Usai saja makan malam, Alya terus masuk ke dalam biliknya. Dia menghenyakk punggungnya di atas tilam. Seminggu sudah berlalu. Peristiwa lalu sudah lali. Sedang Alya melayan perasaan, telepon bimbitnya berbunyi. Pantas dia menjawab panggilan yang diterimanya. Keningnya sedikit berkerut.
"Nak apa ni Aiman? Call-call orang. Dah tak ada kaki ke nak panggil Akak dalam bilik." Aiman menelefonnya. Duduk satu rumah pun nak kena call-call ke? Buat habis kredit je. Ouh lupa... Aiman masih dalam tanggungan papa.
"Bukan tak ada kaki, kita kan dah ada teknologi kena lah guna dengan sebaiknya. Membazir je beli kalau tak guna. Baik duduk zaman batu je kalau macam tu."
"Teknologi lah sangat. Dah malas tu cakap je lah malas. Ish.. Ni nak apa call-call ni?" Ujar Alya. Aiman kalau dah malas memang macam ni. Kadang-kadang tu, suruh mandi pun males. Tak tahulah apa masalah budak ni. Nak kata tandas kat luar rumah? Tak jugak. Setiap balik tidur ada tandas sendiri.
"Papa dengan Mama suruh turun. Ada benda nak discuss. Cepat!" Jerit Aiman. Usai bercakap Aiman terus mematikan panggilan tersebut.
"Eh, kurang asam punya adik. Tak reti cakap elok-elok ke? Terjerit-jerit macam beruk kat hutan. "
Tanpa menunggu lama, Alya terus turun ke tingkat bawah. Kelihatan seluruh ahli keluarganya telah berkumpul di ruang menonton. Alya mengambil tempat duduk besebelahan dengan Alif yang sedang ralit main handphone dengan muka macam kerang busuk. Ni lagi sorang, gila teknologi. Agaknya mati lah kut kalau handphone tu tak ada.
"Apa dia yang mama dengan papa nak bincang ni?" Ujar Alya.
"Papa cakap ni, Alya jangan terkejut ye? Papa harap Alya dapat terima keputusan ni." Ujar Datuk Ismail dengan berhati-hati. Risau anaknya melenting.
Alya menarik nafas sedalam-dalamnya, supaya hatinya kosong dan dapat menerima apa yang ingin disampaikan. "Apa dia? Macam series je?"
"Hari tu, Azfar ada risik Alya. Dia nak Alya jadi isteri dia. Kalau Alya setuju, lepas je majlis abang Alif, Ayah dengan Mak Azfar akan merisik Alya. So Alya? Macam mana?" Datuk Ismail mengharapkan balasan yang positif dari anaknya. Sungguh dia sukakan Azfar sejak pertama kali mereka berjumpa.
Alya terkejut. Sungguh ini luar dari pemikirannya. Kahwin? Dengan Azfar? Mamat annoying tu? Hahaha. Alya menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan. Mungkin ini takdir. Mungkin disebalik perkahwinan ni ada hikmah . Alya membuat keputusan tanpa memikir panjang. Dia nekad dengan keputusannya sekarang. " Alya setuju."
Alif yang sedang ralit dengan handphone terus memandang Alya. Aiman yang meneguk air Milo tersedak. Desperate sangat ke kakak aku nak kahwin sampai terus setuju.
"Betul ni Alya? Alya tak main-main?" Soal Datin Asmah. Dia terkejut dengan persetujuan pantas anaknya. Dalam diam dia bersyukur. Alya memang muada dibawa bincang.
Alya mengangguk. "Alya serius. Mungkin jodoh Alya dah sampai." Ujar Alya sambil tersenyum tawar.
----------------------------------------------------------------------
Pejam celik pejam celik dah sebulan. Hari ni merupakan majlis bahagia Alif. Sungguh Alya terkejut apabila dapat tahu bakal kakak iparnya merupakan kawan baiknya sendiri iaitu Nasuha. Patutlah dah lama tak call mesej pun tak. Ni rupanya kerja dia. Alya teringat kata kata Nasuha beberapa hari yang lepas. Dia di minta menjadi pengapit.
