Bab 1

20.9K 613 23
                                    


Alya tiba di Paris pada awal pagi di Charles de Ghaulle Airport terminal 1 keesokan harinya. Sebab flightnya dari Dubai ke Paris mempunyai sedikit masalah. Jadi terpaksa tangguh penerbangan selama 4jam. Kematu buntut duk tunggu. Sampai sahaja di sana Alya mencari stesen Kereta api terlebih dahulu. Stesen Kereta api berada di terminal 3. Sampai sahaja di terminal 3, Alya terus pergi ke ticket counter untuk membeli Paris Visite Pass Zone 3 for 2 days usage. Sarah a.k.a kawan baiknya di university kata jangan pergi ke mesin sebab mesin tak jual visite pass. Visits pass ni kecil je. so.. kene pandai-pandai jaga.

Setelah sampai destinasi yang ingin dituju Alya menaiki teksi untuk mencari Le Saint Hotel Paris. Hotel 4 bintang je. Ada free WiFi lagi. Senang lay nak berskype dengan family nanti. $220 satu malam. So.. kalau ringgit Malaysia berapa? Pandai-pandai lah kira sendiri ye.

Selesai check in dan menjumpai biliknya, Alya membuka pintu menggunakan kunci yang diberi. setelah memastikan pintu dikunci Alya merebahkan badannya di atas katil.

"Pergh... nikmatnya" kata Alya sambil mendepakan tangan. Tanpa membuang masa Alya memaklumkan ketibaannya di Paris menggunakan Whatsapp. Setelah itu , Alya melelapkan mata akhirnya tertidur dalam keadaan shawl tidak dibuka. Kaki tak basuh. Ni kalau datin Asmah tahu, boleh roboh hotel ni dengar datin Asmah menjerit. Lantaklah... Asalkan dia tak kacau orang lain...

❤ ❤ ❤

Di suatu sudut, Azfar merenung jauh sambil duduk di Pantai Plage de Palombaggia di Porto Vicchio, Perancis. Tenang dapat melihat keindahan ciptaan tuhan yang maha esa.

Terlupa semua masalah dunia sebentar. Setelah 3 jam melepak di tepi pantai Azfar mengambil keputusan untuk keluar bersarapan di restoran halal yang berdekatan. Kalau tak ada terpaksalah dia menjamah roti yang dibawa dari Malaysia. Boleh kembang perut kalau makan roti hari-hari cicah air.

                          ❤ ❤ ❤
Alya terjaga dari tidurnya tepat jam 11.45 pagi. Best jugak dapat tidur. 'huargghh' Alya menguap. Ni kalau Hafidz roshdi nampak mesti dia lari 200m. Ingatkan anak monyet mana tadi. Tiba-tiba perut Alya berbunyi.

"Aduh.. lapar lah pulak. Nak makan apa ni." Alya membuka bagasi nya.

"Maggie pun boleh lah. Asalkan perut aku kenyang. Perut kenyang hati senang. Hahahaha."

Alya masuk ke dalam bilik air untuk membasuh muka. Shawl nya dibetulkan sedikit. Baru perasan, tadi dia tidur dengar shawl dikepala. Anak dara siapa lah ni. Selepas itu, Alya turun ke lobi hotel untuk meminta air panas.
                     
                            ❤ ❤ ❤
Selesai bersarapan yang tak berapa nak pagi sangat tu. Alya mengambil keputusan tu bersiar-siar sekeliling Paris. Dia mandi dan menyiapkan diri. Alya memakai 3 lapis baju dan menyarung sweater. Mana tak nya cuaca dekat sini sejuk sampai ke tulang terasa. -15°c, memang la.

Tempat pertama yang Alya kunjung ialah The Louvre Museum. Walaupun cuaca mendung still looks magnificent. Muzium ni la yang menempatkan potret Monalisa a.k.a wanita tanpa kening. Untuk masuk tanpa perlu beratur panjang, Alya beli tiket siap-siap di kedai cenderamata muzium yang terletak dalam Carousel of Musee du Lourve (CML). Bangunan CML ini betul-betul bersebelahan dengan Musee du Lourve dan ia adalah sebuah shopping complex. Ada food court rupanya. Boleh cuba lepas ni. Jangan risau ianya HALAL.

Alya habiskan separuh hari di muzium ini. Muzium ini terlalu besar, memang tak sempat nak masuk semua tempat. Dia pastikan dapat tengok  yang glamour seperti potret Monalisa, Venus de Milo, Egyptian antiquities (sphnix) dan sejarah tentang muzium itu sendiri. Kebanyakan lukisan/patung/ukiran di muzium ini tidak menutup aurat, yang di bawah dan di atas tidak bertutup langsung. So... jaga mata tu. Tak pasal-pasal muncul ketumbit nanti. Eh! takdalah. Dalam banyak-banyak potret, potret monalisa juga lah yang dapat perhatian ramai.

Setelah berpenat lelah berjalan di dalam muzium Alya mengambil keputusan untuk makan di Restoran Salam. Nampaknya Maggie yang dimakan di hotel tadi Tidak dapat bertahan lama. Restoran ini dijamin Halal, inshaAllah. Cuma harganya amat mahal sedikit pada pendapat Alya. Dia memesan Lebanese. Boleh tahan juga dengan tekaknya yang ala-ala melayu.

Tidak sah kalau pergi ke Paris tanpa melawat Effiel Tower. Eiffel Tower memang ada 'roh'nya tersendiri. Once nampak sahaja kelibatnya dari jauh, dada terus berdegup kencang. Makin dekat, makin laju degupannya. Ia memukau mata yang memandang. Kita leh duduk lepak lama2 sekadar melihatnya. Mungkin sebab itulah pasangan bercinta sukakan Eiffel Tower ni. Sebab ia boleh buat kita rasa happy, seronok, terpaku dan terkesima. Ada yang kata ia hanyalah bangunan besi buruk, so kaitannya dengan cinta dipersoalkan. Bagi Alya ada dia kisah.

Alya terpandang pasangan bercinta di sebelahnya. Secara tiba-tiba Alya teringatkan bekas tunangnya. Dia putus tunang akibat permintaan tunangnya itu. 'Dah dua bulan benda tu berlaku. Dia yang tinggalkan kau, so.. bukan salah kau. Kau mesti boleh lupakan dia. Kau pasti boleh!!'  Alya memberikan kata-kata semangat pada dirinya. Selepas itu, Alya pulang ke hotel untuk merehatkan diri.

p\s:  sorry kalau bored

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now