Bab 3

16.7K 461 13
                                    

    Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. Alya meneruskan lawatannya ke Place De la Concorde. Ia merupakan dataran yang paling besar di Paris. Di sana terdapat sebuah tugu pemberian raja Egypt.   Setelah berpuas hati berselfie dengan tugu Cleopatra Needle dari Ramses II Temple, Egypt, Alya pergi ke Champs de Elysees.
  Ia adalah sebatang jalan raya. Terdapat kedai mewah, Cafe dan bank. Kedai LV adalah kedai yang  paling mewah dan kebanyakan pelancong mengambil gambar disana. Sedang asyik Alya memerhati kedai jualan yang ada secara tiba-tiba dia ternampak seutas rantai yang telah menarik perhatiannya di salah sebuah Kedai.
    Lantas dengan segera dia mendekati gerai itu. Alya yang ingin memegang rantai tersebut terkesima kerana ada tangan lain yang sudah memegangnya. Alya panas hati. Lantas dia memberanikan diri untuk memandang wajah tersebut. Tiba-tiba...

                           ❤ ❤ ❤
"Awak..." Puan Haniza memanggil suaminya yang sedang khusuk menonton televisyen. Rancangan apa pun dia tidak tahu. Yang paling penting sekarang adalah perkara yang telah lama dipendam dalam hati harus diluahkan segera.

"Hmm..." balas Encik Afiq acuh tak acuh.

"Awak rasa bila Azfar nak balik? Dah dekat seminggu dia kat Paris tu. Dia tak sayang kita ke? Dahlah dia seorang je anak kita." Balas Puan Haniza sebak. Terjuih bibirnya menahan tangis. Sikit lagi menangis lah tu.

Encik Afiq yang berminat dengan topik dibicarakan segera berpaling memandang isterinya.

"Ke situ pula awak fikir. Dia kan tengah busy dengan syarikat dia yang baru buka kat sana. Awak boleh tak jangan fikir bukan-bukan. Tak baiklah."

"Saya cakap je. Salah ke? Lagipun saya ni tengah rindulkan dia. Tak reti-reti nak balik ke?" Balas Puan Haniza. Dia mesti tegakkan pendapatnya.

"Saya tak cakap salah. Saya tau awak rindukan dia. Saya pun sama. Nanti bila kerja dia kat sana dah selesai pandai-pandai lah dia balik sini" Encik Afiq merenung mata isterinya. Dia faham apa yang dirasai oleh isterinya.

"Kalau awak cakap macam tu tak apalah. Saya nak tolong mak Jah masak makan malam. Dengan pantas Puan Haniza menghayunkan kakinya menuju ke dapur. Oh.. ya mak Jah merupakan orang gaji mereka yang telah diupah oleh Azfar beberapa tahun yang lepas.

Azfar membuka syarikat miliknya sendiri setelah tamat pengajian PHD dalam bisnes. Dengan hanya berbekalkan RM15000.00 hasil daripada sifatnya yang  suka menabung  sejak darjah 1 hingga dia bekerja sambilan di sebuah cafe ketika dia menuntut di University United Kingdom, syarikat yang diberi nama A.Z Holding kini telah maju dengan hasil usaha Azfar dan doa yang telah dititipkan oleh kedua ibu bapa Azfar. Alhamdulillah...

❤ ❤ ❤

"Awak?".

"Kau?"

Hati Alya mengumam 'Kenapa lah aku mesti jumpa dia dekat sini. Paris ni punyalah besar sini juga dia nak muncul'. Alya memandang tajam wajah Azfar. 'Hensem juga dia ni ek' Hati Alya tersenyum.

"Dah puas tenung aku? Aku tahu aku ni hensem, Kau pun tergoda tengok aku kan? Aku dah agak dah. Kau je tak nak ngaku." Kata Azfar sambil tersenyum sinis.

"Eh! awak ni boleh tak jangan  perasaan sangat. Awak ingat muka awak tu hensem sangat ke? Saya tengok macam bangla jual karpet je" Giliran Alya pula tersenyum sinis 'hahahaha'

"Sesedap cita rasa maggi cukup rasa kau je cakap muka aku bangla jual karpet. Kau tau tak muka aku ni ada iras dengan Fattah Amin." Azfar juga tak ingin mengalah.

"Fattah Amin ke pattah hati. Hahahahaha. Sedih.." Alya ketawa besar sampai ada sesetangah pelancong memandangnya.

"Kau buat apa kat sini hah? Kau spy aku kan?" Azfar menukar topik. Malu dirinya digelakkan seorang perempuan. 'Jatuh standard aku'.

"Suka hati saya lah saya nak pergi mana pun. Lagipun saya tak ada masa lah nak spy mamat perasan macam awak. Eii, buang masa ja. Saya datang sini nak shopping. Rantai yang awak pengang tu saya nampak dulu, jadi saya punya". Balas Alya.

"Eh, apa pulak saya dah pengang, jadi saya punya." Azfar juga tak nak mengalah. Tanpa membuang masa Azfar terus membayar harga rantai tersebut dan berlalu pergi Tanpa menghiraukan Alya yang terpinga-pinga.

Alya sudah berasap. Dia berasa geram dengan tindakan Azfar. "Tak apa kau. Kedai kasut ada adidas, Ada hari akan aku balas."  

❤ ❤ ❤

Alya yang sedang asyik bermain dengan IPhone 6 nya tidak sedar ada orang sedang memerhatikannya dari jauh. Tiba-tiba handphone Alya dirampas dan dibawa lari oleh seseorang.

Alya menjerit meminta tolong. Kebetulan Azfar sedang lalu disitu terus menjegar peragut tersebut, tetapi tidak sempat kerana peragut tersebut telah hilang dari pandanganya akibat banyak halangan.

Dengan pantas Azfar lari mendapatkan Alya yang sedang menangis.

"Kau okey tak?"

"Phone saya... phone saya kena ragut... kat.. kat.. cover phone tu ada duit saya.... saya baru keluar dari bank tadi.." Balas Alya dalam keadaan sedu.

"Aku hantar kau balik hotel eh" Tanpa berfikir panjang Azfar terus menghantar Alya pulang ke hotel. Nasib baik mereka menginap di hotel yang sama. Bezanya, Alya di aras 2 manakala Azfar di aras 3. Azfar dapat tau pun sebab dia ternampak kelibat Alya yang baru masuk hotel setelah membeli roti semalam.

Sampai saja di hotel, Alya terus meminta diri untuk masuk kebiliknya. Tanpa Alya sedar Azfar mengikutnya dari belakang.

❤ ❤ ❤

Alya masih trauma dengan kejadian yang menimpanya. Usai membersihkan diri, Alya hanya duduk termenung di birai katil mengenangkan nasibnya hari ni. Dahlah Azfar mengambil rantai yang ingin dibeli, lepas itu, handphone nya pula kena ragut. Malang betul nasibnya hari ni. Sedang Alya melayan perasaan , tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.

"Siapa pula yang ketuk pintu ni. Kacau betul lah." dengan pantas Alya mencapai tudung yang disidai di kerusi lalu dengan langkah yang longlai Alya membuka pintu. Terkejut Alya melihat lembaga di depannya.

"Awak nak apa?" kata Alya dengan tegas. 'Suka sangat kacau orang pahal'. Alya melepaskan geram dengan mengepal penumbuknya.

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now