Bab 5

13.9K 390 2
                                    

Matahari sudah memancarkan cahayanya. Maka bermulalah kehidupan manusia. Hari ini merupakan hari ketiga Alya di Paris dan merupakan hari terahkhir Alya berada di sini. Terasa masa cepat berlalu. Rasa macam semalam je Alya check-in hotel . Semalam dia sempat ber'skpye' dengan family nya selepas pulang dari 'makan malam' dengan Azfar. Dia menceritakan segala yang terjadi terhadap dirinya. Lepas tu apa lagi, kena bebel lah dengan Datin Asmah. kesian Alya. Alya teringat bebelan mamanya.

"Itulah mama dah pesan. Awal-awal lagi mama dah pesan. Jangan careless. Dekat dunia ni tak semestinya semua orang baik-baik. Ni Ya okey tak? Ada cedera kat mana-mana? "

"Ya okey ma. Jangan risau lah. Okey lah ma. Ya nak pergi breakfast ni."

"Mulalah nak mengelat tu."

"Ish.. mana ada."

Alya tersentak dari lamunan apabila kedengaran bunyi loceng bilik nya. Alya pun segera membuka  pintu.

"Tak siapa pun. Ni mesti budak-budak yang tekan ni."

Baru sahaja Alya ingin menutup pintu tiba-tiba dia terperasaan satu beg plastik digantungkan di tombol pintu bilik nya. Alya mencapai plastik tersebut dan mendapati ada sebungkus makanan. Apakah?

Alya membuka bekas makanan tersebut. Dan...nasi lemak? Terdapat satu nota di atas penutup bekas tersebut yang berbunyi...

" Kalau kau rasa nak makan kau makan, kalau tak nak kau makan jugak"

Alya mengetap bibirnya . Dah tahu siapa punya kerja ni. Azfar. Suka mengarah je.

"Tapi okey jugak, daripada aku kebulur. Yang paling penting jimat duit aku, walaupun aku tak ada duit."
Nasib baik lah ticket untuk dia pulang ke Malaysia sudah ditempah awal. Kalau tak, tak tahu lah.

❤ ❤ ❤

Suasana riuh rendah di KLIA membingitkan telinga. Macam-macam ragam manusia boleh dilihat. Dah macam pakar psikologi nak tengok gelagat orang.

Alya mensegerakan langkahnya. Sekarang dia hanya ingin bantal dan tilam. Seronok ni kalau dapat tidur.

Laungan seseorang membuatkan Alya berhenti menapak. Kelihatan Pak Mad sedang menunggunya. Alya menghampiri Pak Mad iaitu driver keluarganya sejak dia kecil lagi. Dia dan Pak Mad dah macam keluarga sendiri. Dulu semasa ibu bapanya sibuk Pak Mad lah tempat dia meng

"Assalamualaikum, Pak Mad. Pak Mad sihat? Rindu nak kongsi cerita dengan Pak Mad." Alya menunduk hormat.

"Waalaikumusalam, Alhamdulillah Pak Mad sihat. Pak Mad pun rindu Alya yang macam anak Pak Mad sendiri. Jomlah Kita balik"

Setelah mereka berborak panjang semasa dalam perjalanan ke rumah Dato' Ismail dan Datin Asmah akhirnya mereka sampai ke destinasi dengan selamat. Tanpa Alya jangka kepulangannya disambut oleh keluarga tercinta. terharu jap.



Hye readers, sis nk promote sikit. Story baru ni. Mcm goreng pisang. Panas lagi

Ttitle : The Hottest
Genre : Random
Writer: @nrsyxhxxra

 

Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now