Bab 11

10.5K 327 4
                                    

"Aduii, penatnya harini." Alya mengeliatkan badan apabila sudah duduk di atas sofa. Nikmat gila. Kalau Datin Asmah tau perangai anak dara dia macam ni, ada yang kena ceramah free. Nasib baik lah Mak lang tak ada anak lelaki. Kalau tak buat malu je.

"Kalau penat pergilah mandi, segarkan diri lepas tu tidur kejap." Jawab Mak lang yang baru sahaja melintasi ruang tamu. Sufiah awal-awal lagi dah terbongkang dalam bilik.

"Kejap lagi Alya mandi. Pak lang belum balik dari surau ke? Tak nampak batang hidung pun." Dah pukul 5 petang takkan belum balik. Alya memandang sekeliling ruang tamu. Mana tau Pak lang sorok bawah meja ke. Macamlah muat.

"Pak lang tadi dah balik. Dia singgah kedai jap tadi beli barang dapur yang Mak lang pesan." Ujar Mak lang sambil memasang kipas. Panas betul cuaca hari ni.

"Ooo.." Alya mengangguk. Tak sabar nak tunggu Pak lang balik. Nak tanya pasal mamat perasan tu lah.

"Mak lang masuk dulu lah. Nak mandi berlegas dah badan." Ujar Mak lang sambil bangun dari sofa.

____________________________________________

Mak lang terpaksa membuat kelas memasak atas permintaan Alya dan Sufiah. Riuh jugak dapur Mak lang dengan gelak tawa mereka. Alya yang dah tua bangka pun baru nak belajar masak.

"Bila nak tumis sayur jangan letak minyak banyak-banyak. Nanti dia berminyak dah tak jadi sayur yang berkhasiat, tak pasal-pasal makan minyak." Ujar Mak lang sambil menunjukkan cara-cara memasak sayur kangkung goreng belacan yang merupakan makanan kegemaran Datin Asmah dan Pak lang.

"Yes Chef." Jerit Sufiah dan Alya serentak.

"Tumis sayur ni tak payah lama-lama. Nanti dia kecut tak sedap lah jadinya." Ujar Mak lang sambil menutup gas dapur.
"Yes Chef."jerit Sufiah dan Alya sekali lagi.

"Ni dah belajar masak ni jangan lupa praktis kat rumah ye Alya."

"Aa.. Yang tu kena fikir dulu." Kata Alya sambil tersengih. Alya bukan tak reti masak dia cuma takut minyak merecik kat muka. Katanya nanti dah tak lawa pastu tak da orang sudi masuk meminang.

Mak lang mengetuk perlahan bahu Alya menggunakan sudu. "Fikir dulu? Bila nak habis nya. Umur macam kamu ni dah wajib kahwin tau. "

"Ada kaitan ke masak dengan kahwin?" Kata Alya sambil mengaru kepala. Saja nak gurau-gurau dengan Mak lang.

"Ada yang kena goreng ni kang. Dah, pergi panggil Pak lang Kita makan sama-sama."
Ujar Mak lang.

"Hahahaha. Ok." Alya melarikan diri untuk mencari Pak lang. Takut ada yang kena goreng betul-betul.
___________________________________________

Alya dihalau ke ruang tamu. Mak lang dam Sufiah menghalang Alya dari membasuh pinggan. Katanya tak elok tetamu yang buat kerja. Nak tak nak Alya terpaksa terima.

Alya menapak ke ruang tamu. Kelihatan Pak lang yang sedang khusyuk melayan berita di Tv3. Best sangat ke tengok berita. Macam bosan je.

Pak lang tengah duduk sorang-sorang. Peluang ini digunakan Alya untuk menanyakan perihal Azfar. 'Apa yang mamat tu buat kat sini?' Bisik hati Alya.
Alya mengambil tempat di sofa sebelah Pak lang.

"Pak lang, Alya nak tanya sikit boleh ke?"

"Nak tanya apa Alya." Ujar Pak lang sambil memberi tumpuan sepenuhmya kepada Alya.

"Pagi tadi Alya ada perasan sorang lelaki ni, muda. Tapi kenapa Alya tak pernah nampak dia pun sebelum ni?" Soal Alya. Lelaki yang dimaksudkan adalah Azfar. Dalam ramai-ramai Ajk surau tadi memang nampak Azfar je yang paling muda.

"Oh, dia tu Azfar dari AZ holding. Dia lah orang yang nak bina sekolah tu. Alhamdulillah, ada yang sudi nak bina sekolah dekat-dekat sini. Banyak pahala dia dapat. Moga dia murah rezeki." Ujar Pak lang.

Alya hanya tersenyum tawar. 'Patutlah dia ada kat sini. Aish... Ni kalau dia dok dengar Pak lang puji dia confirm kembang semangkuk mamat tu.' Bisik hati Alya.
____________________________________________

Alya di minta tolong oleh Mak lang untuk membeli santan di kedai runcit. Mak lang nak buat masih lemak untuk breakfast. Disebabkan jalan ingin menuju ke kedai runcit tersebut agak kecil Alya terpaksa menaiki motor yang dibawa boleh Sufiah. Walaupun badan dia ni kecil jangan pandang rendah okey.

Kedai yang dituju sudah sampai.

"Tunggu akak kat sini. Kau tinggalkan akak siap eh." Ujar Alya sambil mengangkat jari telunjuk.

"Baik bos." Kata Sufiah sambil tabik hormat.

Alya melangkah ke arah rak yang menempatkan santan kotak. Mak lang kata kalau tak da kelapa beli santan kotak pun tak pa. Alya mengambil keputusan untuk mengambil santan kotak sahaja. Senang sikit. Tak payah blendar pastu nak perah-perah bagai. Lagipun kat kampumg ni tak da santan yang dah siap.

Setelah membuat bayaran, Alya menapak keluar dari kedai. Tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang. Santan yang berada ditangan terjatuh. Nasib baik beli santan kotak. Kalau jatuh tak pecah . 'Sapa pulak yang buat scene jatuh-jatuh ni.' Bisik hati Alya. Alya mengambil santan yang terjatuh lalu mendongak. 'Dia lagi.'

"Eh, hai. Macam mana awak ada kat sini?" Ujar Azfar sambil mengangkat tangan kanan.

"Asal jumpa awak ja barang saya yang jatuh. Suka hati saya lah saya ada kat sana ke sini ke situ ke. Ada sesiapa kisah ke? Tepi sikit  saya nak balik." Ujar Alya sambil berjalan menuju ke arah Sufiah.

"Orang dah cakap baik-baik kira OK lah tu." Kata Azfar sambil memandang Alya yang sedang membonceng motosikal.

____________________________________________

Series sis dpt idea ni masa tgh makan ayam masak merah yang sis masak. Hahahaha... Sorry kalo boring ye...

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now