DyAC Special Chapter Part 3

4.3K 82 3
                                    

Dua orang budak comer ber-binti kan Syahfiqy Razali ini duduk dengan muka ketat dan bibir yang di muncungkan.

Aku hanya berdiri menyandar pada dinding yang ada di ruang keluarga rumah kami. Menyandar seraya memerhati satu-satu wajah comel anak-anak aku yang sedang merajuk dek kerana papa mereka.

Aku juga memerhati wajah Syah yang seolah-olah sudah tiada lagi ayat untuk di bodekkan kepada dua orang princesses kami itu.

Tangan ku bersilang menyentuh dada lalu tergelak kecil seraya memendam geram dalam hati 'asal comel sangat wajah tiga orang ni'

"Papa, Lynn nak merajuk sampai bila-bila"

Wajah nya semakin ketat sahaja.

"Amboi. Tak boleh macam tu dengan papa anak manis"

Aku meleraikan silangan tangan tadi lalu berjalan kecil menghampiri dua orang anak manis yang tengah merajuk ni. Walaupun yang umur 2 tahun ni tak tau apa pun yang nak di rajukkan haha. Itu yang comel tu. Dia ikut aje perangai kakak dia.

"Sayang, papa janji. Papa akan bawa dua orang princesses papa ni pada next trip ye. Papa minta maaf sangat sayang, papa tak boleh minggu ini"

"Tapi papa kan dah janji"

Mulai lah Lynn ni nak berdrama. Ikut pengaruh Sarah nampaknya anak aku ni.

"Ye papa tahu. Sayang kena faham kerja papa. Lynn dengan Adza sayang papa tak?"

Laju dua-dua budak ni mengangguk. Sayang sangat lah tu dekat papa dia.

"So, kalau sayang. Promise me okay? Papa tak mau dua princesses papa ni merajuk dekat papa. Tak mau marah-marah lagi ye"

"Sorry papa. Lynn salah papa"

Tak menunggu waktu lama Lynn segera memeluk Syah dan diikuti dengan Adza.

"Tak ajak mama ke peluk-peluk ni?"

Syah segera membuka sebelah tangannya untuk masuk juga kedalam pelukan penuh dengan drama budak kecik ini.

Kami berempat pun berpeluk macam tiada hari esok.

                                  ~~~

"Sayang, nak minta izin boleh?"

Seraya memasangkan tali leher Syah yang baru minggu lepas aku beli. Jinjit lah sudah aku.

"Nak pergi mana?"

"Nak keluar dengan Sarah"

"Pergi mana?"

Banyak tanya betul. Dengan Sarah je la pergi keluar bukan dengan siapa pun. Suami aku ni.

"Shopping mall kot"

"Kot?" Dia cubit pipi aku pulak. Benci lah dia ni suka nak cubit pipi aku.

"Kot lah, sebab.. abang tahu lah Sarah tu, dia mana boleh pergi satu tempat aje"

Syah mengangguk.

"Anak-anak?"

Aku tersengih. "Mira plan nak hantar rumah mama Farah kejap... sekejap aje. Sebab, mama kan tengah pergi oversea dengan papa. Please, sayang!"

Lama juga aku tunggu suami aku fikir ni. Dah tertunggu kan jawapan saja aku ni.

"Okay. Abang tahu, sayang juga perlukan me time dengan kawan sayang. Pergi lah, make sure sebelum abang sampai rumah, sayang dah sampai rumah. Kalah tak..."

"Kalau tak abang akan cubit pipi Mira banyak-banyak"

"Aci ke. Okaylah, Mira nak balik setelah abang balik. Biar aje abang cubit pipi Mira. Sebab apa yang ada dekat diri Mira ni semua milik abang, termasuk lah pipi Mira yang comel ni"

Syah menatap dengan senyumannya yang memang membuatkan jantung aku terpump laju sahaja setiap hari.

Dia mendekat lalu mengelus pipi ku yang memang belum tersapukan bedak dan yang lainnya.

"Love you longer. Mira, SHMILY"

Bibir nya dah pun menyentuh dasar pipi ku. Pagi-pagi suka buat kita kencing manis.

"See..."

"See what?"

Tanya ku. Tetapi tenungan matanya masih tajam menatap ke dua bola mata aku.

"See how much I love. Ternyata macam ni kan, kalau kita mencintai seseorang kerana Allah. Rasanya, hari-hari abang terarah dan ada hala tuju"

Aku memegang kedua belah pipi nya.

"Abang tahu tak, abang tu salah seorang sweet talker yang paling tak menyampah kat dalan dunia ni. Sebab Mira tahu, semua perkataan manis yang keluar daripada mulut abang ni adalah betul-betul keuar dari pada hati abang"

Syah membawa ku kedalam pelukan nya pagi ini.

"Sayang.... kat mana pun abang di letakkan. Di celuk dunia mana pun, Mira sahaja tau yang sanggup hidup bersama abang. Yang sanggup tunbang dan bangkit bersama abang. Don't leave me, sayang"

"Never. You're my precious treasure, abang"

"Promise?"

"Promise. Allah tahu kita saling sayang. Dunia tahu kita tak boleh tak hidup bersama. Sebab abang adalah separuh hidup Mira. Tanpa abang, maka hilang lah separuh diri Mira"

"Ha kan sayang pun sweet talker"

"Abang!! Dah kemain kita buat ayat jiwang, boleh ke dia gurau"

Senyuman manja tu tak hilang dari diri aku. Mira...Mira.

"Dah ye... kalah dilayan selalu perangai puitis tak bertempat abang ni boleh lari client abang tau"

Dia melirik jam tangannya.

"Alahai sayang, dah lambat lah. Belum lagi jem"

Aku terkikik kecil nelihat kelatahan dia yang comel itu.

"Boleh ke dia gelakkan. Kunci kereta mana?"

"Nah. Jangan lah nak rushing sangat abang. Perlahan-lahan asal selamat sampai tujuan"

"Okay. I love you. Bangun kan dua orang princesses tu ye sayang"

"Ye"

Aku melambai Syah sampai lah kelibat kereta nya hilang dari pandangan aku.

Suami aku ni ❤

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now