani. Aku pun minat cerita tu.
"Saree je lah, aku tahu Ranbir tu adalah bintang yang tak kan bisa untuk di gapai" dia mula nak berpuisi. Mual aku dengar.
"Iya laaah, aku saja nak pancing kau kan" aki tersenyum. "Suka lah tu yang nak honeymoon" dia menggelitik perut ku. "Tampar kang" aku bagi dia buku lima hahaha.
"Beeeeb.... beeeebbb" dia jerit-jerit. "Apa benda kau ni?" Aku mencubit tangan nya. "Aku...aku tak tahu nak cakap apa. Laki kau tuuuu" dia menunjuk ke arah tempat penjualan kereta yang berada tak jauh dari starbucks.
Aku pun menoleh. Syah. Aku termenung. Aku kenal perempuan tu. Syakira. Sarah menggoncang badan ku. "Jom" aku mengheret Sarah. Sia ikut saja.
Aku dan Sarah dah macam spy. Aku sengaja tak jumpa dorang. Mereka kan sahabat lah kata kan. Aku tak nak menyampuk. "Beb, asal kau lembab sangat?" Dia bebel kat aku. Tapi aku asyik tenung dua orang sahabat tu. "Beb, kalau aku jadi kau kan. Aku dah bagi terajang dah, aku dah hamun maki dah dorang kat situ. Jom lah beb, kau jumpa dorang. Aku geram lah" Sarah dah mula beranjak dan acah-acah nak jadi heroin. "Stop lah" aku menghentikan langkah Sarah.
Sarah semakin hairan. "Kau ni kenapa? Kalau nak dilamun cinta pun jangan lah cinta buta sangat. Apa benda lah kau ni" dia makin teruk marah kan aku. Aku nampak Syah dan Syakira bukan main tergelak tengok-tengok kereta tu.
"Oi cik Sarah, aku kenal lah awek tu" aku menatap Sarah. "What? Lepas tu kau biar je dorang nak buat maksiat tu?"makin jadi-jadi lah mulut dia ni. "Maksiat apa benda, tengok kereta je kot. Kau ni, aku bini dia je tak panas baran macam ni. Nanti pandai lah aku settle kan kat rumah. Aku tanya dia nanti" ucap ku agar Sarah ni bertenang.
Dia hanya menggeleng. Aku tahu dia ni jenis yang panas baran. Itu yang aku cakap dia ni mulut longkang. Sama lah macam aku. Tapi dia teruk sikit. Hehe.
"Suka hati kau lah" dia dah malas nak marah lagi. Aku dan Sarah pun keluar daripada mall tu. Dan balik kerumah masing-masing.
Aku dah siap pack barang aku dan Syah. Dah pukul 8, tapi kelibat Syah belum muncul lagi. Aku dah penat dah sebenarnya. Lapar gila. Dia pun tak berkhabar.
Aku dail nombor nya. Tutt...tutt..tuttt yang terdengar, tak lama. "Hello assalamualaikum" ini bukan Syah. "Waalaikumsallam, Syakira ke ni? Syah mana? Asal awak yang angkat ni? Korang kat mana?" Bertubi-tubi soalan aku bagi. Dah berdupdapdupdap jantung ku. Nak manas saja rasanya. "Chill lah sayang, saya tengah dinner dengan Syah ni. Dia pergi tandas. Jangan risau ye. Makan je" jawab nya. Lalu aku letak phone.
Terasa tubuh ku di belai. Ku buka mata ku. Syah tengah tersenyum ke arah ku. Malas nya. Aku jeles lah. Dah dua kali jeles aku hari ini.
Aku tak pandang dia lagi. Terus tidur dan ubah posisi. "Sayang.. kenapa ni?" Tanya nya sambil berbaring di sebelah ku juga.
"Kemain eh dinner. Kita lapar kat sini" aku perli dia. Syah tergelak. "Lucu ke Mira marah?" Aku balas suara marah juga sambil memeluk bantal dan baring membelakangi nya.
"Sayang... abang pergi teman kan Syakira cari kereta. Sebab dia tak ada kereta kat sini. Abang lupa nak cakap dengan sayang" dia mula nak gedik sentih-sentuk rambut ku.
"Oh patut lah jumpa kat shopping mall tadi. Dah tak ada showroom dah eh? Beli kereta pun kat mall" aku mula nak bermulut jahat.
"Asal tak tegur?" Dia tanya pulak. "Segan. Takut menganggu" aku menjawab lalu baring menghadap ke arah nya. Aku tenung wajah nya. "Abang... Mira jeles tau" aku menangis teresak-esak. Jelek lah muka ku. Syah tergelak dan memeluk ku erat. Harum badan nya tak payah cakap dah. Wangi semerbak gitteeew.
"Dah... dah... abang faham. Jeles tanda sayang kan?" Dia mengelus rambut ku. "Mira sayang sangat kat abang, jangan sakit kan hati Mira, please" aku membongkak lagi.
"Tak...tak... abang akan buktikan yang abang tak akan sakit kan hati sayang. Abang pun sayang gila kat Mira. Janji kat abang, kalau Mira terasa hati kat abang Mira cakap je" dia mengecup kening ku sekarang.
"Abaaaang....." aku memeluk nya erat. Syah tersenyum lebar. Nyaman terasa sangat tenang.
YOU ARE READING
Dia yang Aku Cinta ✔
RomanceAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...