Bab 2

18.4K 512 38
                                    

Selepas menunaikan solat subuh, Azfar mengambil keputusan untuk mengambil angin di sekitar hotel. Nak keluar jauh-jauh malas. Ketika dia sampai di lobi hotel kelihatan beberapa orang memandang kearahnya.

'Hensem juga aku ni. Kalah Charlie Puth dengan Mario pelakon Thailand tu.' Semakin lama semakin ramai melihatnya.

Sedang dia bersiar-siar kelihatan seorang wanita, pekerja hotel tersebut menghampirinya

'Ni mesti nak minta number ni. Uish... untung lah..' Usik hati Azfan.

"Hello Sir, do you have problem sir?"

"Actually, I just fine. What's wrong? I have do something like break you heart?"

"No sir. Actually sir, just now you wearing a singlet and towel only. That very weird."

Azfar membelek dirinya. Astagfirullahalazim.. dia hanya memakai singlet dengan tuala separas lutut sahaja. Macam mana dia tak perasaan tadi. Buat malu je. Patutlah ramai yang melihatnya. Ingatkan sebab dia hensem, rupanya... haish.... author malas nak sebut.

"I got to go. bye." Azfar meminta kebenaran untuk kembali ke bilik.

Wanita tadi hanya mengeleng kepala.

                      ❤ ❤ ❤

Hari kedua di Paris. Harap semuanya berjalan lancar dan aman tanpa gangguan . Selesai bangun dari tidur, Alya mencapai Iphone 6 nya yang diletakkan di meja tepi katil. Dia cuti solat hari ini. Alya membuka account Instagram miliknya. Sedang dia scroll 'feed'nya tiba-tiba dia terlihat satu gambar yang dipos oleh Hazriel dengan seorang wanita lain dekat sebuah taman bunga.

caption:
Hazriel : Mr &Mrs to be .
                 #5monthtogo

Sakit. Hatinya sakit diperlakukan begitu. 'Apa salah saya, awak buat saya macam ini. Saya sayangkan awak macam ni yang awak balas. Awak kejam riel. Kejam sangat.' Rintih hati Alya. Lalu di menutup iPhone 6 nya dan diletakkan di atas katil. Alya menarik nafas panjang-panjang untuk menarik kembali kekuatannya.

Hari ini Alya hanya bersarapan roti kentang sahaja yang dibeli di Kedai runcit yang berdekatan dengan hotel semalam sebelum balik ke bilik. Ada tanda halal. Don't worry.

Usai bersarapan Alya berkira-kira untuk berskype dengan family nya.

"Assalamualaikum, mama, papa." Alya senyum keriangan, walaupun hati masih pedih dengan semua ini.

"Waalaikumusalam. Anak mama sihat, sayang. Sayang breakfast apa tadi?" Mama memulakan bicara. Papa hanya tersenyum. Dia tahu anaknya yang baru berumur 24 tahun  itu telah disakiti dengan sengaja oleh bekas tunangnya sebelum Alya diberitahu oleh kedua ibu bapa tunangnya, iaitu Hazriel.

Dia sering terlihat Hazriel bersama seorang wanita yang seksi berpelukan di Shopping complex. Ketika pertama kali dia melihat Hazriel bertandang kerumahnya untuk merisik Alya, dia dapat merasakan satu aura yang negatif pada Hazriel. Namun segera ditepis untuk kebahagiaan anak tunggal perempuannya.

"Alhamdulillah, Alya sihat. Ya, makan roti je tadi." kata Alya sambil tersengih.

"Roti je. Kenyang ke tu?" Balas dato' Ismail. Risau anaknya makin kurus bila pulang ke Malaysia nanti.

"Kenyang pa. Perut Ya ni bukannya besar macam perut Suria." Tiba-tiba dia teringatkan kucing kesayangannya. Nama Suria diberi kerana Suria adalah cahaya yang selalu menerangi hidup Alya. Tanpa Suria mungkin susah dia ingin mengharungi hidup. Aduhh.. apa yang dia buat sekarang ni.

