BAB 32

8.9K 228 23
                                    

5 tahun kemudian...

Alya tersenyum apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain ditepi kolam. Seronok Alya melihat telatah anaknya itu dengan keletahnya yang bermacam ragam. Menjadi budak -budak adalah sesuatu yang menyeronokkan. Mereka tak perlu fikir masalah atau mencari duit untuk menyara hidup. Hidup mereka hanya main, makan dan tidur sahaja dan ulang benda yang sama setiap hari. Indah kan?

"Mummy!" Panggil anaknya Fazrel Haikal yang sudah genap berumur 4 tahun. Cepat betul masa berlalu, terasa macam semalam melahirkannya. Budak budak sekarang memang cepat membesar. 

"Kenapa sayang? Meh sini kat mummy." Haikal menuju ke sebuah pondok yang diduduki mummynya tidak jauh dari tempat dia bermain tadi. Kepala anaknya diusap lembut dan dicium.  Peluh-peluh di dahi Haikal dilap menggunakan tuala. Anaknya memang mudah berpeluh lagi-lagi bila dia terlalu aktif. Oleh itu, Alya selalu sediakan tuala kecil bersamanya.

"Tadi masa Haikal main tiba tiba je car Haikal jatuh dalam kolam. Macam mana ni mummy... Car Haikal. " ujar Haikal. Mulutnya dimuncungkan kedepan. Tubuh Alya dipeluk erat. 

"Aloo... siannya dia. Pergi panggil daddy. Suruh daddy ambilkan. Suruh daddy ambik tau. Jangan buat sendiri. Dengar cakap mummy." Jerit Alya pada anaknya yang sudah berlari pergi mendapatkan daddynya.

Alya mengusap perutnya yang semakin membesar dari bulan ke bulan. Ye ada benih yang bercambah dalam perutnya dan pertambahan ahli dalam keluarganya. 

"Sayang... Haikal cakap sayang panggil abang. Kenapa? Nak bersalin ke? Rasanya lambat lagi kan?" ujar Azfar. Tempat sebelah Alya diambil. Perut isterinya diusap. Anak daddy. Bila nak keluar ni? 

Dia ni tanya betul betul ke main main, ke buat buat tak tahu. "Apa abang ni.. Belum lagi nak bersalin lah. Baby baru 5 bulan. Lambat lagi nak keluar ada lagi 4 bulan. Sabar key. Tu ha.. Haikal kata car dia jatuh dalam kolam masa main tadi abang tolong ambilkan ye. Kesian dia. Nanti dia merengek pulak." Ujar Alya sambil tersenyum manis. Nak minta tolong kita kena cakap baik baik. Kalu tak dia tak nak tolong.

"Macam mana Haikal main sampai car boleh masuk dalam kolam." Soal Azfar sambil mencapai jaring ikan yang diletakkan ditepi pondok. Nasib jugak batang jaringnya panjang. Mudah nak ambil.

"Ntah lah. Haikal pun tak tahu. Tiba tiba je dia ada dalam kolam." Ujar Haikal. Asyik dia memerhatikan daddynya mengaut kereta mainannya. "Hati hati daddy nanti jatuh, kesian mummy."

"Dia tersepak lah tu tadi. Lain kali main behave ye sayang." ujar Alya. Pipi anaknya dicubit lembut. Geram betul dengan budak ni. Mulut tu ada je benda nak cakap. "Say apa kat daddy sayang?"

"Thanks daddy." Kerta mainannya diambil dan diletakkan didalam kotak khas. Mummy pesan lepas main kena kemas. Jangan sepah sepah. Nanti mummy pening sebab nanti tak ade siapa nak kemas.  

"Dah. Pergi masuk dalam mandi. Tau. Jangan main air. Jangan main sabun. Sebelum keluar bilik air lap badan dulu. Tau. Dah busuk bau anak mummy.  Ingat pesan mummy. Dah pergi." ujar Alya sambil mengosok kepala anaknya itu.

