Bab 19

9K 328 26
                                    


Azfar memandang ke luar tingkap pejabatnya. Permandangan bangunan yang pelbagai menenangkan fikirannya seketika. Nafas dihembus perlahan. Tiba-tiba wajah Alya bermain difikiran. Gelagat Alya pagi tadi serba sedikit mencuit hatinya. Suasana yang tenang menjadi kelam kabut. Azfar yang tidak pernah memandu 120km/j jadi pertama kali. Semuanya kerana Alya.

"Alamak! Awak, saya lupa hari ni saya ada appointment pukul 8.30. Sekarang dah pukul 7.40. Macam mana ni? Saya dah lambat. Nak kena ambil kereta kat Balai Polis lagi, nak pergi One Utama pulak. Pastu nak lalu jalan jammed. Aduiii..." Alya memegang kepalanya. Pening memikirkan cara untuk sampai tepat pada masanya. 'Macam mana lah aku boleh lupa. Abang punya pasal lah ni. Cari gaduh dengan aku malam tadi.' Getus hati Alya.

"Aku hantar kau pergi One Utama terus lah." Azfar menjadi tidak senang duduk. Dia pula takut Alya lambat menghadiri appointment.

"Eh... Awak hantar je saya kat balai polis." Alya berdalih.

"Habis tu, Kau dah lambat kan?"Azfar ingin menolong Alya. Bukannya selalu dapat jumpa Alya. Sekali sekalaboleh kan.

"Tak pe. Hantar saya kat situ. Sebab lepas tu saya nak pergi tempat lain pulak." Pinta Alya. Sebenarnya dia segan dengan Azfar. Dah banyak kali dia tolong. Belum ada satu pun dibalas.

"Ok lah kalau kau cakap macam tu." Azfar terpaksa bersetuju. Dia tidak ingin memaksa. Risau juga jika Alya tidak selesa dengannya lepas dipaksa.

Lamunan Azfar terhenti apabila pintu pejabatnya diketuk. Azfar membenarkan orang tersebut masuk. Maka terpacullah muka Maira.

"Bos. Time to go."

"Ok."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alya menghembus nafas lega. Appointment nya dapat diselamatkan. Alhamdulillah dia dapat sampai tepat pada masanya. Nasib agak baik Dato' Khairi tidak cerewet orangnya. Pertemuan mereka berjalan lancar. Terima kasih juga Azfar yang bawa kereta macam palesit.

Alya memeriksa handphonenya. Terdapat mesej daripada Azfar. Nama Mr.Annoying ditekan.

How today? Sempat tak? Ada apa-apa masalah ke?

'Tiba- tiba mamat ni jadi prihatin pulak. Sebelum ni tak pernah pun.' getus hati Alya. Alya tidak membalas mesej tersebut, malas nak layan. Dia berjalan terus ke keretanya. Tiba-tiba dia merasa seram sejuk, tapi diabaikan saja. Sampai saja ke keretanya dia terkejut. Siapa yang buat. Keempat empat tayar keretanya pancit. Alya mendekati tayar kereta. Dia mendapati penutup tiub keretanya hilang. Alya resah sambil memandang sekeliling. Tingkat parking yang dia berada sekarang ni amat sunyi.

"Macam mana nak balik ni... Ma..." Alya seakan ingin menangis. Dia tabahkan hatinya supaya jangan menangis.

Tiba-tiba tangan Alya di tarik kasar. Alya terdorong ke belakang secara automatik badannya berada di dalam dakapan seseorang. Segera Alya melepaskan diri daripada dakapan lelaki itu lantas mengangkat mukanya.

"Hazriel!" Alya terkejut dengan apa yang dilihat. Sudah 4 bulan mereka tidak bersua muka. Alya seakan-akan terpaku melihat perubahan diri Hazriel. Dengan rambut panjang sampai ke bahu, janggut dan misainya yang agak serabut. Hazriel yang dikenal dulu orangnya sangat menjaga penampilan diri. Tidak ada satu bulu pun yang akan ada di wajahnya. Hazriel yang dia kenal tidak sesuka hati memengang perempuan. Alya berasa seram sejuk dengan pandangan yang Hazriel berikan. Belum sempat Alya melangkah jauh, tangan kasar Hazriel sudah menarik tangannya kembali.

"Let me go!!" Alya menjerit dengan lantang. Dia takut perkara yang tidak diingini berlaku. Dia berdoa semoga ada orang yang akan lalu di situ. Namun hampa. Kosong.

"Aku takkan lepaskan kau, melainkan kau terima aku balik."

