Bab 9

13.5K 389 9
                                    

Hujan turun renyai-renyai membasahi kampung Sungai Satu. Alya bangun dari tidur untuk memulakan rutin hariannya. Selepas bersiap dia keluar dari bilik untuk menolong Mak lang di dapur.

"Pagi mak lang!"

"Pagi. Awal kamu bangun hari ni. " balas mak lang.

"Biasa je lah. Lagipun boleh tolong mak lang apa yang patut."

"Kamu tak penat ke? yelah... semalam kamu drive ke sini pagi-pagi buta. Lepas tu, tak bagitahu pun nak datang." Balas mak lang sambil memandang Alya. Alya sampai ke rumah mak lang pada pukul 3 pagi. Entah hantu apa yang rasuk dia tak tahu lah. Nasib baik masa tu mak lang tengah solat tahajud. Kalau tak tidur dalam kereta lah gamaknya.

"Alya tak penat lah. Semalam dah rehat. So, hari ni bolehlah start bekerja." Kata Alya sambil tersenyum.

Mak lang tersenyum. Suka benar dengan sikap Alya yang terlebih rajin ni.

" Mana Pak lang dengan Sufiah mak lang? Tak nampak batang hidung pun dari tadi."

"Semalam pak lang kamu kata ada mesyuarat PIBG kat sekolah dia. Hujan kat luar tu. Tak tahu dia pergi ke tak. Sufiah tu tidur lagi lah tu." Balas mak lang sambil menceduk mi goreng dari kuali ke dalam mangkuk besar.

"Pak lang kat sini. Dah siap dah pun." Sahut Pak Lang.

Mak lang dan Alya menoleh. Pak lang nampak segak pakai baju kemeja dengan seluar slack hitam. Macam umur 30-an pulak.

Pak lang sentiasa sibuk sejak di lantik mejadi penolong kanan di sekolah tahun lalu. Itu menyebabkan masanya banyak diluangkan di sekolah.

Pak lang duduk di meja makan. Diambil cawan yang berisi air kopi di atas meja. Lalu dihirup.

"Wah sedap kopi yang awak buat."

"Macam biasa je lah bang."

Alya tersenyum melihat pasangan tersebut. Harap-harap mereka bahagia hingga ke syurga."

" Sufiah mana? Belum bangun ke? Dah pukul berapa ni. Bertuah betul anak dara sorang ni." Bebel Pak lang. Sejak tamat periksa STPM Sufiah memang suka lambat bangun tidur. Kononnya nak balas dendam, sebab masa exam berjalan tak cukup tidur.

"Sufiah kat sini lah ayah. Sufi dah bangun awal tadi. Ni ha, bagi tompok makan." Ujar Sufiah sambil menunjukkan ke arah seekor kucing. Sufiah merupakan anak tunggal Mak lang.

Sufiah berjalan menuju ke meja makan dan duduk di sebelah Alya.

"Hai kak! Sorry lah pagi tadi tak sempat nak tegur. Ngatuk sangat." Ujar Sufiah sambil menyalami Alya.

"It's okey lah. Akak yang salah. Datang rumah mak lang pagi-pagi buta. Kononnya nak hirup udara segar."

"Dah, dahlah berbual makan dulu." Ujar mak lang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Udara di kampung Sungai Satu sememangnya masih segar. Walaupun jam menujukkan pukul 8 pagi suasana masih sejuk. Alya mengambil keputusan untuk menolong mak lang dan Sufiah di ladang.

Di ladang,Alya di ajar cara memetik sayur sebelum di timbang mengikut pesanan yang diterima. Alya berpeluang mengenali beberapa pekerja yang di upah oleh Pak lang dan Mak langnya.

"Alya, tak payah lah angkat bakul tu sendiri. Saya kan ada." tegur Amir yang melihat Alya sedaya upaya mengangkat bakul yang berisi Kangkung.

"Alah, bukan berat manapun."

"Tak payah. Meh sini." Ujar Amir sambil merampas bakul kangkung dari Alya.

Alya tersenyum apabila Amir menolongnya. Tiba-tiba dia teringat Azfar. 'Abaikan dia. Dia tak penting.' kata hati Alya sambil menggeleng kepala.

"Alya awak ok?" Tanya Amir apabila melihat Alya menggeleng kepala.

"Saya... ok." kata Alya sambil membuat simbol ok.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah selesai tuga menimbang dan sewaktu dengannya, Alya duduk di kerusi untuk berehat. Botol air diambila dan diteguk airnya. Lega. Sufiah yang datang dari kolam ikan mendekatinya.

"Macam mana akak? Okey."

"Okey lah... Tapi penat jugak. Dah lama tak exersice macam ni lah."

"Hahaha akak ni... Lama-lama okey lah tu."

"Sayur dah siap timbang?" Soal mak lang.

"Mesti lah dah siap. Tengoklah siapa yang buat." Ujar Alya sambil menepuk dadanya. Bangga.

"Yelah Alya." Ujar mak lang sambil tersengih. Macam-macam perangai si Alya ni.

"Esok ada order tambahan ke ibu?" Soal Sufiah

"Tak ada. Kita siapkan order macam biasa."

"Ok." Ujar Alya dan Sufiah serentak.


Hai korang!!

Long time not to see you. Rindu giler. Ni update terbaru. Harap korang suka. Sis dan cuba sedaya upaya yang ada. Harap dapat puaskan hati korang. Sorry for late update.......


Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now