BAB 29

8.3K 308 34
                                    

"Aku terima nikahnya, Nur Alya Saffiya binti Ismail dengan mas kahwin 500 ringgit tunai.."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah." Dengan sekali lafaz Azfar telah melafazkan akad nikah. Nampaknya tips Wan berjaya. Nasib baik menjadi.

"Alhamdulillah." masing-masing menadah tangan tanda kesyukuran.  Datin Asmah dan Puan Haniza mengelap air mata lalu berpelukan. Alya tersenyum bahagia di hari bersejarahnya.

"Alhamdulillah, jadi jugak pengantin kita ni nikah ya. Kesian pengantin lelaki, dia ingat pengantin perempuan lari. Gigih pengantin lelaki tahan air mata tadi." ujar tok kadi. Tetamu bergelak ketawa apabila mendengar sejarah disebalik hari bersejarah. Azfar pula menutup wajahnya dengan tangan.

Alya terlewat sejam sampai ke masjid kerana kereta milik Alif yang dinaiki rosak di tengah jalan. Tetamu yang telah sampai dimasjid lebih awal membuat kesimpulan bahawa pengantin perempuan lari kerana tak setuju dengan perkahwinan ni. Azfar apa lagi, berkerut-kerut menahan tangis. Mak Cik bawang detected.

Usai membaca doa, acara pembatalan air sembahyang dimulakan. Azfar menghampiri Alya di belakang. Wajah Alya yang menunduk ditatap kejap. Alya kelihatan ayu dan manis apabila  mengenakan baju kurung moden yang berwarna putih ditambah dengan lace di tudung.

"Assalamualaikum.." Azfar memberi salam.

"Waalaikumusalam.."

Azfar mencapai kiri tangan Alya. Cincin emas putih yang bertatahkan berlian disarung ke jari. Selepas itu, giliran Alya pula menyarungkan cincin di jari Azfar. Walaupun sebelum kahwin selalu jumpa, tapi nervous dia hari ni rasa lain macam.

Tangan Azfar dicium dan tangan Azfar satu lagi memegang kepala Alya sambil mulut terkumat-kumit membaca sesuatu. Selepas bersalaman, giliran Azfar pula mencium dahi Alya. Dagu Alya dipegang lalu ciuman dilabuhkan di situ. Ini rasanya bila dah halal.

____________________________________________

Acara bergambar dimulakan selepas pembatakan air sembahyang. Ketika sedang menunggu jurugambar membetulkan lighting kamera, Alya mendekati Azfar yang sedang merenungnya dari jauh. Tenung tenung orang pulak, kalau nak apa-apa roger. Tiba-tiba Alya teringat cerita yang diceritakan oleh tok kadi tadi. Alya tersenyum sumbing apabila terfikir satu idea jahat. "Awak nangis tadi?" soal Alya sambil tersenyum jahat. Jelas riak wajah Azfar yang berubah.

"Eh... mana ada saya nangis." Azfar menafikan. Dia nak main sorok sorok pula." Ye ke? Habis yang tok kadi cakap tu apa?" Alya cuba menguji Azfar. Kita tengok sejauh mana dia nak mengelak. "Tok kadi gurau gurau je tu." Ujar Azfar. H

"Are you sure?"

Azfar mencapai tangan kanan Alya dan digenggam."Alya, tadi saya rasa jantung saya macam nak tercabut tau tak bila awak lambat sejam. Saya ingat awak lari dari saya. Saya dah fikir bukan bukan pasal awak. Saya rasa macam awak mainkan perasaan saya bila awak tak datang. Lagi lagi bila tetamu cakap awak tak setuju dengan perkahwinan ni, lagi saya tambah sedih. Tapi, alhamdulillah akhirnya awak datang even lambat, and you're mine now. Forever." ucap Azfar sambil menenung dalam mata Alya.

"Tu lah lain kali jangan pandai pandai buat spekulasi sendiri, kan sendiri yang sedih."

"Eh, salah awak lah. Awak yang lambat ."

"Apa pulak salah saya. Salah abang Alif lah. Kereta dia yang buat hal. Lain kali campak je kereta tu dalam lombong."
Azfar menarik hidung Alya. "Pandai menjawab eh."

"Sakitlah... apa ni." Alya memegang hidung sendiri. Mukanya dimasamkan.

"Alololo sorry... " Azfar mengusap pipi Alya. Masalahnya sakit kat hidung tau, bukan kat pipi. "You know what? you're queen in my heart now and insyaallah till jannah you're mine." Tangan Alya yang digenggan tadi diletakkan diatas dada Azfar. Jelas terasa degupan jantung Azfar yang laju. Ni baru lepas marathon ke apa ni? Tiba-tiba flash kamera dipancarkan.