"Hello... Sapa yang tinggalkan sapa dulu? I ke? U? Bukan you kata, You takkan jilat balik muntah you. Now, who?" Alya cuba tunjuk keberaniannya walaupun dia agak kecut jugak dengan Hazriel.

"Ada aku kisah ke benda tu semua. Kau terima aku balik atau kau akan menyesal seumur hidup kau."

"Apa yang you nak buat kat I?"

"Anything." Hazriel memandang Alya atas bawah. Dia mengenyitkan matanya. Hazriel mula mendekati Alya perlahan-lahan. Alya menyelok handbag untuk mengambil handphonennya. Namun tidak sempat apa apa berlaku, handbag Alya telah dirampas. Hazriel menarik tangan Alya lalu tubuh Alya dipeluk dari belakang. Alya memijak kaki Hazriel menggunakan kasut tumitnya. Sekarang, baru Alya sedar bahawa kasut tumit juga ada kebaikannya. Hari ini kasut tumit menyelamatkannya. Siapa mpernah rasa kena pijak dengan kasut tumit angkat tangan sikit. Sakit dia.... pergh! Boleh putus jari kaki weh.

Hazriel megaduh sakit. Dia memegang kakinya, Sekali gus perlukannya terlepas. Alya mengambil peluang tersebut melarikan diri. Alya berharap keajaiban akan berlaku.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azfar menatap mesej yang telah di hantar kepada Alya. Mesej telah dibaca, tapi tidak ada balasan. Azfar berasa tidah sedap hati. Dia merasa sesuatu telah berlaku. 'Mungkin dia ada appoinment lain.' Azfar menyedapkan hatinya. Nombor Alya didail. Tapi hampa tidak dijawab. Azfar mecapai kunci keretanya di dalam laci. Dia menuju ke meja Maira.

"Maira, saya nak keluar kejap." Melihat anggukan PA nya, Azfar melangkah ke basement dengan cepat. Dia mendail nombor Alya sekali lagi. Namun hampa tetap sama. "Alya... mana kau pergi?" Azfar memandu keluar dari bangunan AZ Holding dan menuju ke One Utama. Sekali sekala nombor Alya didail, tetapi jawapannya tetap sama. Nombor Alif a.k.a abang Alya didail untuk menanyakan sama ada Alya berada di rumah atau tidak.

"Assalamualaikum, bro." Bagaikan tahu Azfar sedang dilanda masalah, Alif mengangkat panggilan dengan pantas. Tengah main game lah kut.

"Waalaikumusalam. Ada apa call?" Alif berasa pelik. Yelah sudah la mereka tidak berhubung.

"Aku nak tanya, Alya ada kat rumah tak?"

"Tak da. Kenapa bro? Ada masalah ke? Bukan pagi tadi kau ke yang hantar dia? Takkan kau tak tahu dia kat mana." Bertubi-tubi soalan yang diberika oleh Alif. Alif dapat merasakan sesuatu tidak kena. 'Takkan dia yang hantar Alya pagi tadi dia tak tahu.' detik hati Alif.

Azfar mengetap bibir. Soalan Alif memerangkapnya. " Tak apa lah. Saja tanya. Aku cau dulu, assalamualaikum." Azfar segera menamatkan panggilan. Dia tidak mahu keluarga Alya merasa risau. Salah dia jugak tidak berkeras dengan Alya pagi tadi untuk menghantar Alya ke One Utama.

Sampai saja di basement One Utama, Azfar brek mengejut. Hal ini kerana, terdapat dua insan yang seakan-akan sedang bergelut berhampiran dengan tempat azfar menghentikan kereta. "Kalau gaduh suami isteri pun agak-agaklah. Jangan lah kat tempat awam." Azfar bercakap bersendirian. Mulut Azfar melopong apabila melihat lelaki tersebut menampar muka wanita di hadapannya. "Eh... Ni dah melampau. Aku paling pantang kalau lelaki berkasar dengan perempuan." Azfar yang merasakan dirinya hero terus keluar dari kereta. Niat ingin menegur lelaki tersebut tetapi belum apa-apa lelaki tersebut terus melarikan diri setelah melihat Azfar.

"Aku belum buat apa apa pun." Azfar mendekati wanita yang telah terduduk di lantai. Terdengar tangisan halus darinya. "Cik tak apa-apa?"

Wanita tersebut mengangkat muka untuk melihat muka si penyelamat. Kalau lelaki ni tak datang agaknya aku dah mati. Sungguh dia terkejut. "Azfar!!"

"Alya!"

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now