Requested by @NurExoFangirl
Ira,ialah seorang remaja yang manis mukanya dan selalu ceria tanpa mengisahkan perkara yang boleh merunsingkannya.Suga,rakan karibnya dan jirannya juga kerana rumah Suga hanya bersebelahan rumahnya.Mereka sering bersama ke mana jua kecuali ke tandaslah hahaha.
Ira sering menceritakan masalah ataupun keluar dengan Suga kerana baginya hanya Suga yang cukup memahaminya.
Seperti biasa,setiap pagi Ira bangun awal untuk ke sekolah.
"Aduh malasnya,bilalah nak habis sekolah"Ira mengeluh sendirian sebelum bersiap sedia dengan uniform sekolahnya.
Ira hanya berjalan kaki untuk ke sekolah kerana sekolahnya hanya beberapa meter dengan rumahnya.
"Woi Ira!tunggu aku!"Ira malas hendak toleh ke belakang melihat siapa yang memanggil namanya kerana dia sudah tahu siapakah orangnya.
"Ira petang ni jadi kita pergi tengok wayang?"Suga kerap mengajak Ira keluar dengan alasan dia tak suka keluar seorang diri.
"Emm malaslah kau ajaklah orang lain"Ira terus berjalan masuk ke pintu pagar sekolah meninggalkan Suga di belakang.
Suga hairan mengapa angin Ira tidak berapa baik pagi itu.
"Red flag maybe"Suga malas hendak memikirkan perkara itu dia terus berjalan menuju ke sekolah kerana pintu pagar hampir ditutup.
Tiba-tiba Suga terlanggar bahu seseorang.
"Ahh sorry saya tak perasan"Suga mengutip buku-buku yang terjatuh kepunyaan orang yang dilanggarnya tadi.
"Its okay"Suga mendongak mukanya untuk melihat muka lelaki itu.
Lelaki yang berkaca mata itu memberikan senyuman sebelum beredar meninggalkan Suga.
Di kelas
"Okay semua duduk tempat masing-masing hari ini guru kelas baru awak akan mula mengajar awak jadi sila behave okay"Kelas itu menjadi bising kerana masing-masing bercakap tentang guru kelas baru mereka.
"Ira,kau tahu ke siapa guru kelas baru kita?"Suga duduk di belakang meja Ira supaya senang untuk dia bersembang dengan Ira.
"Tak kau?"Ira bertanya kembali.
"Tak"Semua pelajar menjadi senyap apabila seorang lelaki berkaca mata masuk ke dalam kelas mereka.
"Hi semua,saya Seok Jin guru kelas baru kamu semua dan saya harap awak semua dapat terima saya dengan baik"Seok Jin menunduk dengan sopan.
Kelas itu menjadi bising apabila semua sibuk berbisik bercakap mengenai ketampanan cikgu baru mereka itu.Terutamanya pelajar perempuan.
Suga melihat Seok Jin dari atas ke bawah dengan judging.
"Apalah yang hensem sangat nampak tua adalah"Sindiran Suga itu agak kuat membuatkan Rin tiba-tiba menoleh memandangnya.Mata Suga terkebil-kebil melihat Ira.
"Kau ni dia hensemlah,eleh kau jeles kan?yelah semua adore cikgu tu termasuk aku hahah"Suga sudah agak Rin mesti sukakan cikgu itu juga.
Suga semakin menyampah melihat semua pelajar perempuan termasuk Rin tidak habis-habis bercakap pasal cikgu tua itu.(gelaran suga untuk cikgu itu)Suga terus meletakkan kepalanya di atas meja,tidur........
Setelah sebulan Seok Jin bertugas di sekolah itu sebagai guru,prestasi pelajar semakin bagus dan Rin semakin hari semakin kerap ingin rapat dengan Seok Jin dan Suga terpaksa menadah telinga hari-hari mendengar Rin bercerita pasal Seok Jin.
"Suga,kau rasa aku patut ke cakap dekat cikgu Jin yang aku emm emm simpan perasaan dekat dia?"Muka Rin merah padam apabila cuba mengatakan soalan itu.
Suga mengeluh.
"Suka hati kaulah,kenapa tanya aku pula?"Suga jawab dengan acuh tak acuh.
"Yelah kau kan sahabat aku so aku nak tahu pandangan kau"Rin pula mengeluh kerana Suga seperti tidak suka soalan yang ditanyanya.
"Terpulanglah aku sokong je kalau kau nak cakap dekat dia kau suka dia or whatever"Suga menjawab tanpa melihat muka Rin.
"Betul ke?"Rin bertanya lagi kali ini dengan excited.
"Dahlah aku pergi dulu"Suga terus membawa bekas makanannya berlalu pergi meninggalkan Rin.
