Bab 14

10.1K 339 9
                                    

Nasuha mengajak Alya berkeluar berdua. Katanya dah lama tak dating. Mereka mengambil keputusan untuk berjumpa di One utama. Alya menunggu di secret recipe. Dah hampir sejam Alya menunggu Nasuha. Tapi batang hidung minah tu tetap tak nampak.

"Mana Nasuha ni, kata nak jumpa pukul 11. Ni dah pukul 12.55 batang hidung still tak nampak. Aku balik kang." Leter Alya. Dia melihat jam tangannya. "Lagi 5 minit kau tak muncul aku balik." Ujar Alya.

Tiba-tiba ada seseorang menarik kerusi di hadapan Alya. Lelaki. Memakai cermin mata hitam. Alya tak berapa jelas dengan muka orang di depannya.

"Sorry encik. Meja kat sini masih banyak kosong. Kenapa encik duduk sini?" Tanya Alya. Mintak-mintak dia bukan orang jahat. But hensem jugak mamat ni. Heh!

"Alya, you tak kenal I ke?" Ujar lelaki tersebut sambil memandang Alya tajam.

"I am sorry, saya memang tak kenal encik." Ujar Alya. 'Sapa pulak yang datang menyemak kat meja aku duduk ni. Pastu acah-acah aku kenal dia. Tapi suara dia macam kenal.'

Lelaki tersebut menanggal kan cermin mata yang dipakai. Alya terkejut. Sungguh tak percaya. 'Apa yang dia buat kat sini. Dia nak apa lagi.'

"You. You nak apa lagi? You buat apa kat sini? Lepas you sakitkan hati I, you muncul pulak kat sini. You nak apa? You nak tunjuk yang you bahagia. So what? I don't care. Better you go away from me." Ujar Alya dengan nada marah sambil memandang Hazriel iaitu lelaki di hadapannya. Atau lebih tepat ex fiance.

"Alya, please dengar apa yang I nak cakap. I tak bahagia pun lepas kita putus tunang. I..." Hazriel ingin menjelaskan semuanya tetapi Alya memotong percakapan Hazriel.

"Mana perempuan tu pergi. Bukan you nak sangat kahwin dengan dia. Tu bukti you bahagia kan. So, go on. You kan sayang kan dia sangat sampai you sanggup putuskan pertunangan kita. You janji macam-macam dulu. Konon, nak hidup dengan I, nak bahagiakan I sampai hujung nyawa. Tapi apa yang I dapat. Sakit hati. Tu yang you bagi. Thanks." Alya sudah menitiskan air mata. Dah lama dia tidak menangis. Last dia nangis dia tengok cerita Legend of the blue sea dengan Sufiah. Dia sudah tidak kisah apa yang orang akan fikir bila tengok dia nangis.

Hazreil Cuba memegang tangan Alya yang berada di atas meja. Alya mengelak. 'Dia ni melampau, nak pegang-pegang orang pulak.' Desis hati Alya.

"I tak bahagia pun dengan perempuan tu. Dia cuma nak kikis harta I. Nasib baik I perasaan benda ni. Kalau tak I dah muflis. Please Alya. You memang tak kesian ke dengan I. I memang dah menyesal gila sebab tinggalkan you dulu. Boleh tak kita jadi macam dulu balik. Please... I am begging you." Hazriel merayu. Mukanya terpampang kesedihan.

"Balik macam dulu? Heh. Memang tak lah. You fikir I ni apa? Tunggul? tak da perasaan? Mati hidup balik pun I tetap tak akan terima you. Cuba you imagines, pinggan kaca kalau campak kat lantai. You fikir senang ke nak cantumkan balik? Ingat senang ke?  Siapa je yang nak kesian kan you? You fikir lah sendiri. Assalamualaikum." Alya mengambil handbag di sebelah kerusinya dan mengangkat punggung. Dia meninggalkan restoran tersebut. Panas hatinya. Orang lain yang ditunggu orang lain yang muncul. 'Masa dia nak, dia ingat lah Kita. Masa dia tak nak, dia campak je Kita. Dia fikir Kita ni apa main campak-campak?'

____________________________________________

Azfar mengelap peluh. Dia menghela nafas panjang. Dah lama tak berjoging tiba-tiba mood nak berjoging keluar pulak hari ni. Tu pun sebab rasa macam perut ni dah buncit sikit. Disebabkan lama tak berjoging, urat semua jadi tegang, lepas tu, kaki pula rasa macam nak tercabut.

