Bab 15

10K 319 6
                                    

Alya menghenyakkan badannya di atas katil. Dia mengeluh panjang. Pertemuannya dengan Hazriel sungguh tidak disangka. Kemunculan Azfar serba sedikit  dia dapat melupakan Hazriel walaupun agak serabut juga. Yelah, orang tengah bad mood, dia ajak bergaduh pulak. Nasib baik lah Azfar belanja makan tadi, sejuk sikit hati yang tengah panas ni. Kalau tak kerja asyik nak marah orang je.

Alya mencapai handphone nya di atas meja. Handphone nya bercahaya. Alya berkali-kali menerima permohonan maaf dari Nasuha kerana dia tidak dapat hadir tengah hari tadi sebab ada masalah keluarga. Kalau ye pun bagilah tu awal-awal, tak da orang tercongok kat restoran tu lama-lama tunggu dia.

Hand phone Alya  berdeting sekali lagi. Kali ni dari nombor yang tidak dikenali.'sapa pulak ni?' Massages ditekan.

Unknown: Ni aku Azfar. Esok aku nak dtg ofis kau. Nk bincang pasal projek.

Hak alah. Mamat ni rupanya. Asal tak call ofis je. Ouh lupa hari ni hari ahad.

Alya: How do you get my number?

Azfar: aku tnya PA aku suruh tanya PA kau. Ok . I have to go. Then see you tomorrow.

Aik. Macam tu je. Alya meletakkan handphone di atas meja ditepi katil. Alya bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Solat maghrib jangan dilambat-lambatkan ye anak-anak.

Usai solat maghrib, Alya turun ke ruang tamu. Kelihatan adiknya berada di ruang tamu  sedang menonton televisyen. Cerita DIA. Tekun betul budak ni, tak nampak macam orang nak ambil SPM je.

"Oi." Kepala adiknya Aiman ditolak perlahan. Fokus terhadap televisyen sedikit terganggu.

"Apa ni kak? Main tolak kepala orang pulak. Cikgu kat sekolah tak ajar ke?" Aiman mengosok kepala yang ditolak tadi.

"Ni, menghadap TV ni. Dah solat belum?" Alya duduk di sebelah sofa yang diduduki adiknya.

"Dah lah. Tengok lah sapa. Aiman, bakal imam para wanita kut." Ujar Aiman sambil mengurut dagu. Alya mencebik.

"Banyak lah kau. Ni nak SPM kan? Buku dah baca? Latihan dah buat?" Tanya Alya. Tangannya dicekak di pinggang. Dah macam pengetua kat sekolah pulak.

"Dah kak. Adik kau ni memang rajin belaka. Tak payah suruh, memang dah buat dah tadi. Lagipun daripada subuh tadi duk menghadap buku, sekarang biarlah adikmu ini ingin beristirehat" Aiman mengerak-gerakkan keningnya.
'Masuk bakul angkat sendiri.'

"Hmm.. Papa dengan mama mana?" Alya memandang sekeliling rumah.

"Tu lah, nak sangat jadi wartawan tadi. Sampai mama dengan papa kat mana pun tak tahu." Aiman kembali menghadap televisyen.

"Bagi jelah tau." Lengan adiknya dicubit.

"Mama dengan papa pergi jumpa kawan papa lah. Baru je tadi. " Aiman mengosok lengannya yang dicubit. 'Sakit gila.' Desis Aiman dalam hati.

"Kau dah makan belum?" Ujar Alya pada Aiman. Alya memang seorang kakak yang prihatin.

"Dah. Kak, tak makan ke?"

"Tak. Akak, dah kenyang makan kat luar tadi." Alya tersenyum sedikit. Matanyanya menghadap televisyen.

"Woah... Sapa belanja. Pakwe ke?" Aiman mengerakkan kedua-dua belah keningnya.

"Pakwe? Tak da makna lah. Hati ni masih tertutup." Alya tiba-tiba teringatkan Hazreil. Orang telah membuat hatinya hancur.

