Dont Worry Part 2 - Min Suga

411 23 6
                                    


"Uwahh banyak betul orang hari ni dah macam sardin tak muat-muat dah " Rina dan Y/N bersetuju untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Seoul sementara ada festival yang dianjurkan di situ.

Y/N parkir kereta di blok parking kereta yang sudah siap ada di situ bersebelahan dengan sebuah bangunan sedang dibina.

"So kita jalan-jalan tengok ada apa dekat festival tu lepastu kita pergi makan okay?"Rina menyuarakan cadangannya.

"Emm okay"Y/N dan Rina pun mula menjelajah kedai-kedai yang boleh dikatakan memenuhi ruangan di Jalan Gangnam itu.




Suga's pov

"Hyung"Suara Taehyung agak takut.

"Ye?kenapa?"Suga sekali sekala menoleh ke arah Taehyung kerana dia sedang focus memandu jadi tidak bolehlah toleh terus nanti accident tak jadilah story nii sekerat jalan...

"Taehyung risaulah kalau-kalau geng Red Bullet tu buat something ke"Suga mengeluh perlahan.

"Jangan risau,hyung dah prepare semua jadi Taehyung buat saja apa yang hyung suruh"

"Baiklah i believe you"Suga mengangguk.

Sebelum Suga dan Taehyung berjumpa dengan ketua geng Red Bullet itu,mereka berdua bersiap sedia dahulu di dalam kereta.

"Okay so remember what you need to do okay"Suga membetul-betulkan baju sut Taehyung supaya kelihatan kemas.

"Okay semua dah ready hyung,hyung kalau apa-apa jadi..."Suga menerkup mulut Taehyung dari terus bercakap.

"Shh shhh! Sudah jangan risau hyung ada dan lagi satu jangan sampai mereka semua tu suspect anything suspicious from us okay?"Suga mencapai bag berwarna hitam di tempat duduk belakang lalu memberikannya kepada Taehyung.

"Okay hyung"Taehyung memeluk Suga bagaikan hari itu adalah hari terakhir dia akan bersama Suga.

"Aishh dahlah bukannya nak pergi berperang,jom"Mereka pun dengan berhati-hati keluar dari parking kereta itu dan menuju ke bangunan yang baru dibina di sebelahnya.


Suga dan Taehyung berjalan dengan penuh berhati-hati apabila meredahi perut bangunan itu tanpa melakukan perkara yang boleh mengundang bahaya kepada diri mereka.


Geng Red Bullet ini sebenarnya geng yang cukup aktif dalam penyeludupan dadah yang bertaraf high class dalam kalangan penggemar dadah di Seoul itu.Geng ini juga giat aktif seludup benda alah tu ke pasaran antarabangsa dan menyebabkan pihak polis turut melakukan penangkapan besar-besaran.

Walaupun sebahagian gengnya sudah berjaya diberkas namun taiko geng ini bersama konco-konco nya yang masih setia bersamanya,tetap meneruskan kerja tidak bermanfaat itu.

Sedang mereka berjalan semakin ke dalam,pergerakan mereka automatik berhenti disebabkan pistol betul-betul diacukan ke kepala mereka berdua.

"Jalan cepat!"Taehyung dan Suga mengikut arahan dua lelaki yang berbadan agak berketul itu tanpa bantahan. (pistol dekat kepala mana tak cuak!)

"Akhirnya bertemu jua kita ye"Ketua geng Red Bullet yang kelihatan memang tua tak sedar diri dengan pelbagai accesories di tengkuknya serta jarinya dan bajunya yang jelas tampak seorang kaya raya. (Kaya tak berkat XD)

"So you bring the money that i asked you?"Taiko itu berjalan ke arah Taehyung yang berdiri agak jauh darinya sementara Suga dikawal oleh seorang konconya di belakang Taehyung.

"Su...shu..sur..shure here"Taehyung secara automatik tiba-tiba gagap dan menggeletar ketika memberikan bag hitam itu kepada lelaki tua itu.

Lelaki tua itu mengarahkan konconya membuka bag itu.

BTS IMAGINES[Malay Ver]Where stories live. Discover now