Hari ini merupakan majlis pertunangan Alya dan Azfar. Majlis dibuat di rumah Datuk Ismail. Ramai juga saudara mara Alya yang sudah memenuhi ruang di rumahnya. Alya dan keluarga hanya menjemput saudara mara dan jiran yang rapat. Tunggu majlis kahwin nanti baru jemput satu taman. Majlis pertunangan hari ini akan berlansung selepas makan tengah hari. Untuk majlis bertunang, Alya hanya menyarung baju kurung moden yang berwarna putih susu.
Alya yang sudah siap bersolek dan berdandan termenung. Apa yang difikirkan? Fikir pasal masalah negara ke? Nasuha mencuit bahu Alya.
"Hoi! mak cik." jerit Nasuha. Nasib baik dalam bilik, kalau orang dengar buat malu je.'Kita bercakap dengan dia, boleh pulak dia termenung. Sakit hati kita ni. Dia buat kita macam tunggul pulak.'
"Hah! Apa dia?" ujar Alya. Alya menunjukkan muka blank nya. 'Ada orang bercakap dengan aku ke?'"Aku bercakap dengan kau, boleh pulak kau termenung." ujar Nasuha sambil menunjukkan muka cemberutnya.
"Yeke.. Sorry. Jangan merajuk. Nanti aku panggil abang aku suruh pujuk kau." ujar Alya dengan nada mengusik. 'Dia nak buah hati dia pujuk.'
"Ishh... ke situ pulak. Aku tanya kau tadi kenapa majlis tunang kau, kau tak jemput kawan-kawan sekolah yang lain?"
"Ouh... yang tu ke? Aku jemput diorang masa akad nikah nanti."
"Boleh pulak macam tu?"
"Boleh lah. Majlis aku kan. Lagipun Islam kata, pertunangan dirahsiakan, Perkahwinan dihebohkan. Lagipun ada benefit dia jugak, yelah kalau tiba-tiba tak jadi kahwin, sekurang-kurangnya tak da malu sangat." sambung Alya.
Sedang mereka rancak berborak, pintu bilik tidur Alya diketuk dari luar . Kelihatan muka Sufiah yang terjengul di depan muka pintu. "Akak, Aunty Haniza dah nak masuk. Akak dah ready." Ujar Sufiah. Ingat Sufiah anak Mak lang? Ini lah dia. Mak lang dan keluarga baru sampai pagi tadi, katanya sayang nak tinggalkan ladang.
Alya menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Hatinya dilapangkan."OK, Akak dah ready."
____________________________________________
Syukur kehadrat ilahi, majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Cincin emas putih yang terletak elok di jari manis ditatap. Teringat detik di mana mama Haniza menyarung Cincin tersebut di jari manis ini. Jelas terpancar kegembiraan dimukanya yang berseri dengan senyuman yang manis.
Photographer yang tidak berbayar tidak jemu-jemu menangkap gambar supaya dapat dijadikan kenangan terindah. Alhamdulillah, kini secara rasmi Nur Alya Saffiya sudah menjadi tunang kepada Azfar Shah. Wahhh. Give a big applause.
Usai saja acara sarung cincin, Datuk Ismail mengadakan jamuan makan-makan untuk tetamu yang hadir. Suasana begitu meriah di ruang tamu. Ketika yang lain sedang sibuk menjamu selera, Alya pula hanya memerap di dalam bilik. Entah mengapa selera makannya terbang. Pintu bilik tiba-tiba dikuak dari luar.
"Alya sayang, jom makan." Ujar Datin Asmah. Melihat Alya yang tidak memberi respon, Datin Asmah mendekati anaknya.
"Kenapa ni sayang?" Soal Datin Asmah. Kepala anaknya yang masih dibaluti shawl diusap lembut. Tangan tersebut diturunkan ke tangan anaknya lalu digenggam. Alya menundukkan kepala lalu membalas genggaman Datin Asmah."Alya tak sangka masa cepat sangat. Alya rasa macam Alya still budak tingkatan 5 yang baru nak result SPM. Tup tup Alya dah jadi tunang orang." Kata Alya sambil tersenyum hambar.
"Mama pun rasa macam tu jugak. Bila fikir fikir balik, anak mama dah besar dah, dah jadi tunang orang. Mama ingat lagi masa Alya kecil-kecil, Alya suka main kejar-kejar dengan abang Alif kat belakang rumah. Dengan Alya tak pakai baju masa tu. Ya Allah... Bila teringat balik, rasa kelakar pulak." ujar Datin Asmah sambil tergelak kecil.