"Eleh.. Ye lah tu. Jangan cakap macam tu kak, nanti lain jadinya."

"Apa yang kau merepek." Alya mengerutkan dahinya. "Budak SPM sepatutnya menghadap buku, bukan menghadap tv." Alya mengubah topik.

"Alah. Kejap lah. Baru nak tengok muka Janna nick ni."

Alya hanya mendiamkan diri. Topik yang dibawa boleh Aiman memang agak menyakitkan hatinya. 'Alya kau sepatutnya move on. Lupakan dia. Abaikan dia. Jangan bagi dia peluang langsung.' Desis hati Alya. Dia harus kuat semangat.

____________________________________________

Qaisara mengetuk pintu bilik Alya. Tombol pintu dipulas.

"Cik Alya panggil saya?"

"Haah, masuklah." Alya mengemaskan sedikit mejanya yang agak serabut.

Qaisara melangkah masuk. IPad ditangan dibuka.

"So, jadual saya hari ni apa?"

"Hari ni cik Alya ada dua appointment je. Pukul 9 nanti cik Alya ada meeting dengan Encik Bahar dekat ofis dia. And the second one, sebelum lunch nanti cik Alya kena tengok site shopping mall tu sebab Encik Azfar busy pagi ni."

"Ouh OK. Nanti awak ingatkan saya, saya nak jumpa Encik Azfar pukul 4 nanti."

"Ok. Kalau macam tu saya keluar dulu."
Alya mengangguk. Matanya menghantar susuk badan Qaisara keluar pejabatnya.
Alya mengeluh panjang. 'Bila lah kerja kat pejabat ni nak habis.' Bisik hati Alya.
___________________________________________

Alya mengelap peluh di dahi menggunakan jarinya. Dia memandang sekeliling tapak pembinaan pusat membeli belah. 'Alhamdulillah dah naik floor 2. Cepat jugak kerja diorang ni.' Bisik hati Alya sambil tersenyum tipis. Dia membalas senyuman yang dihulurkan pekerja-pekerja buruh tersebut. Dari kecil dia diajar untuk senyum pada orang yang memberi senyum. Tak kira lah sesiapa pun.

"Ni cik Alya ke?" Ujar pemburuh yang senyum tadi.

"Haah. Macam tahu nama saya?" Alya mengerutkan dahi. Dah macam artis sebab semua orang kenal.

"Saya selalu dengar Encik Azfar duk sebut nama cik. Macam orang angau macam tu. Patutlah dia jadi macam tu, orangnya pun cantik macam nama dia." Ujar pemburuh. 'Baik puji lebih-lebih nampak.' Desis hati Alya.

"Lah ye ke. Saya ni mana ada cantik mana. Biasa biasa je." Ujar Alya sambil memegang kedua dua belah pipinya.

"Betul lah cik. Lagi satu, cik ni senang je nak senyum kat orang. Kalau Encik Azfar tu nak senyum pun payah. Muka ketat memanjang. Macam bibir tu kena gam gajah."

"Dia memang macam tu." Ujar Alya. 'Memang lah dia macam tu. First time jumpa aku pun dia macam harimau jadian tau tak. Kerja nak marah orang ke tau.' Desis hati Alya.

"Ok lah cik Alya. Saya sambung kerja dulu ye. Assalamualaikum."

"Ye lah." Alya hanya memandang pekerja tersebut menyambung kerjanya. Tiba-tiba Alya teringat sesuatu. 'Dia angau kat aku.'  Alya menggeleng kan kepala. Dia meneliti kembali pelan shopping mall.

.

Masa sis tulis bab ni, kakak sis tgh tgk cite indon. Sis pulak duduk sebelah dia. So nak minta maaf kalo ada terselit bahasa lain.

Sorry lmbt update jugak.

  🎊🎉  Happy new Year 🎊🎉

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now