BAB 26

8K 294 13
                                    

Wajah Alya sudah dibasahi air mata. Mak Lang menepuk nepuk badan Alya yang sedang memeluknya. Bahu Alya ditarik. Air mata di pipi Alya dikesat. "Apa ni dah besar panjang, dah nak jadi Bini orang pun nangis lagi. Malulah kat orang." ujar Mak langkah sambil memandang Alya yang tersedu.

"Yelah... Mak lang dah nak balik dah... Mesti lah Alya sedih. Tak boleh ke Mak lang stay sini lagi sehari?" ujar Alya sambil mengelap hingusnya di hujung lengan baju.

"Maaf sangat-sangat. Mak lang tak boleh. Mak lang takut nak tinggalkan ladang tu lama lama. Kesian Amir dia buat kerja sorang-sorang. Nanti bila lapang Alya datang lah rumah Mak lang." Mak lang Cuba memujuk Alya.

"Okey lah kalau macam tu." ujar Alya. Air mata dikesat.

Usai bersalam-salaman, Mak lang meminta diri. Alya melambai lambaikan tangan. 'Sunyilah lepas ni, Pak long dan Mak long dah balik, Mak lang pun dah balik. Sedara Mara semua dah balik.' rintih Alya dalam hati. Alya melangkah masuk ke dalam rumah. Selepas menutup pintu, tudung dilurutkan.  Alya melangkah ke arah sofa lalu duduk.

"Betullah Alya cakap. Bila semua dah balik tiba-tiba rumah ni sunyi." ujar Alif. Alif menyandar badannya di kepala sofa.

"Dah tau sunyi, bagi lah mama cucu cepat-cepat. Tak adalah rumah ni sunyi macam ni. Kalau ada cucu tak adalah kita bosan kan bang. " ujar Datin Asmah. Alya menghela nafas lega. 'Nasib baik lah aku belum kahwin lagi. Tapi akan berkahwin.' bisik hati hati Alya.

"Kalau boleh mama nak 12 orang cucu, bolehlah buat team bola sepak. Mesti best." sambung Datin Asmah. 'Aik... ni dah melebih, ramai sangat tu.' bisik Alya.

"Sorang 12 ke ma?" Soal Alya. Sengaja nak usik mama. Alya tergelak kecil.

"Haish... habis rumah roboh rumah ni kalau ramai sangat. 12 orang cukup lah. maksudnya Alif 4 orang, Alya 4 orang, Aiman 4 orang. Ok dah cukup 12." Alya ketawa dalam hati. 'Aiman yang belum habis SPM tu pun mama dah tentukan anak dia berapa orang'. Bisik hati Alya.

Datuk Ismail menggelengkan kepala. 'team bola sepak pulak.' bisik hati Datuk Ismail.

"Tu lah, Mama tak tau. Actually, Nasuha dan pregnant 2 minggu." Ujar Alif dengan senyuman yang lebar. Bahu isterinya dipeluk.

"Betul ni Nasuha?" Soal Datuk Ismail. Nasuha mengangguk. Tanda mengiyakan. "Alhamdulillah. Kena buat sujud syukur lah ni. Papa pun dah lama tak pengang baby. Tak sabar pulak. " ujar Datuk Ismail.

"Nanti Alif tambah lagi 3. Okey? Sayang okey kan?" Nasuha tersenyum hambar. Menggeleng tak mengangguk pun tak. "Tak pa kita akan usaha sama sama." sambung Alif. Bergema gelak ketawa mereka diruang tamu.

Alya tersenyum melihat abangnya bahagia dengan pasangan pilihannya. 'Adakah aku akan capai bahagia macam diorang jugak?' Bisik Alya dalam hati. 'Saya yakin awak boleh bahagiakan saya Azfar.'

___________________________________________

Alya meminta diri untuk naik ke bilik kerana mengantuk. Walaupun jam masih menunjukkan angka 9.30 malam, tapi matanya terasa amat berat. Alya mencapai phonenya yang sedang dicas tiba-tiba mengeluarkan cahaya.

"Eh, ada 4 miss called." Alya menekan simbol miss called. Terpampang nama Azfar di screen. Nama 'Mr.Annoying' di tekan di ruang contact. Nama tersebut ditukar dari Mr.Annoying kepada My Fiancé.  Ye, Alya sedang mencuba memberi ruang dihatinya untuk Azfar. Selesai menukar nama, handphone Alya berbunyi. Terpampar nama 'My Fiancé' di screen. Tanpa melengahkan masa butang hijau ditekan.

