Bab 10

10.7K 325 0
                                    

Hari baru menjelang. Hari ni merupakan hari ketiga Alya menetap di rumah Mak lang. Dia ada 3 hari lagi untuk tinggal di situ. Datin Asmah dah pesan awal-awal. 'Jangan duduk lama-lama dekat rumah orang walaupun rumah sedara sendiri. Takut tuan rumah tak selesa. Lagipun masing-masing ada privasi masing-masing.' Sebab tu lah. Ikutkan Alya dia tak nak balik. Kalau tak duduk rumah Mak lang pun duduk sebelah rumah Mak lang pun tak pa.

Alya melipat sejadah dan telekung yang telah digunakan untuk solat subuh tadi. Sufiah yang sedang membelek telefon di kerling.

"Sufiah, bulan 3 ni keluar result STPM kan? Lepas dapat result nak sambung mana?" Alya mengambil tempat di sebelah Sufiah yang duduk di atas katil.

"Sufiah ingat nak ambil kaunseling and psikologi. Tapi tengoklah result macam mana." Ujar Sufiah.

"Ouhh... Nak jadi doktor psikologi lah ni."

"Hehehe.. Lebih kurang." Kawab Sufiah sambil tersengih.

Selepas berborak dengan Sufiah, Alya menapak ke dapur untuk menolong Mak lang membuat sarapan.

"Mak lang!!" Jerut Alya sambil mencuit pinggang Mak lang.

"Opocot mangkuk terbalik. Astagfirullahalazim... Alya terkejut Mak lang. Aduii kamu ni lah." Mak lang menepuk bahu Alya berkali-kali.

"Alolo... Alya saja nak manja-manja dengan Mak lang. Jangan marah-marah nanti cepat tua." Usik Alya.

"Apa yang kamu merepek ni. Mak lang memang dah tua pun. Alang-alang kamu kat sini tolong Mak lang kopek bawang ni." Ujar Mak lang sambil menghulurkan Lima biji bawang merah dan dua ulas bawang putih dengan sebilah pisau.

"Banyaknya bawang. Mak lang nak buat apa ni?"

"Mak Lang nak masak bihun goreng Singapore. Masak lebih sikit sebab nak bagi kat surau kejap lagi. Pak Lang kamu subuh-subuh dah ada kat sana. Sampai tengah hari. Dia ada perbincangan sebab katanya ada syarikat kat kolumpo tu nak buat sekolah menengah kat sini. Sekolah menengah yang ada sekarang ni jauh. Dekat 3km jugak. Sekolah baru ni katanya tak sampai 1 Km pun. Pak Lang tu AJK surau tu yang dia kena ada sekali."

"Ooo...." Alya mengiyakan. Confirm-confirm Mak lang suruh aku yang hantar. Sebab dia dah tak larat nk jalan jauh-jauh. Sakit kaki katanya. Jarak surau dengan rumah ni dekat je. Jalan kaki pun boleh.

"Nanti kamu tolong hantarkan ye?" Soal Mak lang. Udah ku bilang tadikan.

"OK Mak lang." Tak pa nanti ajak Sufiah.

"Hari ni tak pergi ladang ke?" Tanya Alya.

"Hari kita lambat sikit pun tak pa. Lagipun ada Amir dengan yang lain ada uruskan."

____________________________________________

Waktu delivery sudah tiba. Mari bersiap sedia. Amboi... Macam nak pergi perang pulak. Tak jadi nak jalan kaki. Naik kereta. Kereta Alya lah sapa lagi lagipun Mak lang masak bihun sampai 2 tray. Aik.. Sapa yang nak makan banyak-banyak ni.

Perjalanan di teruskan ditemani Sufiah. Budak ni mula-mula jumpa hari tu tak banyak cakap pun. Sekali... Banyak pulak mulut dia duk potpetpotpet. Asalkan kau bahagia tak pelah.

Akhirnya tempat yang dituju sampai juga. Setiap seorang memegang satu tray. Pinggan semua tu round kedua. Terjengul muka Pak lang depan pintu surau. 'Macam tau-tau je aku dah sampai.' Bisik Alya dalam hati.

"Terima kasih Alya tolong hantarkan makanan." Ujar Pak Lang sambil mengambil tray yang dipengang boleh Alya.

"Tak da apalah Pak lang. Benda kacik je."

"Sufiah, tolong letak kat bilik mesyurat ye."

"Baik ayah." Sufiah menurut perintah.

Sufiah membontoti langkah Pak lang. Alya mengambil pinggan dan garpu di dalam bonet kereta. Langkahnya diteruskan ke bilik mesyuarat.

Kedengaran suara orang berborak sambil tergelak. Amboi... Bahagia betul orang kat sini. Kelibat Sufiah dicari. 'Budak ni terus lesap lepas hantar bihun.' Bisik hati Alya. Pintu diketuk selepas ternampak kelibat Pak lang.

"Pak lang. Ni garpu dengan pinggan." Huluran Alya di sambut. 'Ramai jugak AJK surau ni. Patutlah Mak lang masak sampai 2 tray.'

Tiba-tiba matanya terperasan sesuatu. Sesuatu yang lama dah tak nampak. Macam mana ada kat sini. Azfar orang yang suka cari gaduh dengan dia ada kat sini. What he's doing right here?

Azfar yang berada di dalam bilik mesyuarat juga terkejut beruk apabila melihat Alya di muka pintu. 'Apa mak cik ni buat kat sini.'

Alya terus terpegun tak boleh kata apa-apa. Terkejut. Macam kecik sangat dunia ni. 'Mamat ni pun satu apahal pandang aku macam tu. Kang tak pasal-pasal ada garpu terpacak tepat-tepat kat dahi yang macam padang golf tu.' Kata hati Alya.

Tiba-tiba badannya digoyangkan. Adehh sapa pulak yang main goyang-goyang ni. Ingat aku ni pokok kelapa ke?

"Akak kenapa tercegat depan pintu ni. Dah jom  balik. lepas ni nak pergi ladang pulak." Kata Sufiah sambil menarik tangan Alya.

Alya mengikut langkah Sufiah. 'Tak pe nanti aku tanya Pak lang asal mamt ni ada kat sini. Kau tunggu.'


Assalamualaikum para readers sekalian akhirnya sis buat comeback.(mcm kpop pulak) Sorry lama gila x update. Sis pun rindu story ni. So inilah hasilnya. Kalo lupa jalan cerita boleh baca balik dari mula. Sorry dh lama tak munculkan diri.

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now