"Ala... Sorrylah Alya. Bukan aku tak nak bagitahu, tapi abang kau yang tak bagi aku bagitahu kau. Dia kata nak bagj surprise kat kau. Sorry lah Alya."
Best friend kau yang kau memang rapat. Dah lama tak mesej tak call, tiba tiba cakap nak kahwin. Dengan abang sendiri pulak tu. Mana tak terkejut. Nasuha ni pun bagus betul. Belum jadi isteri dah patuh sampai sanggup kenakan aku. Apalah nasib. ' Tak apa. Berani abang rahsiakan benda ni dari Alya. Malam pertama abang, Alya culik bini abang. Biar padan muka. Hahahaha' Desis hati jahat Alya. Tanpa disedari Alya tersenyum sinis.
"Tiba-tiba tersenyum sorang-sorang ni kenapa. Dah tak sabar nak kahwin." Alya yang sedang memerhatikan abangnya photoshoot gambar kahwin terkejut apabila dia ditegur. Bahunya sedikit terangkat. Alya menoleh ke sebelah melihat gerangan yang menegur.
"Awak ni sibuk je lah hal orang."
"Yelah mana tau awak dah tak sabar nak kahwin dengan saya. Tu tok kadi ada lagi tu, bolehlah." Usik Azfar.
Mamat ni sejak aku terima dia hari tu, terus tukar panggilan jadi awak-saya. Lepas tu kalau bercakap tu elok je. Lembut je. Pijak semut pun tak mati. Tak macam selalu. Macam orang kena rasuk hantu.
"Ish.. Gatal. Kalau awak nak sangat kahwin, awak pergilah." Ujar Alya. Alya kemudiannya terus melarikan diri menuju ke keluarganya yang sedang mengangkut dulang hantaran ke dalam bonet kereta.
Azfar tersengih. "Tu baru usik sikit, dah cuak."
____________________________________________
Malam tu merupakan majlis persandingan Alif dan Nasuha. Usai saja bersanding dan makan beradap, pengantin mula menghampiri kenalan dan sanak saudara. Oleh itu, Alya mengambil kesempatan menghampiri buffet makanan. Nasi dicedok ke dalam pinggan. Lauk ayam masak merah juga diambil. Kemudian, Alya mengambil tempat duduk.
Ketika dia sedang menikmati makanan, dia ditegur boleh orang sebelahnya. "Makan lagi Alya. Bukan masa malam beradab tadi dah makan ke?" Ujar orang tersebut.
Alya menoleh orang disebelahnya. Dah agak dah, mamat annoying ni. Kalau ikutkan hati, tak nak jemput mamat ni datang majlis. Tapi disebabkan mama kata 'Nanti dia akan jadi family Kita juga, apa salah nya Kita jemput dia.' Sekarang ni Alya rasa menyesal sebab jemput Azfar datang majlis.
" Nasi kat depan tadi tu tak cukup tau tak. Untuk pengantin boleh lah." Alya menyambung makan.
"Makan lah berapa banyak awak nak, asalkan awak selalu ada dengan saya." Ujar Azfar perlahan.
"Awak dah makan ke?" Soal Alya. Saja Tanya. Bukan ambil berat Kay.
"Dah. Saya tak sabar nak tengok orang lain makan nasi minyak kita."
Alya disebelah sudah terkebil-kebil. 'Aduh, dia ni street to the point gile.'
____________________________________________
Hari semua, sorry lah sis lambat update. Semalam yang ambik result SPM, sis ucapkan tahniah. Tak kisah lah dapat berapa pun, sebab Kita dah usaha. Yang cemerlang alhamdulillah, yang kurang cemerlang, sis harap korang jangan give up. Allah tu mana adil. Dia tahu yang terbaik untuk Kita. Ingat tu.
YOU ARE READING
Mr.Annoying, Mr. Husband
RomanceAlya Imani - Jantung ni rasa macam nak tercabut je bila tengok dia senyum, ketawa. Ya Allah dugaan apakah INI... Azfar Khairi - Kau jangan nak melebih-lebih. Tak pasal-pasal ada yang makan nasi guna straw. Azfar dan Alya ditakdir berjumpa atas kecua...