"Finally awak angkat call saya. Awak pergi mana tadi, saya call awak tak angkat. Awak buat saya risau tau tak? Saya ingat ada something yang buruk jadi kat awak." Azfar menghembus nafas berat. Hatinya berasa tenang selepas Alya mengangkat panggilannya. Rasa nk tercabut jantung tadi bila panggilannya tidak diangkat.

"Assalamualaikum." Alya memberi salam. Tanda tanda kiamat nak dekat ialah apabila umat Islam lupa memberi salam.

"Waalaikumusalam." Azfar mengurut jantungnya. 'Tiba-tiba rasa deep pulak.'

Alya terharu. 'Azfar risaukan aku?' Alya berdehem sebelum memulakan bicara, tiba-tiba nervous pulak. Mungkin sebab tittle dah bertukar. "Sorry, saya kat bawah tadi borak borak dengan family, lepas tu tinggalkan phone dalam bilik sebab tengah charged. Saya tak tau pulak awak nak call saya." ujar Alya dengan nada serba salah. Kesian dia tunggu lama.

"Ouh, it's okey. Saya yang sepatutnya kena minta maaf kat awak sebab tak datang tengah hari tadi."

Hari ni hari raya ke? pakat pakat semua nak minta maaf. "Tak apa. Saya okey. Lagipun kalau ikut adat melayu, bakal pengantin lelaki memang tak boleh datangkan masa tunang, sebab darah manis." ujar Alya. Dia baru tahu lepas borak-borak dengan sedara mara lepas majlis bertunang petang tadi.

"Saya tahu. At lease saya tunjuk muka kat sedara mara awak.". uajr Azfar dengan nada serba salah.

"Tak apa. Diorang okey, don't worry." Sedara maranya okey sahaja. Siap puji Azfar lagi sebab ikut adat melayu. Kalau tak, tak ada lah keluar topik pasal adat melayu tadi. Yelah, budak-budak zaman sekarang ni mana kisah pasal adat-adat ni.

Azfar mengalah. Kalau sambung sampai esok pun belum tentu  habis. "By the way, macam mana tadi? everything's okey?" Soal Azfar. Walaupun dia tahu semuanya  daripada Puan Haniza, dia tetap ingin mendengar sendiri dari Alya.

"Alhamdulillah, semua okey. Awak kat mana sekarang ni." ujar Alya apabila terdengar bunyi bising.

"Saya kat airport. Saya dah nak balik Malaysia lah ni. Tunggu flight, saya pergi makan tadi, tiba-tiba saya rindu kat awak... tu yang call ni." ujar Azfar sambil tersengih.

Alya tersenyum. "Ye lah tu?" Nasib baik bercakap dalam phone. Kalau dia nampak aku senyum, mulalah perangai gedik dia tu.

"Awak nak tahu something? Sejak akhir-akhir ni mama happy sangat. Tak sabar dia nak awak jadi menantu dia. Beria-beria dia pesan kat saya hari-hari. Don't ever let her go."

Alya menundukkan muka. Sampai begitu sekali Puan Haniza mahu dia jadi menantu. Hatinya terasa terharu. "Cakap dekat mama awak, thanks sebab sudi terima saya jadi menantu dia."

"OK. I will."

"Awak. Awak series dengan saya Azfar." Soal Alya. Tiba-tiba soalan tersebut telintas di otaknya. Sekadar ingin tahu.

"Of course." Azfar mengerutkan mukanya. Dia berasa pelik dengan soalan cemas Alya.'Are you feeling well girl?"

"Awak takkan tinggalkan saya macam Hazriel tinggalkan saya kan?" Soal Alya lagi. Dia tidak tahu mengapa soalan tu yang keluar.

Alya seakan akan sedar dari mimpi lalu mengetuk dahinya. 'kenapa aku tanya dia soalan tu? Adui... malunya' bisik hati Alya. Belum sempat Azfar menjawab soalan, Alya bersuara. "Azfar.. Saya nak off call ni. Tiba-tiba rasa ngatuk  pulak. Kita borak lain kali eh." mulutnya yang menguap ditutup dengan telapak tangan.

"Ok princess. Sweet dream. Assalamualaikum." ujar Azfar. Panggilan telah dimatikan, tetapi Azfar masih merenung screen hand phone nya. "You should know my answer Alya, I won't let you go."
____________________________________________

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now