BAB 23

8K 265 8
                                    

"Semua dah selesai, jadi kami balik dulu lah ye." Ujar Encik Afiq. Alya menarik nafas lega. 'Alhamdulillah... Akhirnya.' Alya mengelap peluh didahi menggunakan hujung lengan baju kurungnya. Disebabkan usik mengusik melampau dari pak Cik, Makcik, Mama dan Papa menyebabkan Alya berpeluh. Usik bukan sikit sikit. Cuba bayangkan, belum apa-apa nak cakap pasal cucu. Apakah? Tapi bila tengok muka Azfar, mamat ni steady gila. 'Mamat ni tak ada perasaan ke? Macam kayu. Aku je yang sampai berpeluh peluh.'

Mengikut perancangan, Alya dan Azfar akan disatukan  lagi 3 bulan dari sekarang, dan akan bertunang bulan depan. Yelah nak buat sebelum peperiksaan sebenar SPM. Kalau buat lambat lambat kesian pulak kat Aiman. Study dia terganggu. Lepas tu dengan puasanya lagi, nak raya pulak. Nak buat tahun depan, kata encik Afiq lambat sangat. Kesian kat pengantin katanya. 'Eh, aku kahwin lagi dua tahun pun tak pa. Tak yah kahwin pun lagi ok. Tak payah susah susah nak jaga hati orang. Fakta'

Alya dan keluarganya menghantar Encik Afiq, Puan Haniza dan Azfar ke kereta. "Nanti senang-senang datang lah sini lagi ye. Rumah ni sentiasa terbuka untuk tetamu. Lagi lagi bakal besan saya ni." Ujar Datuk Ismail dengan ramah.

"Insyaallah. Kalau tak ada halangan." Sambut encik Afiq.

"Alya, nanti kalau Alya free jemputlah datang rumah mama. Mama masak makanan special untuk Alya." Ujar Puan Haniza. Ni lagi satu, nak kena panggil mama pulak. Awkward tau tak. 'Mak Cik, belum tentu lagi saya jadi menantu Mak Cik. Mana tau saya kena langgar dengan lori ke lepas tu meninggal. Dah... Tak dapat nak jadi menantu. Bukan mendoakan benda yang tak baik, tapi malang tak berbau kan?' Bisik hati Alya.

"Insyaallah, ma... Mama. Nanti Alya datang." Ujar Alya sambil tersenyum lebar. Tangan Puan Haniza disalam.  Puan Haniza bersalaman pula dengan Datin Asmah dan Nasuha.

"Okey lah Uncle, aunty kita orang balik balik dulu ye." Ujar Azfar lalu bersalam dengan Datuk Ismail dan Alif. Selesai bersalam Azfar merapati Alya. "Bye future wife." Bisik Azfar sambil tersenyum, tapi masih boleh didengari oleh Alya. Alya mencebik tapi dalam hati suka. Berbunga bunga gitu. Bunga apa? Bunga cinta. Hahahaha

"Okey, bawak kereta elok-elok." Ujar Datuk Ismail.

Azfar membuka pintu kereta di tempat pemandu lalu meng start(?) Enjin. Setelah memastikan kedua-dua orang tuanya sudah masuk dalam kereta Azfar memulakan pemanduan.

____________________________________________

Usai makan malam dan mengemas meja, mereka mengambil keputusan untuk berehat di ruang tamu sambil menonton TV. Makan malam hari ni agak lewat sikit sebab masing-masing penat layan tetamu pagi tadi sampai ke petang . Mak May pulak cuti hari ni. Itik kat kampung demam katanya.  Siapa? Azfar and the happy family lah.

Siaran TV3 dibuka. Cerita Sayang suria sedang ditayangkan. 'Cantik gila Janna nick dengan rambut panjang dia.' Tengok Janna nick ni pun sebab Aiman yang bukak. Aiman minat betul dengan janna nick. Tak taulah kenapa.  Tak apa lah bagi dia peluang, lepas ni dia tak boleh tengok TV dah sebab exam nak dekat. Hahahaha kesian.

Ketika Alya ralit menonton TV, handphone nya berbunyi tanda ada message masuk. Alya mencapai hand phone nya yang berada di atas meja kopi.
1 massage from Mr.Annoying.

-Assalamualaikum, future wife.