Rin hairan melihat sikap Suga namun dia hanya mengendahkannya.
Rin membuat keputusan untuk berterus terang dengan Seok Jin walaupun dia tahu itu gurunya.
Rin mengambil peluang untuk berjumpa dengan Seok Jin di bilik guru waktu balik kerana waktu itu semua guru telah balik termasuk pelajar.
Rin mengetuk pintu bilik guru.
Seok Jin yang masih belum pulang menoleh ke arah pintu melihat kelibat siapa yang datang waktu habis sekolah itu.
"Lahh saya ingatkan siapalah tadi,kenapa Rin?masuklah"Rin berjalan ke arah Seok Jin sambil menunduk ke bawah.Jantungnya bagaikan ingin meletup waktu itu.
"Ya?awak ada apa-apa masalah ke?"Rin masih menunduk.
Seok Jin pelik melihat Rin.Dia bertanya lagi,"Rin?Rin?awak ada masalah ke?"
"Sebenarnya saya...sa..ya...saya..."
"Saya apa!"Nada suara Seok Jin yang agak tegas itu membuatkan Rin terkejut seketika.
"Sebenarnya saya sukakan cikgu dan saya dah lama sukakan cikgu dan saya dah lama nak bagitahu cikgu yang saya sukakan cikgu!"Rin menghembuskan nafasnya dengan kuat setelah meluahkan perasaannya dengan satu ayat tanpa henti di depan Seok Jin.
Seok Jin secara tiba-tiba ketawa besar.Muka Rin bagai sudah ingin meletup dan kalau boleh sudah lama dia terjun saja dari tingkap bilik guru itu kerana malu dengan Seok Jin.
"Rin?better awak balik sebab saya pun nak balik ni lagipun wife saya dah tunggu dekat rumah tu,saya pergi dulu ye"Seok Jin meninggalkan Rin yang secara tiba-tiba jadi patung di situ.
Kedengaran suara Jin ketawa kecil di luar bilik guru itu.
"Huaaaaaaaaaa ottoke?!!malunya aku!!!Suga ahhhhhhhh"Rin menangis bagaikan budak kecil terjatuh gula-gulanya.
Keesokan harinya..
"Rin?macam mana?ehh!kau okay ke?"Suga meneliti muka Rin yang jelas kelihatan matanya bengkak seperti baru lepas menangis.
"Kau nangis ke?orang tua tu ada buat apa-apa ke dekat kau?!"Rin menggeleng dan tiba-tiba meraung sambil memegang erat lengan Suga.
"Suga ahhhhhhhhh,aku malu huaaaaaaaa"Suga berasa tidak selesa semua rakannya dalam kelas memandang dia dengan Rin.
Tanpa membuang masa Suga menarik tangan Rin dan menuju keluar dari kelas.
"Kita buat apa dekat sini?"Rin mengesat air matanya sebelum bertanya tujuan Suga membawanya ke rooftop.
"Rin,aku sebenarnya dah tahu yang orang tua tu dah kahwin and bukan tu aku nak cakap,sebenarnya aku dah lama sukakan kau tapi aku nervous nak bagitahu takut kau tak terima aku"Mata Rin terkebil-kebil memandang Suga seperti tidak percaya apa yang dikatakan Suga.
"Rin?aku salah cakap ke?ke.."Suga hampir kena heart attack kerana Rin tiba-tiba memeluknya dengan erat sehingga dia hampir lemas.
"Aku pun sukakan kau emm"Rin mengucap perlahan ayatnya tanpa melihat reaksi muka Suga.
"Ahhhh lega aku!so kau nak confess lagi ke dekat cikgu Seok Jin tu?"Suga sengaja memerli Rin.
"Ish!!kau ni nasiblah dah jadi boyfriend aku kalau tak dah lama aku humban kau dari rooftop ni"Suga tergelak mendengar ugutan Rin itu.
"Berani ke?aku rasa sebelum kau humban aku,kau yang kena ngap dulu"Suga sengaja mendekatkan dirinya dengan Rin untuk menakutkannya.
"Yahhh!ish!"Rin memukul tangan Suga dan terus berlari menuju ke pintu untuk turun dari rooftop itu.
"Rin!tunggulah aku hahah"Suga mengejar Rin dari belakang.
*Done for ur imagine,sorry sebab lambat sikit i hope ur enjoyed it
YOU ARE READING
BTS IMAGINES[Malay Ver]
FanfictionIts not a crime for you to imagine anything you want as long as you're happy 🎖️24 #Imagines 🎖️2 #relationships *my dm is open anytime so feel free to request any imagine you want from me * stories yang dah dipublish dahulu mungkin agak cringe...