Bab 16

9.9K 317 25
                                    

Alif menghela nafas panjang. Otak yang agak serabut cuba ditenangkan dengan melihat keindahan pantai di Sabah. Subbahanallah, indah sungguh ciptaan Allah. Alif tersenyum lebar. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang yang jauh dari mata tapi dekat di hati. Cewah. Dadanya disentuh. Terasa degupan jantung yang luar biasa apabila teringat si dia. Handphone di dalam poket seluar diambil. Akaun Instagram dibuka dan mencari nama orang yang dirindui.
Terasa degupan jantungnya semakin berdebar apabila akaun yang dicari telah dijumpai.

Nasuha. Kawan adiknya Alya yang pernah dm beberapa hari yang lepas kerana mahu meminta nombor telefon Alya telah membuatkan dia jatuh. Jatuh cinta? Ye lah kut. Orangnya yang sopan dan pemalu bila dengan lelaki sangat menarik minatnya.

Bukan senang nak cari perempuan yang pemalu dengan lelaki sekarang ni. Yang tergedik-gedik adalah. Lagi-lagi nampak yang hensem. Badan tu telentok sana terlentok sini. Mengalahkan ular yang tak da tulang belakang tu ha.

Dia tidak pernah rasa perasaan seperti ni. Masa zaman belajar dulu mana pernah bercinta. Nak kena rotan dengan papa? Buatlah kalau berani. Papa tak bagi anak-anak dia bercinta selagi belum habis belajar. Alif berdoa di dalam hati sekiranya Nasuha adalah jodohnya dia semestinya gembira, sekiranya tidak dia terima seadanya. Dia pernah terbaca satu ayat.

'Jangan simpan seseorang dalam hati kerana hati berubah-rubah sifatnya.
Simpanlah seseorang itu dalam DOA kerana ia tercatat di langit selama-lamanya.'

____________________________________________

Alya yang tekun membuat kerja terkejut beruk apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar pejabat. Terjengul muka Qaisara yang sedang tersenyum. PA kesayangan hamba.

"Cik alya, Encik Azfar dah sampai. Saya panggil dia masuk ye."

"Ha, panggil dia masuk." Alya mengemaskan sedikit mejanya yang agak sepah dengan timbunan kertas dan fail-fail.

"Ehem. Assalamualaikum." Azfar berdehem apabila nelihat Alya begitu tekun mengemas mejanya

Alya berdiri menyambut kedatangan Azfar."Waalaikumusalam Encik Azfar. Silalah duduk. Jangan malu-malu."

"So let's begin our discussion."

Permulaan memang semua nampak baik dan OK saja. Tengok pertengahan nanti. Ya Allah, dah macam Tom and Jerry.

Beberapa minit kemudian...

"Jenis floor ni nak yang mana satu?" Azfar menanyakan soalan kepada Alya untuk meminta pendapat. Tak bestlah kalau dia sorang yang buat keputusan sebab ni kan projek bersama.

"Kita buat floor jenis lepa simen?" Alya mengujarkan pendapat.

"Agak-agaklah. Ni shopping mall kot. Takkan nak lepa simen je. Tu kedai runcit boleh lah." Azfar membantah cadangan Alya.

"Ha, Kita buat lantai Lorenzo. OK kan?"

"Yang tu kalau untuk grand floor boleh lah. Kita buat macam ada taman kat situ. Tapi lantai ni senang kena serangan asid dengan alkali. Lagi satu senang nak tergelincir kalau kena air. Cari yang lain. Yang ni cancel." Muka Azfar beriak serius dipandang. Alya tersenyum apabila Azfar menyebut perkataan 'serangan'. Tak tahu lah Kenapa. Mungkin sebab nampak comel. Bahasa baku kan tu?

"Tapi semua lantai kalau kena air memang senang nak tergelincir kan? So tak da beza." Alya menegakkan pendapatnya.

"Memang lah. Masalahnya Cik kak, lantai ni lagi sensitive dari lantai lain. Kalau untuk pejabat ke, bilik tidur boleh lah." Azfar mengetuk meja menggunakan pen.

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now