BAB 6

13.5K 437 4
                                    

Alya mencemberutkan mukanya. Baru semalam dia balik tiba-tiba datin Asmah dah tanya pasal jodoh. Katanya...

"Sampai bila lagi Alya nak harapkan Hazriel. Dia dah nak kahwin dah pun."

"Alya tak harapkan Hazriel pun ma. Alya dah lupakan dia."

"Habis tu bila lagi Alya nak membujang. Alya kena tunjuk kat Hazriel yang alya boleh hidup Tanpa dia. Tak payah lah alya nak menangis sebab lelaki tak guna macam tu."

"Alya tengah cuba ma. Doakan Alya semoga Alya dapat jodoh yang baik-baik."

"Mama dan papa sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak papa ni." Dato' Ismail memandang anaknya. Macam-macam dah jadi. Kena tinggal dengan tunang, lepas tu handphone kena rompak. Besar dugaan anaknya.
_________________________________________

Alya terpaksa mengantikan tempat abangnya sebagai CEO syarikat. Abang nya terpaksa bertugas di luar KL. Jadi alya yang mengambil alih. Kalau ikutkan hati memang tak nak, tapi bila ternampak muka papa yang harapkan dia, terpaksalah dia ikutkan juga.

Alya melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabat. Alya mengeluh. Apalah nasib.

Sedang Alya mengelamun tiba-tiba pintu bilik pejabat di ketuk.

"Masuk." Alya melaung dari dalam.

"Cik Alya, hari ni kita ada meeting dengan AZ holding pukul 10 sampai pukul 12. Lepas lunch pula kita kena pergi melawat site dekat Cheras." Ini Qaisara. Qaisara merupakan PA pap merangkap PA Abang Merangkap PA Alya. Hamik kau, tiga orang majikan dia. Kau hado..

"Tu je ke?"

" untuk hari ni tu je. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu lah cik Alya."

Alya hanya mengangguk. Nasib baik 2 je appointment hari ni. Kalau tak, tak tahu lah macam mana nak handle.
_________________________________________

Azfar melihat jam tangan nya. Ada lagi 10 minit sebelum meeting start. 'Harap-harap sempat lah.'

Tu lah confidence sangat kata jalan kat KL tak jammed. Azfar mengeluh. 'Bila nak sampai ni'. Beberapa minit kemudian Kereta mula bergerak. Azfar memulakan pemanduannya.

Tepat jam 10 Azfar tiba di bangunan yang di tujui. Kelam kabut dia menekan butang lif.
_________________________________________

Alya meneliti jam ditangannya sambil mengeluh. Sejak dua menjak tiga menjak ni, Alya asyik mengeluh je. Boleh masuk hospital sakit jiwa nanti, sebab banyak sangat mengeluh. 'Orang yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai. Alya bangun dari duduk nya. Dia mengemas buku nota yang dibukanya tadi.

Alya memang pantang orang lambat ni. Seminit pun kira lambat bagi Alya. Tidak sempat Alya ingin kenyuruh Qaisara membatalkan meeting, tiba-tiba pintu bilik mesyuarat yang mereka duduki terbuka.

"Sorry I am late."

Alya terpaku memandang orang yang berdiri di depannya. Sama juga orang yang baru masuk ke bilik mesyuarat tadi.

"Awak!!"

"Kau!!"

Qaisara pening kepala. 'Kenapa dengan bos aku ni. Terjerit-jerit, macam nampk hantu kak limah pegang lollipop'.
________________________________________

Mesyuarat yang berlansung selama 2 jam itu berjalan dengan lancar. Alya berasa kekok untuk bersikap professional di depan Azfar. Macam kelakar pun ada. Yelah selama ni berjumpa mana pernah cakap baik-baik, ada je benda nak gaduh. Macam anjing dengan kucing. Rasanya anjing dengan kucing pun tak macam diorang. Author kahwinkan karang baru tau.

Alya berjalan menuju ke mejanya eh.. meja Abang nya untuk mengambil beg tangan. Tujuannya ingin mengajak Qaisara lunch sekali. Tetapi...

"Sorry cik Alya, saya tak boleh ikut sebab saya dah janji dengan tunang saya nak lunch sama-sama dengan dia. Kesian pula kat dia kalau saya batalkan."

"Oh macam tu ke? Tak pelah mungkin bukan rezeki saya nak belanja awak. Awak pergi je lah lunch dengan tunang awak. Orang tengah bahagia, saya faham."

"Sorry ye cik Alya. Lain kali kita lunch sama-sama. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Qaisara melambaikan tangan nya ke arah Alya.

"Yelah. Janji ek? Waalaikumusalam." Alya mengeluh. Mengeluh lagi. "Lunch sorang-sorang lah gamaknya." Alya bercakap dengan diri sendiri. Tiba-tiba dia terdengar suara garau dibelakangnya.

"Siapa kata sorang-sorang, aku kan ada. Jom aku teman Kau." Azfar memandang Alya. Nampak sangat muka terkejut Alya. 'Kalau ye pun terkejut. Sorok lah sikit.'

Alya terkejut. 'Sejak bila pulak mamat ni ada kat sini. Bukan tadi dia dah balik ke? Ish... Semak betul' desis hati Alya.

"Jom ikut aku." Azfar menarik handbag Alya. Nak tak nak terpaksa Alya ikut.

Dalam lif mereka hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba Azfar berdehem.

"Untungkan dapat majikan macam awak yang selalu belanja pekerja. "

"Tak de lah sekali. Kadang-kadang je. Lagipun saya memang suka belanja diorang. Barulah dapat mengeratkan silaturahim." Alya membalas sambil memandang ke hadapan. Dia memang suka merapatkan hubungan dengan pekerjanya, baeulah best nak bekerja. Takkan nak professional all the time kan?

"Kalau macam tu kau belanja aku lah hari ni. Baru dapat mengeratkan silaturahim kan?" Azfar memandang Alya di sebelah nya. Saja nak uji.

"Awak yang ajak saya lunch, awak lah yang belanja." Seraya pintu life terbuka alya menonong jalan meninggalkan Azfar.

"Tak kisah lah aku belanja Kau pun. Asalkan Kau ada dengan aku pun dah cukup baik." Azfar bercakap dengan diri sendiri. Harap-harap tak de orang nampak. Takut dicop orang gila.

Sorry sis dh lama tak update. Siapa Kate dh abis SPM tak busy. Sis busy cari duit sbb lps ni nak sambung studies. Sis pun ada tlg mom sis buat bisnes. Bisnes Tupperware. My mom dgn Tupperware mmg tak boleh dipisahkan. Always together.
So, inilah hasil titik peluh sis.

Sementara nak tunggu sis update lagi apa kate readers semua baca dulu cerita kwn sis ni. Best tau.

Title: Aufa

By: @Syanazz

Genre: Romance.

Kalau tak best or mengarut ke, sorry key. Minta maaf tau. Bye-ii.

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now