Bab 4

14.5K 459 4
                                    

Azfar yang ingin bersiap-siap untuk keluar tiba-tiba teringatkan Alya. 'Dia dah makan ke belum. Kesian pulak kat dia. Alah... Lantaklah.' selepas membebel sendiri Azfar mencapai kunci lalu beredar dari hotel.
        ❤❤❤
"Awak nak apa?" kata Alya dengan tegas.

"Tak boleh cakap elok-elok ke? Kau ni kenapa. Sikit-sikit nak marah. Datang bulan ke?"

"Suka hati saya lah nak marah ke, meroyan ke, ada awak kisah. Awak nak apa sebenarnya? Awak nak apa-apakan saya kan? Baik awak pergi sebelum saya menjerit. pergi!!" Alya sudah berkira-kira ingin membuka langkah silatnya jika sesuatu berlaku.

"Eh. Aku tak ingin lah nak sentuh kau. HARAM tau tak. Dapat dosa ja. Aku datang depan bilik kau ni nak ajak kau makan kat luar. Nak tak?" 'Kita nak buat baik dia tolak pulak. Kalau ikutkan hati aku tadi aku biar je kau kelaparan kat bilik ni.' desis hati Azfar.

"Terima kasih jelah jadi mamat yang terlebih rajin nak ajak saya keluar makan. Perut saya masih kenyang." Sebaik sahaja Alya menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba perut Alya berbunyi.

"Eik. Bukan orang tu kata perut dia kenyang ke? Asal tiba-tiba bunyi pulak. Ke.. tu bunyi harimau mengaum."

"Lantaklah bunyi apa-apa pun. Saya nak tidur."

"Eh. Aku tak kira. Kau mesti ikut cakap aku. Aku bagi kau 10minit untuk sampai kat lobi. Kalau kau tak muncul dalam masa 10 minit tu, kau tahu lah nasib kau nanti." Azfar memandang Alya atas bawah. Selepas itu dia berlalu pergi.

Sebaik saja menutup pintu, Alya mengomel sendirian. 'Macam di bos pulak Kat sini nak arah aku. Dia tu Bukan siapa-siapa pun. Tapi.. kalau dia memang nak apa-apakan aku macam mana. Dahlah pandang aku atas bawah tadi. oh.. no'

Tanpa melengahkan masa Alya menukar baju tidur muslimahnya dengan t-shirt pendek lalu disarungkan sweater. Selepas itu dia memakai seluar slack dan tudung bawal crepe warna pitch. OK siap.

Setelah sampai di Lobi Alya mencari kelibat Azfar. 'Mana mamat ni. Tadi suruh cepat. Sekarang dia pula yang hilang.'Alya membebel. Alya memang tidak Suka dengan orang yang membuat janji palsu ni. Contohnya macam Hazriel a.k.a bekas tunangnya. Kata nak sehidup semati. Alih-alih ada perempuan lain pula. Eh.. Kenapa aku teringat dekat dia ni. Ish... lupakan.

Alya menapak ke sebuah meja dan kerusi di depan kaunter pertanyaan berdekatan dengan pintu masuk hotel Setelah ternampak bayangan Azfar sedang membelek majalah di sana. hensem jugak tengok dia macam tu. Dengan baju t-shirt puma warna merah hitam yang dipadan kan dengan seluar jean ketat. TER melting pula.'.  'Eh apa kau merepek ni'.

"Jom ikut aku." Tanpa memandang Alya Azfar terus bangun dari duduknya.

"Jom? pergi mana?" Alya kebingungan. Tiba-tiba otak jadi blank. Dah kenapa.

"Pergi makan lah. Kau dah kenapa. Makan semut ke dalam bilik tadi? Kenapa tak jemput Sekali." Azfar memerli Alya. Saja uji kesabaran.

"Ha... tu lah. Sedap gila. Awak nak? Kalau nak saya ada lagi stock." Alya pun apa lagi masuk jarum jugak lah.

"Daripada layan kau, baik aku pergi makan lagi bagus". Lantas Azfar mengangkat kaki meninggalkan Alya keseorangan.

"Eh! awak tunggulah saya." Segera Alya membuntuti langkah Azfar. 'Kalau kene tinggal naya je. Dah lah duit tak ada. Lapar pula ni. Dah lah dekat negera orang. Tak kenal orang sekeliling pula tu.' Alya mempercepatkan langkahnya.

   ❤ ❤ ❤

Usai makan Alya mengajak Azfar lepak di Seine River. Lepak dekat atas jambatan menghadap sungai sambil makan aiskrim. Macam pasangan bercinta pula.

"Esok saya dah nak balik Malaysia" Alya berkata setelah mereka lama mendiamkan diri.

"Ada aku kisah." Jawab Azfar acuh tak acuh.

"Ye ke tak kisah? macam kisah je?" Alya memandang Azfar. Ada perubahan riak kat muka Azfar.

"Eh! Aku ni hensem tau. Kalau aku petik jari 10 yang datang. Kau hado." Azfar beriak selamba.

"Alah.... setakat 10 je. Ingatkan satu dunia."

"Eleh... daripada kau lonely. Kesian." Azfar membalas kata Alya. 'Aku Takkan kalah dengan perempuan.'

"Kalau lonely pun sekurang -  kurangnya saya tak perasan tan macam awak yang suka masuk bakul angkat sendiri." Alya pun tak nak kalah juga. pening kepala.

"Memang lah aku angkat sendiri. Nak suruh kau, memang tak ada."

"Tu makna nya awak memang tak hensem. Please lah jangan perasan." Alya berharap Azfar dapat menghentikan sifat perasan dia tu.

"Tak hensem pun kau suka kat aku kan?" Sambil mengangkat kening sebelah Azfar memandang Alya di sebelahnya. Ingat dia Ziana Zain ke apa?

"Tak ada makna lah saya suka dekat awak. Baik saya balik hotel kemas baju lepas itu tidur lagi baik dari layan mamat perasan hensem, macho macam awak ni." Seraya berkata Alya mengangkat kaki meninggalkan Azfar.  Plastik aiskrim di buang dalam tong sampah.Tak sampai beberapa langkah Alya berpatah balik.

"Aik... dah kenapa patah balik. Rindu dekat aku ke?" 'Kalau dah suka cakap je lah suka' bisik hati Azfar.

"Eh! Tak ada makna lah saya suka dekat awak. Saya cuma nak cakap ada perempuan gila dekat sini merayap malam-malam . Dia pantang nampak lelaki and dia suka dengan lelaki. Dia selalu muncul malam-malam macam ni. Kalau awak nak jumpa dia tunggu lah sini sampai tengah malam. Nanti dia muncul." Alya sekadar ingin menakutkan Azfar. Cerita tu bukannya betul pun . Alya saja je. Nak balas dendam katanya.

Azfar yang mendengar cerita Alya terus pecut meninggalkan Alya. Berubah terus muka dia. Alya apa lagi ketawa terkekek-kekek dekat situ. Aduhai....

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now