Azfar berjalan-jalan di sekitar tasik. Melihat gelagat orang. Ramai juga orang yang sini hari ni. Biasa lah hujung minggu, ini lah masa nak bawa family jalan-jalan, tenangkan fikiran.

Di tengah perjalan, Azfar terperasaankan seseorang yang sedang menangis. Orang itu duduk bersila di atas rumput sambil kepalanya ditundukkan. Demi ingin memgetahui punca gadis itu menangis, Azfar mendekati. Dia melabuhkan punggung di sebelah gadis tersebut

"Ehem." Azfar berdehem. Matanya memandang orang di sebelah yang sedang mengangkat muka.

"Awak buat apa kat sini?" Alya memandang Azfar di sebelah. Air mata diseka dengan jari.

"Sepatutnya aku yang tanya kau, kau buat apa kat sini? Menangis macam orang mati laki. Kenapa?"Azfar memulangkan pertanyaan Alya.

"Suka hati sayalah nak menangis kat mana pun lagipun tu bukan urusan awak encik Azfar. Boleh tak awak tinggalkan saya sorang-sorang kat sini? Saya tak da mood lah nak gaduh." Ujar Alya lalu menundukkan kepalanya kembali.

"Kalau macam tu, suka hati aku lah aku nak buat apa kat sini.  So kau tak boleh halau aku. Fair and square kan?" Ujar Azfar selamba dengan muka serius tetapi dalam hati tersenyum, rindu nak mengusik Alya. Gedik.

Alya memandang Azfar tajam. 'Ish.. Mamat ni saja je lah.' Getus hati Alya. "Apa awak buat kat sini? Macam mana awak tahu yang saya ada kat sini? Awak spy saya kan?" Jari telunjuk Alya di tuju ke arah muka Azfar.

"Eh, hello. Tak ada masa lah aku nak spy kau bagai. Aku boleh buat benda lagi berfaedah kut. Aku datang sini nak berjoging. Tak nampak kasut sport dengan peluh-peluh kat dahi ni. Aku pun tak tahu kau ada kat sini." Ujar Azfar sambil memandang Alya yang sebelah yang terkebil-kebil memandangnya.

"Jogging tengah hari buta macam ni?"

"Tengah hari menda. Dah petang tau tak. Pukul 5.30 dah pun. Kau ni duduk kat dunia mana? Tu lah menangis tak ingat dunia lagi sampai mata tu sembab. Cengeng." Ujar Azfar lalu mencabut rumput.

Alya membelek jam tangannya. 'Ya Allah, lama gila aku bertapa kat sini.'
"Dah lah. Saya nak balik. Awak duduk lah sini sampai tahun depan." Alya sudah mengangkat handbagnya. Tiba-tiba begnya dirampas boleh Azfar.

"Awak nak apa lagi? Saya nak balik lah." Ujar Alya dengan nada marah.

"Aku sebagai gentleman, nak ajak kau makan tak pun minum-minum je. Yelah, selalunya orang perempuan ni kalau stres dia suka makan. Aku aku nak belanja kau." Azfar memakai handbag Alya lalu bangun diikuti boleh Alya.

"Saya tak lapar lah. Saya. Nak. Balik. Faham tak.....?" Ujar Alya sambil menahan geram.

"Tak da. Aku tak kisah kau lapar ke tak. Yang penting kau ikut aku. Melainkan kalau kau tak nak handbag ni kau boleh balik." Ujar Azfar sambil menepuk-nepuk handbag Alya yang berada dibahunya.

"Mana boleh macam tu."

"Kalau aku yang buat, boleh. Aku bagi kau kunci kereta  dengan purse je. Beg ni aku pegang. Kau follow aku dari belakang. Deal?" Azfar mengangkat kening sebelah.

'Dia ingat dia Ziana Zain. Alya memikir sejenak. "OK. Deal. Tapi sekejap je."

"No problem."

____________________________________________

Gedik betul lh Azfar ni nak rindu2 bagai.

.
Sorry for late update. Ingatkan nak update smlm tapi sis ada keje dekat putrajaya. Abis kul 10.30 p.m sampai rumah kul 1.45 a.m. lepastu sis terus tido.

Kalau bosan ke apa ke... Sorry lh. Talk pun boleh comment. Nanti sis betulkan apa yang patut.

Apa-apa pun Merry Christmas untuk sapa yang sambut.

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now