Prolog

35K 753 16
                                    

"Betul ke Alya nak pergi Paris sorang-sorang ni?.. mama risau lah kalau jadi apa-apa dekat sana." Datin Asmah memandang mata Alya. Dia inginkan kepastian anaknya dengan keputusan yang dibuat.

"Betul lah. Mama jangan risau lah. Anak mama ni akan sentiasa berhati-hati." Alya berusaha menyakinkan mamanya a.k.a Datin Asmah. Bukan senang Datin Asmah nak percaya 100%.

"Hmm... ye lah tu.. nanti kalau ada apa-apa terjadi jangan lupa call mama terus. Dengar tak?" Datin Asmah memberi pesanan sekali lagi.

"ye ma.. insyallah. semuanya akan okey." Alya memegang tangan Datin Asmah. Dia ingin menyakinkan dia akan okey sepenuhnya.

"Dekat sana nanti jangan lupa solat. ingat dekat mana pun kita berada kewajiban jangan lupa.Ingat tuhan. Lagi satu dekat negara orang tu buat perangai baik-baik sikit. Jangan main ikut suka hati mak nenek moyang kamu je. Ingat pesan mama ni." Bebel datin Asmah. Risau bebenor nak melepaskan anak tunggal perempuannya pergi seorang diri.

"ye ma. Alya tak lupa." dalam hati Alya berbicara 'tengoklah macam mana' kalau mamanya dengar mahu kena seligi dengan siku. Tak pasal-pasal bendol sebelah kepalanya yang ditutupi shawl.

"Ma.. Alya pergi duly eh." pamit Alya setelah memastikan semua beg bajunya telah dimasukkan kedalam Kereta oleh pak shuib. Lagipun kalau tunggu lagi lama datin Asmah akan menambah bebelannya. Pedih telinga nak dengar.

"Lagipun Alya pergi bukannya untuk suka-suka. Tapi Alya nak move on dari semua ni." Alya tiba-tiba teringat kenangan pahit yang tidak sepatutnya berlaku. Air matanya hampir tumpah itu ditahan. Risau Datin Asmah nampak dah tak boleh melancong hari ni.

"Yelah.. mama faham. Jaga diri elok-elok.. Ingat yang mama pesan tu. Jangan lupa." pesan datin Asmah buat Kali terakhir.

"ye ma.." rasa macam beratus kali dia ulang perkataan yang sama. "Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam" balas datin Asmah sambil melihat Alya memasuki Kereta Audi R8 milik anaknya itu.

Sebenarnya datin Asmah sedikit pelik dengan perubahan drastik Alya yang tiba-tiba ingin melancong ke Luar negara. sorang-sorang pula tu. Dia faham keadaan Alya selepas putus tunang dua bulan yg lepas setelah ditinggalkan oleh tunangnya sendiri atas kehadiran orang yang ketiga.

Hampir dua bulan juga Alya menangis mengenang nasib ditinggalkan oleh tunang yang paling dia sayang. Yelah.. mereka kenal sejak sekolah menengah lagi.Lama kut.. mungkin tiada jodoh. Datin Asmah harap Alya tak buat benda pelik-pelik.

Menyesal juga dia biarkan Alya berkawan dengan Hazriel dulu. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi tak boleh diulang semula. 'Semoga kau tabah anakku. Mama pun pernah rasa kehilangan, kecewa, marah, sedih sepertimu nak... Tabahlah... sesunguhnya Allah mahu menguji hambanya supaya lebih dekat dengan-Nya.

Mama doakan semoga Alya akan dapat jodoh yang lebih baik daripada hazriel... Amin....

Terima kasih ya Allah kerana kau membuka hati anakku untuk menerima segala ujian dari mu. Terima Kasih Ya Allah..

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now