Cuaca hari ini mendung. Semendung hati Alya. Hari yang diberi tempoh oleh Datin Asmah sudah tamat. Masa untuk pulang ke Kuala Lumpur. 'Rasa macam tak nak balik pun ada. Boleh tak nak tinggal kat sini'. Hati Alya berbisik. Alya mengangkat bagasi yang mengandungi bajunya ke dalam bonnet kereta. Alya berpaling ke belakang. Kelihatan Mak Lang sedang menjinjit beg plastik besar.
"Ha, Alya ni Mak lang ada bungkuskan sayur kangkung sikit, sayur sawi dengan kacang botol untuk kamu. Segar dari ladang." Ujar Mak lang sambil menghulurkan plastik besar tadi.
"Eh, Mak lang ni susah susah je lah." Alya menyambut huluran Mak lang dan meletakkannya di dalam bonnet kereta. Kalau pergi rumah Mak lang tak sah kalau tak bawak balik apa-apa.
"Tak susah manalah. Petik je kat ladang tu. Bukannya kena panjat gunung pun."
Ujar Mak lang. Sempat lagi dia buat lawak."Pandai Mak lang buat lawak sekarang kan. OK lah Alya balik dulu. Mak lang jaga diri elok-elok jangan buat kerja berat-berat." Ujar Alya sambil menyalam Mak lang.
"Yelah Alya. Kamu ni bawak kereta elok-elok. Jangan main lencong-lencong. Jalan raya bukan macam dalam cerita KL gangster." Kata Mak lang sambil menepuk perlahan bahu Alya.
Alya mengatur langkah pada Pak lang pulak. "Pak lang, Alya balik dulu na. Lain kali Alya datang sini lagi. Halal kan makan minum Alya kat sini." Alya menyalam Pak lang.
"Ye Pak lang halalkan semuanya. Bawak kereta elok-elok."
Alya mengatur langkah pula pada Sufiah. Dah nampak dah hujan nak turun kejap lagi.
"Akak... " Sufiah menangis tersendu-sendu. Alahai budak ni hati tisu rupanya. Alya menarik Sufiah ke dalam pelukannya.
"Malulah nangis-nangis ni. Dah boleh jadi Bini orang dah. Malu lah." Usik Alya sambil ketawa kecil. Alya menepuk Alya perlahan. Pelukan dileraikan. Sembab dah mata diam
"Akak jangan lupa datang sini lagi tau. Nanti Sufiah rindu, yelah sapa nak tengok drama Korea dengan Sufiah, lagipun cerita legend of the blue sea belum habis lagi, sapa nak belajar masak-masak dengan Sufiah." Ujar Sufiah sambil mengesat mata.
"Ye. Akak janji datang sini. Nanti akak ajak abang Alif sekali. Kalau tak akak bawak satu family." Ujar Alya sambil mengosok belakang badan Sufiah.
Alya meloloskan diri ke dalam kereta. Enjin dihidupkan sambil cermin kereta diturunkan. Alya mengeluarkan tangan sambil melambai-lambai ke arah mereka. Alya akan rindukan kampung Sungai Satu.
____________________________________________
Azfar mengeluh apabila mengetahui ada masalah pada tiang bangunan sekolah yang dibina. Tiang tersebut kelihatan senget. Tengok sekali imbas pun tahu tiang tu senget. Azfar mengurut kepala. Aduii... Macam-macam masalah lah. Nombor PA nya didail.
"Maira, tolong call Wan cakap kat dia tolong gantikan tempat saya jaga site dekat Kampung Sungai Satu. Saya dah tak boleh tahan dah. Pening kepala ni." Ujar Azfar sambil mundar-mandir. Wan adalah orang yang paling dia percaya. Mana tak nya kawan baik sendiri dari sekolah rendah. Wan bekerja dengannya lagipun dia tahu kebolehan Wan. One more thing, sekarang ni kerja susah nak cari.
"OK boss. Nanti saya pesan kat dia. Ada apa-apa lagi bos?"
"Kemungkinan saya balik KL esok. Saya rasa tu je lah. Awak boleh sambung kerja awak." Azfar menamatkan panggilan. Dia mengeluh sambila melihat tapak site di depan mata. Untuk Kali ni dia terpaksa give up. Hari tu simen yang sudah kering retak seribu. Lepas tu kerja-kerja pendawaian setengah jalan je. Ini betul-betul buat dia pening kepala. Dah lah dia ada migrain. Wan ni dia garang sikit daripada Azfar. Sebab Azfar ni jenis yang tak sampai hati nak marah orang. Kadang-kadang lah.
Azfar masuk ke dalam kereta. Dia harus pulang ke homestay dengan segera. Pening kepalanya datang. Hari ni dia memberi cuti rehat kepada pekerja-pekerjanya.
____________________________________________
Ni yang rasa nak patah balik rumah Mak Lang ni. Huwaa... Alya menangis di dalam hati. Sampai sahaja di rumah dia dipanggil. Katanya ada benda penting yang ingin disampaikan. Datin Asmah Dan Dato' Ismail meminta tolong Alya untuk menguruskan syarikat. Kalau syarikat barang kosmetik ke, pasal baju tak pa juga best lah sikit nak kerja pun. Ni syarikat pasal bangunan, batu bata, simen, konkrit. Ia amat membosankan. Alya sudah mengeluh perlahan dia membayangkan dia akan menghadap mesyuarat pasal bangunan, pasal batu bata. Confirm tidur dalam bilik mesyuarat nanti.
"Abang pergi mana? Kenapa Alya pulak kena jaga company. Mama dan Papa tau kan Alya tak minat bisnes ni?"
"Abang, dia kena jaga anak syarikat dekat Sabah tu sebab syarikat kat sana masih baru. Alya jelah yang Mama harapkan. Takkan nak suruh adik pulak. Dia SPM pun belum lepas." Ujar Datin Asmah bagi pihak suaminya.
Aiman yang sedang membuat latihan matematik di dalam bilik tersedak. Sapa yang kutuk aku ni. Air di dalam botol diteguk.
"Please Alya, takkan nak suruh Papa pulak, papa dah tak larat nak uruskan syarikat tu. Lagipun Alya, minat boleh dipupuk. Kalau tak tau boleh belajar. Alya tak sayangkan mama dan papa ke? Boleh ye sayang?" Ujar Datin Asmah. Dato' Ismail di sebelah hanya melihat dan mendengar.
Alya melihat air muka mama dan papa nya. Mereka sangat-sangat mengharapkan dia. Mungkin ini masanya dia membalas jasa mereka yang membesarkan dia dari kecik.
"Ok. Alya setuju." Ujar Alya sambil menayangkan senyuman. Mungkin ada hikmah.
Datin Asmah memeluk Alya. Dia berdoa semoga Alya membuka hatinya untuk menerima syarikat ini.
____________________________________________.
Sis sbenarnya otw balik rumah dri KL tapi kereta tetiba buat hal. Tlg doakan kereta sis ni OK. Tq.Btw, enjoy reading..
YOU ARE READING
Mr.Annoying, Mr. Husband
RomanceAlya Imani - Jantung ni rasa macam nak tercabut je bila tengok dia senyum, ketawa. Ya Allah dugaan apakah INI... Azfar Khairi - Kau jangan nak melebih-lebih. Tak pasal-pasal ada yang makan nasi guna straw. Azfar dan Alya ditakdir berjumpa atas kecua...