Requested by song_yena
"Daddy kenapa Jimin dilahirkan dalam keluarga ni?"Jimin yang baru berusia 10 tahun bertanya kepada daddynya.
"Kenapa Jimin tanya macam tu?Jimin kan anak daddy jadi lahirlah dalam keluarga ni"Jisung agak hairan mendengar soalan yang diajukan anak lelakinya itu.
"You said before,mommy human right?"Jisung terdiam seketika.
"Jimin...daddy rasa lebih baik Jimin tahu akan hal sebenar bila Jimin dah dewasa kelak"Jisung tidak mahu anaknya itu mempunyai tanggapan buruk terhadap keturunannya.
"Okay daddy"Jimin masih budak lagi dan sudah tentu dia tidak kisah jika daddynya tidak menjawab soalannya.
Park Jimin kini sudah berusia 21 tahun dan hidupnya boleh dikatakan sunyi kerana tidak seperti kehidupan remaja meningkat dewasa yang normal.
Tiada rakan karib,tiada rakan untuk belajar bersama mahupun rakan hanya untuk melepak bersama.
Tiada sesiapa yang ingin berkawan dengannya disebabkan mereka tahu akan keturunan Jimin,vampire.
Namun,Jimin tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa sehinggalah terjadinya suatu kejadian yang dia tidak pernah menyangka akan terjadi kepadanya.
Hari ini seperti kebiasaannya,Jimin akan bersiap siap untuk ke kolej seperti remaja lain cuma yang membezakannya Jimin tidak rehat di cafe namun di tandas.
Tandas?Well,vampire takkan nak makan kimchi pula kan so kenalah minum darah senyap-ii di tandas.
Jimin diajar untuk tidak memburu manusia lain kerana perkara itu akan menakutkan seluruh penduduk Seoul terutamanya.Jadi,dia hanya akan meminum darah binatang sebagai makanan rutinnya.
"Woi!kau buat apa lama-ii dalam tu!keluar sekarang!"Seorang lelaki berbadan sasa menendang nendang pintu tandas yang dimasuki Jimin.
"Jangan sampai aku pecahkan pintu ni!"Lelaki itu tanpa henti mendesak Jimin keluar menyebabkan Jimin kelam kabut menyimpan pack-ii 'air' nya ke dalam bag.
Jimin membuka pintu perlahan dan segera keluar sebelum lelaki tadi secara tiba-ii menarik bag galas Jimin.
"Kau ni kenapalah hidup kan?menyusahkan orang je dahlah bukan manusia lepas tu berani pula bawa benda kotor ni euw!"Lelaki itu dengan sengaja mencampak kesemua pack milik Jimin ke dalam tong sampah.
"Lebih baik kau bagi balik bag aku sebelum aku..."Belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya lelaki tadi menarik pula kolar baju Jimin.
"Sebelum kau apa?kau ingat aku takut sangat ke dengan kerabat kotor kau?kau yang patut berambus sekarang ni sebelum aku sumbat kau dalam mangkuk tandas ni"
Jimin terjatuh ke lantai kerana lepasan tangan lelaki itu dari kolarnya itu yang agak kasar.
Jimin meninggalkan tandas dengan segera tanpa menoleh lagi ke belakang.
"Aduh!jalan tu tak tengok orang ke?!"Seorang perempuan berambut blonde terjatuhkan buku-ii nya kerana berselisih dengan Jimin.
"Ohh!sorry saya tak sengaja,awak okay ke?"Park Jimin segera ingin membantunya namun perempuan itu menepis tangan Jimin.
"Saya okay,lain kali jalan tengok orang bukannya jalan dalam dunia sendiri"Perempuan itu terus berlalu pergi meninggalkan Park Jimin terpinga-pinga.
"Bau dia sedap....kenapa aku rasa macam ni?ish!sedarlah park jimin!"
Hari demi hari berlalu dan Park Jimin tanpa sedar setiap hari mencari kelibat perempuan yang terlanggarnya hari lepas namun hampa.
Hari ini Jimin terpaksa berjalan pulang dengan bas kerana drivernya tiba-ii ada kecemasan.
"Ada orang ke?"Jimin menoleh ke kanannya dan terkesima serta terpaku apabila melihat wajah yang dicarinya selama ini berdiri memandangnya.
"Er.err..tak de,duduklah"Jimin menganjak ke tepi sedikit bagi membolehkan yeoja itu duduk.
"Nama saya Song Yena dan awak boleh panggil yena je"Yena memulakan perbicaraan sementara Jimin masih tidak percaya akan situasi itu.
"Ohh!saya Park Jimin,panggil Jimin"Jimin cuba untuk mengawal perasaannya yang tidak tentu arah.
"Saya minta maaf pasal haritu...saya yang salah sebenarnya sebab tak fokus waktu berjalan"Yena akui kesalahannya.
Jimin hanya mengangguk seraya berkata,"ohh tak pe saya pun salah juga but its okay"Yena hanya senyum.
Mereka berdua hanya berdiam diri sementara menunggu ketibaan di destinasi mereka kerana masing-ii tidak mempunyai topik menarik untuk dibincangkan.
Jimin cuba untuk membuka bag galasnya untuk mengambil buku notanya namun secara tidak sengaja tangannya terpukul lengan Yena.
"Auch!"Yena mengusap bahunya menyebabkan Jimin tersedar tindakannya.
"Sorry,saya tak sengaja,awak okay ke?"Jimin mula menggelabah kerana situasi ini seperti dejavu,berulang semula.
"Its okay saya okay"Yena cuba menenangkan Jimin yang menggelabah.
Mereka diam kembali sebelum kedengaran bunyi bell menandakan destinasi salah seorang daripada mereka telahpun tiba.
Song Yena yang bangun daripada tempat duduknya perasan yang Jimin turut bangun untuk keluar.
"Awak berhenti sini juga ke?"Jimin duduk semula bagi memberi peluang Yena untuk keluar dahulu.
"Ahh haah ye"Jimin hanya mampu tersenyum kekok.
"Jomlah kita jalan sekali"Yena mengajak Jimin untuk berjalan bersama.
"Err...okay"Jimin teragak-agak untuk menerima pelawaan Yena namun akhirnya setuju.
Jalan bersama bermaksud dua orang berjalan seiringan namun berbeza bagi Park Jimin dan Song Yena.
Park Jimin berjalan di belakang Song Yena dan sementara Yena mendahului Jimin.
Sedang mereka berjalan,tiba-ii Song Yena berhenti dari terus berjalan.
Jimin juga turut terberhenti dan pelik mengapa Yena tiba-ii berhenti.
Jimin perasan Yena cuba untuk mengalihkan badannya ke belakang namun tiba-ii...."Ahhhhh!!"
*Please stay tune for part 2
*Be patient while waiting and sorry for late
YOU ARE READING
BTS IMAGINES[Malay Ver]
FanfictionIts not a crime for you to imagine anything you want as long as you're happy 🎖️24 #Imagines 🎖️2 #relationships *my dm is open anytime so feel free to request any imagine you want from me * stories yang dah dipublish dahulu mungkin agak cringe...