BAB 27

7.3K 277 19
                                    

Azfar menyemak dokumen sebelum dokumen tersebut ditandatangan . Selepas itu, dokumen tersebut diserah pada Maira yang sedia berdiri dihadapan mejanya. "Maira, lepas ni schedule saya apa?" Soal Azfar. Badanya disandar pada kerusi. Matanya merenung Maira.

"Lepas ni bos ada temu janji dengan  pereka busana pengantin kat Damansara." ujar Maira sambil merenung iPad ditangan. Maira tersenyum. 'Akhirnya bos aku kahwin jugak. Tak sabar nak makan nasi minyak.'

Azfar mengerutkan dahi."Siapa yang arranged benda ni? Kenapa saya tak tahu." Azfar mengurut dahinya. Setahunya dia tak ada buat temu janji dengan mana mana pereka.

"Puan Haniza yang arranged kan, sebab tu saya kosongkan jadual bos sebelum lunch. Lagipun butik pengatin tu, kawan Puan Haniza yang punya so senanglah Bos nak berurusan nanti. Lagi satu Puan Haniza pesan , jangan lupa inform and jemput Cik Alya kat rumah. Puan Haniza risau kalau baju kahwin bos lambat siap kalau tempah lambat." sambung Maira.

Azfar menilik jam tangan. 'Dah masuk waktu tengah hari, alang alang bolehlah lunch date sekali. Right timer. Thanks mama.' Azfar tersenyum. "Tu je kan schedule saya yang tinggal?" Soal Azfar. Lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku.

"Haah tu je." ujar Maira. Azfar tersenyum suka. 'Yes! boleh date sampai petang.' bisik hati Azfar. "Ok Maira... awak boleh keluar." arah Azfar. Setelah memastikan Maira sudah keluar dari biliknya, Azfar mencapai hand phone nya di atas meja. Nombor Alya didail.

"Assalamualaikum." tegur Alya di hujung talian.

"Waalaikumusalam. Awak kat mana?" soal Azfar sambil mengemas mejanya yang bersepah dengan fail.

"Saya kat rumah, kenapa?" Soal Alya. Dia nak ajak aku keluar ke? Best juga, bosan duduk kat rumah ni sejak jadi penganggur lepas Abang Alif dah ambil syarikat papa balik.

"Good.  Saya nak ajak awak pergi tempah baju kahwin." ujar Azfar. Azfar melangkah ke basement. Selepas bayang keretanya kelihatan alarm kereta ditekan.

"Sekarang ke?"

"Tak lah minggu depan. Sekarang lah sayang. I will pick you at home. Lagi 30 minit saya sampai. Bye." Belum sempat Alya membalas, Azfar sudah mematikan talian. Setelah menghidupkan enjin kereta, Azfar memandu keretanya keluar dari basement.

____________________________________________

"Alya! Dah siap ke belum? Azfar dah tunggu ni! Kenapa lama sangat kat atas tu?" Bebel Datin Asmah dari tingkat bawah. Alya yang berada di tangga gigit jari. Dia menoleh ke arah cermin di tepi tangga.

"Kenapa rasa nervous ni? Sebab aku tanya dia soalan yang pelik pelik semalam ke aku jadi macam ni? Adui... nak turun ke tak nak?" ujar Alya. Tudungnya yang sudah betul, dibetulkan lagi. Blouse yang dipakai, digenggam. Dengan basmallah, Alya membuka langkah.

"Ya Allah anak dara sorang ni, bersiap mengalahkan tuan puteri. Tak baik buat orang tunggu lama. " ucap Datin Asmah.

"Azfar mana? Tak nampak pun." Alya memandang ke sekeliling ruang tamu. Mana tahu kut kut dia main sorok sorok.

"Dia ada dalam kereta. Pergi cepat, kesian dia tunggu lama sangat kat luar tu. Mama nak jemput masuk dalam tak boleh, sebab papa tak da." ujar Datin Asmah sambil menolak lembut bahu Alya.

"Amboi ma, macam menghalau je?" muka dicemberutkan. Bibir dimuncungkan.

"Memang menghalau, dah keluar."

Alya menghulurkan tangan untuk bersalam. "Alya pergi dulu, mama duduk kat rumah hati-hati. Assalamualaikum."

____________________________________________

"So inilah anak Puan Haniza ya? Ya Allah... makin hensem sekarang. Dah lama aunty tak jumpa kamu. Last aunty jumpa kamu masa kamu 7 tahun. Tup tup sekarang dah nak kahwin." Ni Puan Lily a.k.a pemilik butik pengantin ni. Dia merupakan kawan Puan Haniza sejak sekolah menengah lagi.

"Alhamdulillah aunty... doakan saya ya?" ujar Azfar.

"Ya, aunty doakan jodoh kamu berkekalan sampai ke Jannah." Puan Lily merenung ke arah Alya yang dari tadi jadi penunggu. "Ni yang cantik ni siapa?" soal Puan Lily. Alya tersengih lebar apabila dipuji cantik. 

"Ouh, ni lah bakal zaujah saya." ujar Azfar sambil tersipu sipu malu.

"Apa khabar aunty, saya Alya." ujar sambil menghulurkan tangan ingin bersalaman. Tangan Alya disambut. "Khabar baik. Cantik nama macam orang dia jugak. Eh, duduk lah dulu. Aunty nak ambil catalog baju kejap. "

Beberapa minit kemudian puan Lily datang bersama dua buah buku di tangan. "So dah bincang baju nak macam mana?" soal Puan Lily sambil menarik kerusi dan duduk. "Belum lagi aunty, kitaorang baru nak bincang hari ni." ujar Azfar sambil mencapai catalog yang terletak di atas meja.

"Alya? macam mana?" soal Puan Lily pada Alya. "Err.. saya ikut je. Apa-apa pun boleh."

"Ok, kalau macam tu aunty ada satu cadangan."
____________________________________________

Selepas tempahan baju di buat, Azfar dan Alya singgah makan di sebuah restoran berdekatan. Alya mengosok lengannya apabila Azfar menenungnya tak lepas."Bukan awak kata awak sibuk ke? Tapi kenapa macam tak sibuk je boleh keluar pulak tu."

"Siapa kata? Saya busy lah. Tapi saya sanggup cancel semua meeting dengan client untuk keluar dengan awak tau. Kalau awak tak hargai jugak ... saya tak tahulah." Azfar tersenyum kecil. Dia ingin minat reaksi Alya.

"Seriously? Kenapa awak buat macam tu? Kesian client- client awak." Sudu ditangan diletak tepi. Alya merengus. 'Kalau aku tahu jadi macam ni, awal-awal lagi aku tolak pergi keluar tempah baju pengantin.'

"Tak da lah. Saya main-main je. Saya postpone semua meeting. Takkan lah saya nak cancel. Rugilah syarikat nanti" Azfar memandang Alya yang memandang tajam ke arahnya.  Azfar memang suka melihat muka gelabah Alya. Rasa macam comel je. Alya menahan geram. 'Aku kena tipu hidup hidup.' Sudu diambil dan Alya menyuap nasi ayam ke dalam mulut.

"So lepas ni nak pergi mana?" soal Azfar.Jam tangan ditelek. 'Awal lagi kalau nak balik.'

"Baliklah. Nak pergi mana lagi?"

"No. Kita pergi jalan-jalan jom." Alya merengus. 'semua nak kena dengar cakap dia.'


Sedar tak sedar dah sebulan lebih sis tak update. I'm so sorry. Khamis ni sis ada ujian komputer sbb sis ambik lesen memandu. Doakan sis lulus.

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now