Alya menepuk bahu Datin Asmah lembut. "Aishh.. apa mama ni. Malu lah." Alya tersenyum bila teringat kenangan masa kanak-kanak dulu. Masa tu usia Alif 8 tahun, Alya pula 6 tahun manakala Aiman baru 3 bulan. Indahnya jadi budak-budak, tak ada masalah. Kehidupan diorang hanya makan main dan tidur. Tiba-tiba rindu nak jadi budak-budak.
"Macam tu lah senyum. Jom, kita keluar. Apa pulak kata Mak Azfar nanti bila tengok Alya terperap dalam bilik je. Tak elok." Alya mengangguk. "OK. Jom."
____________________________________________
Usai makan, Alya duduk bersantai di ruang tamu. Puan Haniza sudah pulang ke rumah, katanya pening kepala sebab malam tadi tak cukup tidur. Excited nak dapat menantu katanya. Sampai macam tu sekali. Tetamu pun sudah beransur pulang, yang tinggal hanya sedara mara. Alya memandang ke seluruh pelosok rumah. Seakan-akan mencari sesuatu. Sesuatu yang tak nampak.
"Cari apa tu?" ujar Alif yang datang entah dari mana muncul. Alif melabuhkan punggung disebelah Alya. Bahu Alya ditolak sedikit.
"Opocot Mak kau!!" Alya menekan jantungnya. Kuss... semangat. Alya memejamkan mata. Orang disebelah yang tersengih macam kerang busuk dijeling." Apa abang ni, terkejutkan orang. Tak reti bagi salam?" perli ayat. Nasib baik lah aku tak ada penyakit sakit jantung. Kalau tak dah innalillah. Tak sempat nak kahwin dengan Azfar. Tak pasal-pasal mamat tu membujang sampai ke tua. Apa aku merepek ni?
"Sorry lil sis. Tak da lah, tadi abang tengok Alya terjengok-jengok... cari apa?" ujar Alif. Senyuman dilebarkan. 'Cari encik tunang ke?'
"Mana ada Alya cari apa-apa tadi. Saja tengok-tengok, dah lama rumah ni tak meriah macam ni dengan suara budak-budak. Selalu hari raya je dapat macam ni." jawab Alya dengan jawapan separuh jujur.
"Ye ke? Bukan cari Azfar?" usik Alif
"Cari dia buat apa? Lain kali boleh jumpa kan?"
"Alah... nak main sorok-sorok pulak. Azfar tak dapat datang hari ni sebab dia jumpa client kat Singapore. Tiba-tiba client tu nak jumpa dia hari ni, So dia terpaksa pergi. Dia call abang pagi tadi bagitahu pasal benda ni. " Muka Alya dipandang. Ketara perubahan reaksi wajah Alya.
"So?" Ujar Alya. Alya menujukkan muka tak kesahnya. Dia Cuba menyorokkan rasa terkilannya. 'Pergi Singapore tak ajak eh.'j
Alif menghela nafas panjang. Dia kenal sangat dengan perangai Alya. Alya tak suka menunjuk yang dia sayangkan orang tu. Melainkan kalau kita paksa dia. "Alya, I know you love him. Jangan nafikan atau cuba nak sorokkn perasaan tu. Just be yourself sis. Abang tak nak Alya menyesal one day. Kalau Alya betul-betul sayangkan dia, tunjuk. Bagi dia peluang. Jangan suatu hari nanti Alya kecewa dengan diri Alya sendiri." ujar Alif. Dia Cuba selami perasaan adiknya.
"How do yo know?" ujar Alya polos.
"I can see it in you eyes. Mata tak pandai menipu."
..
____________________________________________
This is a short update. Sorry kalo ada typo. Kalo rasa chap ni pendek, minta maaf lah ye. Sis karang ni pun ambik masa dalam 3 hari. 3 days guys....
YOU ARE READING
Mr.Annoying, Mr. Husband
RomanceAlya Imani - Jantung ni rasa macam nak tercabut je bila tengok dia senyum, ketawa. Ya Allah dugaan apakah INI... Azfar Khairi - Kau jangan nak melebih-lebih. Tak pasal-pasal ada yang makan nasi guna straw. Azfar dan Alya ditakdir berjumpa atas kecua...