"ok Mummy."

"Good boy."

"Mummy.. Nanti tolong buatkan chicken fried boleh?" Pinta Haikal sambil matanya dikedipkan. Kecik kecik dah pandai main mata. Daddy yang ajar lah ni.

"Boleh sayang. Apa apa pun boleh. Pergi mandi." 

"Sayang tak yah masak lah. Biar abang masak."

"Eh, tak pe lah. Setakat ayam goreng je boleh lagi ni. It's okey, benda simple je."

"Sure?"

"Yes i'm sure hubby. Don't worry." Kandungan aku baru 5 bulan. Belum tahap sarat lagi So masih mampu nak buat kerja rumah. Tapi kerja rumah sekarang ni bukannya Alya buat 100%. Sebabnya Alya akan dilarang oleh Azfar. Alya hanya buat 5% sahaja. Selebihnya suami kesayanganlah yang buat. Tu tak boleh ni tak boleh. Apoi lah (apa lah)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langit berwarna hitam yang dihias dengan kerlipan bintang menjadi tatapan Alya. Indahnya ciptaan tuhan dengan kuasanya yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapapun.  Perutnya yang membuncit diusap lembut. 

        "Mummy tak sabar nak tunggu anak mummy ni keluar nanti. Rasa macam lambat sangat masa berlalu. Sabar ye sayang, ada lagi 4 bulan je.  Nanti bila sayang dah keluar jadi anak yang baik ye sayang. Jangan nakal nakal. Main sama sama dengan abang Haikal. Jangan gaduh gaduh tau. Mummy sayang dua dua anak mummy. Insya allah mummy akan bagi kasih sayang sama rata." Alya mengelap air matanya yang tiba tiba menitis. Ntah mengapa tiba tiba hati ni terasa sebak. Mungkin pembawakan budak.

"Sayang buat apa kat sini? Tak baik tau ibu mengandung duduk kat luar malam malam macam ni. Nanti masuk angin."

"Ala.. kejap je." lengan suaminya dipeluk dan kepalanya disandar pada bahu.

"Sayang fikir apa? Jangan beratkan kepala dengan benda yang bukan bukan."

"Tak de fikir apa apa pun. Saja teringat cerita lama. Cerita masa sebelum kita kenal sampai lah sekarang."

"Kalau ingat balik kan... kelakar jugak." ujar Azfar sambil tersenyum sumbing.

"Tu lah. Teringat pulak masa kita akad nikah dulu. Masa awak nangis . Part tu tak boleh bla. HAHAHAHA." Alya memegang perutnya sambil gelak. Tak boleh gelak lebih nanti baby terkeluar pulak. Over. 

"Amboi amboi seronok betul dia gelakkan kita." Pipi Alya dicubit lembut lantas dahi Alya dikucup.

"Dah benda kelakar kita gelak lah. Nasib baik lah tak jadi dalam cerita drama kan? Kalau heroin dia tak datang masa akad nikah hero kena kahwin dengan orang lain. Kalau tak rugi lah awak tak dapat kahwin dengan saya."

" Yelah.  Abang yang rugi. Untung abang dapat isteri yang lawa, baik, pandai masak walaupun kadang kadang terlebih garam tapi abang tetap sayang." Alya tersenyum sampai ke telinga. Tak boleh puji aku lebih lebih nanti kena kencing manis. Bahaya.

    "Ilove you sayang... I love you so much Alya. Thanksfor give me this lovely family." Azfar memeluk Alya erat. Mula lah tu nak buat kita nangis.   

"I love you too. Thanks for loving me till this day. Thanks sebab layan setiap karenah sepanjang Alya jadi isteri.

"You know what, you are the best wife that i ever had. And you are the only one i love." Ujar Azfar. Ubun-ubun Alya dikucup lembut.

"Saja lah tu nak buat kita nangis."

"Why not?"


TAMAT

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now