"Wow! So sweet both of you. So natural." Ujar abang Khairi a.k.a photographer professional. Gambar yang diambil tadi dibelek sekali lagi.

"Kitorang memang sweet, baru tahu ke? Kan sayang kan?" ujar Azfar. Alya disebelah sudah mencebik. Gedik.
____________________________________________

Selepas acara bergambar, mereka dijemput ke rumah Datuk Ismail kerana ada majlis makan-makan sedikit. Ramai jugak tetamu yang datang memenuhi ruang rumah. Alya memandang ke seluruh pelosok luar rumah. 'Mana dia pergi? kat dalam kut?' Belum sempat Alya ingin masuk ke dalam rumah dia ditegur.

"Tahniah Alya for you married. Lepas ni susah lah kau nak keluar rumah sebab kena ikat dengan encik suami." ujar Nazira. Dia ni merupakan kawan Alya disekolah menengah. "Ishh.. mana ada. Nanti kalau nak hangout mana mana bagitahu aku. Pandai pandai lah aku bodek dia."

"Ye, Ye je. Nanti bila aku ajak keluar ada je alasannya. Busylah, suami tak da kat rumahlah, banyak kerjalah kan?" ujar Nazira. Dia memang terer kalau bab memerli orang. "Bising lah kau ni. Ni datang ni bawak hadiah untuk aku tak?"

"Of course lah bawak. Kau ni pun, tak tahu malu mintak hadiah kat orang." Lengan Alya ditepuk. Dulu masa sekolah pun sama. Tak malu mintak hadiah kat orang. Mentang mentanglah hari tu birthday dia. "Well.. You know me right?"

Tiba-tiba sorang lagi datang mencelah. "Untunglah orang tu jodoh dia dah sampai... aku bila lagi. Nasuha pun dah pregnant. " ujar Tasha juga kawan Alya. "Adalah tu nanti jodoh kau. Mungkin dia sesat kut so bagi lah dia masa."kata Alya ingin menyedapkan hati Tasha.

"Cakap pasal Nasuha, aku nak jumpa dia kejap. Aku nak korek rahsia macam mana dia goda abang kau sebelum dia kahwin. Aku curious betul macam mana dia boleh kahwin dengan abang kau Alya. Setahu aku dia dulu masa sekolah, dia bukan jenis yang melayan lelaki. Tapi aku pelik, macam mana dia boleh kahwin dulu sebelum kita. Jom Tasha." ujar Nazira. Semua benda yang rasa pelik lah. Dia ni jenis kalau nak dapat sesuatu memang korek habis habisan.

"Pergilah. Dia ada kat dalam. " Sejurus itu Alya ditinggalkan seorang. Nasuha punya pasal aku ditinggalkan. Tiba-tiba bahu Alya ditepuk dari belakang. "Alya!"

"Ye mama. Mama dari mana ni?" Ujar Alya. Datin Asmah kelihatan berseri seri hari ni. Nak sambut menantu biasalah."Ni mama dari dapur. Mama dah sediakan lauk untuk Alya dengan Azfar kat dapur. Tadi kata lapar kan? Alya pergi panggil Azfar makan sama sama. Lekas." ujar Datin Asmah lalu menghilangkan diri di dalam rumah.

Tengah cari dia lah ni. Masalahnya dari cari tak jumpa jumpa. Mana dia pergi. Alya melangkah ke kolam ikan yang agak jauh dari tetamu. Sangkaan Alya betul, kat sini dia melepak rupanya. "Awak... awak pergi mana tadi? Dari tadi saya cari awak tau tak." Dada Azfar ditepuk perlahan. Suka sangat hilang.

"Kenapa ni sayang marah marah ni?"

"Awaklah main hilang hilang pulak. Penat saya cari merata-rata tempat." Alya memuncungkan bibirnya.

Tangan Alya ditarik supaya mendekatinya. "Ok. I'm sorry. Kenapa marah marah ni sayang. Malulah kalau orang tengok."

"Saya lapar, Saya nak ajak awak makan tapi saya cari awak tadi tak jumpa." Azfar tersengih. Macam ni ke perempuan bila lapar, marah marah orang. Tak pa Azfar, layankan je. Kau ada bertahun-tahun lagi nak hidup dengan dia.  "Ouh... lapar. Ok jom kita pergi makan. Dah.... tak yah sedih sedih."

_______________________________

Here we are. an update.

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now