Alya mendengus lalu menjengilkan mata. 'Dia nak apa lagi ni?'

+Waalaikumusalam, awak nak apa? Butang send ditekan

-esok free tak?

Besok?

+Esok free. Kenapa?

Alya menunggu balasan Azfar. 'Eh, mamat ni tanya tu je ke? Buat habis data je kalau macam tu.' Desis hati Alya. Tanpa sedar Alya mendengus.

"Aik... Marah ke bakal suami tak balas chat."

Alya menoleh mencari suara sumbang yang suka sibuk hal orang. "Diamlah." Ujar Alya pada Aiman. "Budak kecil tak elok sampuk urusan orang dewasa." Tambah Alya. Aiman mencebik. 'Dewasa lah sangat.'

____________________________________________

Alya mengemas biliknya yang agak bersepah. Semalam punya pasal lah ni, tak tau nak pakai baju apa satu almari baju dikeluarkan. Malam tadi tak tempat nak kemas, mengangguk sangat. Jadi baju baju yang bersepah yang duduk di atas katil dicampak ke atas lantai. Bagus punya anak dara.

Alya yang sedang leka mengemas baju bajunya diganggu dengan ketukan pintu biliknya. "Siapa tu? Masuklah... Pintu tak kunci." Ujar Alya. Matanya masih pada baju ditangan.

Sejak masuk ke tingkatan 3, Alya tidak pernah mengunci pintu biliknya. Sebab apa? Pernah satu hari Alya mengunci pintu biliknya. Semasa Alya ingin keluar dari bilik, pintu tidak boleh dibuka. Nasib Alya baik, Alif ada dirumah dan membuka pintu menggunakan kunci.

"Alya, mama masuk boleh?" Ujar Datin Asmah.

"Eh, mama masuk lah. Tapi sorry lah sebab bilik bersepah sikit." Ujar Alya sambil tersengih.

"Mama nak tanya, Alya sibuk ke hari ni?" Datin Asmah melabuhkan punggung di atas katil anaknya.

"Alya tak sibuk hari ni. Kenapa ma? Nak pergi shopping ke?" Datin Asmah memang suka pergi shopping kalau hujung minggu. Tapi ikut mood lah. Kalau rasa nak pergi, pergi lah.

"Haah. Tapi bukan dengan mama lah. Dengan Azfar." Ujar Datin Asmah.

"Ha! Azfar? Apasal pulak dengan dia?" Ujar Alya. Mukanya dicemberutkan.

"Pergilah. Dia dah minta izin mama tadi. Nak cari barang kahwin dengan tunang katanya." Datin Asmah tertarik dengan sikap Azfar yang menghormatinya. Yelah, nak keluar dengan Alya pun mintak izin dari dia dulu. 'Nampaknya Alya tak salah pilih orang.' Bisik hati Datin Asmah.

"Berdua je ke? Nak ajak teman boleh?"

"Kamu nak ajak siapa? Aiman tengah study tu. Jangan kacau dia."

"Nasuha mana?" Ujar Alya. Tak nak mengalah, nak jugak ajak orang lain.

"Dia pergi dating dengan suami dia. Papa pergi club golf. Mama pulak tak boleh jalan jauh-jauh. Kaki ni sakit."

Akhirnya Alya terpaksa mengalah. Terpaksa lah keluar dengan mamat tu. 'Kenapa lah aku tak ada adik lagi sorang?'

"Pergi ye sayang? Kesian dia, dia dah minta izin tadi."

"Tapi... Awal nya." Alya mengeluh. 'Aku rasa majlis lambat lagi, asal nak kena beli barang awal-awal pulak?'

"Awal apa nya Alya? Bulan depan dah nak bertunang. Ada lagi tiga minggu je ni. Lepas tu barang hantaran bukannya sikit, banyak. Lepas tu nak kena gubah lagi. Mama nak Alya pergi tau. Pukul 11 nanti Azfar datang jemput."

"Okey lah." Alya cuba berfikiran positif. 'Dia bakal suami kau, walaupun belum kahwin kau kena berlatih dengar cakap dia.'

"Macam tu lah anak mama. Ingat! Pukul 11." Tegas Datin Asmah

"Okey madam." Alya tertunduk.

___________________________________________

Yeah! Update awal. Tapi pendek je
.      .      .   Sorry .     .      .  

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now