Alya melabuhkan punggung di atas sofa. Tangan didepakan. Ahh.. nikmatnya. Hilang rasa penat, lenguh lenguh. Masalahnya buruk betul perangai, bini siapa ni? Mohon kutip. Dengan kaki terkangkang. Masyallah... Nasib baik tinggal saudara mara je yang ada kat rumah, kalau nak korek hidung ke, nak picit jerawat ke memang dialu alukan.
"Alya buat apa kat sini!! Azfar mana?" Peha Alya ditepuk dengan kuat oleh Datin Asmah sambil memandang Alya tajam. Aduii.. Alya perangai macam orang bujang. Suami ntah ke mana.
"Aduhh... ma, sakitlah." Alya membetulkan posisi duduk. Pehanya yang terasa perit digosok perlahan. Ni mesti marah gila peha aku.
"Ni kenapa duduk kat sini ni? Azfar mana?" ulang Datin Asmah geram.
"Dia ada dalam bilik lah, tengah mandi. Mama ni kenapa? Biarlah Alya nak duduk sini kejap. Penat tahu tak? kaki ni lenguh, dari pada tadi Alya berdiri je. " ujar Alya.
"Alya, kamu ni isteri orang. Ingat tak, ke hilang ingatan?"
"Memanglah Alya isteri orang, tapi apa masalahnya mama? Alya belum hilang ingatan lagi." soal Alya selamba.
"Astagfirullahalazim... Alya. Kamu as wife kenalah layan suami kamu. Tu, dia mandi tu. Carikan towel untuk dia, baju dia. Bukan duduk terbongkang kat sini. Pergi sana!" Arah Datin Asmah. Belajar tinggi tinggi tapi benda senang pun tak tahu.
"Yelah.... Alya naik atas dulu. Assalamualaikum." ujar Alya dengan pasrah. Dia bukan tak naik ke bilik masalahnya bila teringat ada Azfar, tiba-tiba rasa nervous. Tak tau lah kenapa. Dulu Ok je.
Alya mendaki tangga perlahan. Kaki rasa lenguh sangat-sangat, jadi tak boleh jalan laju laju. Ni semua kasut tumit punya pasal. Tinggi dia kemain kalah Rozita Che Wan punya kasut . Dengan baju meleret leret ni satu hal. Nasib baik lah pihak lelaki dengan pihak perempuan setuju nak gabungkan majlis reception. Nak jimat masa katanya. Kalau tak double sakit dia.
Alya membuka pintu bilik perlahan lahan. Terlihat figura Azfar yang terbaring di atas katil. 'Harap harap dia dah tidur.' bisik hati Alya. Dengan langkah yang perlahan Alya mendekati Azfar. Kelihatan mata Azfar sudah terkatup rapat. Ini menyakinkan Alya bahawa Azfar dah tidur. 'Ok dia dah tidur'. Dengan senang hati Alya melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Sejurus itu solat isyak dijalankan.
Usai menunaikan solat, Alya melabuhkan punggung di atas katil sambil menatap wajah Azfar. 'Hensem juga suami aku.' Alya menutup lampu tidur, lalu merebahkan badan dengan muka Alya menghadap muka Azfar. Mama dah pesan tadi kalau tidur tak baik membelakangkan suami.
Baru rasa kantuk datang, tiba-tiba ada tangan yang melingkar di pinggang Alya. Secara automatik tubuh Alya menggeras. 'Aish... tangan orang sebelah ni gatal sungguh. Dalam tidur pun tangan tu nak menggatal. ' Alya cuba untuk mengalihkan tangan Azfar tapi tak berjaya. Disebabkan malas nak cari gaduh Alya membiarkan saja.
"Thank you." suara Azfar memecahkan kesunyian. Rambut Alya yang terjuntai ke dahi diselak ke belakang telinga.
"Thank you? For what?" soal Alya. Orang sebelah ni Ok ke tak? ke mamai? Tiba-tiba cakap thank you.
"Thank you sebab sudi jadi isteri saya." Azfar mencelik kan mata. Tepat di depan matanya terhidang wajah yang terindah.
"Ouh. Your welcome."
"So, macam mana jadi Miss Azfar today?"
"Alhamdulillah... setakat ni Ok je. Tapi tak tahulah akan datang macam mana kan. "
Azfar mengusap pipi Alya. "Saya, Azfar berjanji tak akan sia-siakan awak, Alya. I will make you my only wife. I will be a good husband for you and only you in my heart. As long as I live and breath, I will be with you. About our first night, it's okey. Saya akan bagi awak masa. I know you're not ready yet. Lagipun kita baru kahwin kan? kita still ada banyak masa lagi. Ok sayang?"
Alya menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Hati terasa sangat-sangat terharu. Ya Allah, terima kasih kerana kau kurniakan aku suami yang memahami. Jadikan dia milikku selamanya. Jagakan hatinya untukku.
"Aww... Are you crying? Cukup lah saya sorang yang menangis tadi bila saya ingatkan awak tak nak kahwin dengan saya." Alya memukul bahu Azfar. Sempat lagi nak mengusik.
"No. I'm not. Thank you sebab faham saya. Doakan saya jadi isteri yang terbaik untuk awak."
"Welcome honey." Azfar menarik Alya ke dalam pelukan. Ciuman dilabuhkan
pada ubun-ubun Alya. "By the way, I love you hair." Alya menepuk dada Azfar. Suka sangat mengusik orang..
YOU ARE READING
Mr.Annoying, Mr. Husband
RomanceAlya Imani - Jantung ni rasa macam nak tercabut je bila tengok dia senyum, ketawa. Ya Allah dugaan apakah INI... Azfar Khairi - Kau jangan nak melebih-lebih. Tak pasal-pasal ada yang makan nasi guna straw. Azfar dan Alya ditakdir berjumpa atas kecua...