"Hmm... Yelah." Akhirnya dato' Ismail dan datin Asma mengalah.

"Adik dengan Abang mana ma?" Alya mempunyai 3 orang adik beradik. Yang pertama abangnya, Muhammad Alif Izzudin. Manakala adiknya, Muhammad Aiman Isyraf. Alya merupakan anak kedua, anak tengah. Patutlah perangai Alya sedikit kasar, sebab dari kecil hingga sekarang kawan dengan lelaki. Teringat dulu, masa kecil-kecil, dia selalu main askar-askar dengan abangnya.Nasib badan...

"Abang, biasalah waktu macam ni dia kat pejabat. Adik pula dekat sekolah, ada kelas tambahan untuk SPM".

"Weekend pun kerja ke?" Sibuk betul abangnya itu. Bakal CEO biasalah.

"Memanglah. Abang kan bakal ambil jawatan papa nanti. Nak tunggu Ya, bila agaknya." balas dato' Ismail

"okeylah papa, mama. Alya mints diri dulu."

"Anak mengelatlah tu. Cakap pasal bisnes je mesti anak mengelat kan?" Teka datin Asmah. Tahu sangat perangai anaknya.

"Mana ada. Ada housekeeping nak masuk. Bye papa, mama. Assalamualaikum."

Belum sempat mereka membalas Alya sudah menutup talian.

"Bang.. saya risaulah tengok Alya."

"Apa yang nak dirisaukan. Abang tengok dia okey je tadi. Lagipun kita sebagai ibu bapa dia mestilah doakan yang baik-baik untuk dia. Awak jangan risaulah."

                          ❤ ❤ ❤

Setelah melawat Petit Palais dan Grand Palais Azfar mengisi perutnya di Restoran Salam dengan hanya berjalan kaki. Sedang dia membuka pintu restoran tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang perempuan bertudung dari dalam restoran yang ingin keluar dari restoran tersebut.

"I am sorry sir, I don't mind it." Gadis tersebut menunduk.

'Lawa juga perempuan depan aku ni. Dengan hiding mancungnya, anak mata warna hazel, bibir pink, kulit putih yang mulus tanpa sedikit jerawat. Gugur iman aku' detik hati Azfar, tapi segera ditepis . 'Mana boleh nanti turun saham kau. Tak boleh.'

"It's okey". 'Tahulah aku hensem, tak payah lah nak berlakon konon-kononnya terlanggar bagai. Aku punya lah besar takkan tak nampak. Buta ke apa?' gumam Azfar perlahan.

'Orang Malaysia rupanya . Dia fikir aku tak dengar. Suka-suki hati kau je cakap aku sengaja. Siap kau. Alya yang terdengar percakapan itu terus membalas. "Encik.. Kalau ya pun nak mengumpat agak-agaklah. Telinga saya ni masih berfungsi dengan baik tahu. Encik cakap saya sengaja langgar encik. ishh... tolonglah saya rasa muka encik ni takda lah hensem mana pun. Kalau hensem pun hati busuk buat apa. Tak ada gunanya "

Terkejur Azfar apabila mendengar gadis yang melanggarnya boleh berbahasa melayu. Orang Malaysia ke? "Ouh.. memang lah telinga kau tu berfungsi, tapi mata kau tu buta. Tak nampak ke aku nak masuk. Aku tau lah aku ni hensem macam Harris baba. "

"Encik ni memang suka perasan eh? teruskan lah angan-angan mak jenin awak tu. Saya pergi dulu." Alya meminta diri . 'Tak kuasa aku nak layan Mamat annoying macam kau' dengus hati Alya.

'Eleh... tak ngaku konon. Aku dan biasa lah jumpa perempuan macam kau. Makan lagi bagus. Blah kau' Azfar mengomel perlahan lantas masuk ke dalam restoran untuk mengisi perut.

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now