Azfar memberhentikan kereta betul-betul dihadapan rumah Alya. Takkan nak tinggalkan Alya tepi jalan pulak. Ada kena angkut pergi Thailand karang. Kelihatan rumahnya masih terang benderang. Bermaksud keluarga Alya masih belum tidur. Mereka masih tidak keluar dari kereta. Suasana tiba-tiba menjadi janggal. Alya tiba-tiba bersuara.
"emm.. awak boleh tolong saya tak?" Alya mengenggam tanganya yang berada di atas riba. Tangannya sejuk.
"Kau nak aku tolong apa malam-malam ni?" Azfar menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Nak minta tolong apa pulak malam- malam ni.'
"Awak jangan bagitahu sapa-sapa tau apa yang jadi hari. Lagi-lagi abang saya. Boleh kan?" Alya menunjukkan muka simpati. Harap Azfar faham dengan situasi dia sekarang.
"Kenapa aku tak boleh bagitau orang? kau cakap dengan aku. Kau taku kan benda ni bahaya." Azfar memandang Alya disebelah. 'Dia buat muka seposen pulak. Nasib baik comel.' getus hati Azfar.
" Saya tak nak orang lain risau. Please.... boleh kan?" Alya merapatkan kedua-dua belah tangannya.
"Kalau aku tak nak macam mana?" Azfar menduga Alya. 'Kalau aku tak nak dia nak buat apa?'
"Saya tak akan keluar dari kerete ni." Alya memegang sofa kereta. dah macam budak kecil
"Yelah. aku tak bagitau sapa-sapa." Akhirnya Azfar mengalah. 'Tengoklah nanti.' getus hati Azfar
"Okey, thanks. Saya masuk dulu ye. Assalamualaikum." Alya membuka pintu kereta dan terus menuju ke pagar rumah tanpa menoleh belakang.
"Bla macam, tu je. Cakap lah thank you ke, tak pun I love you pun boleh." Bebel Azfar di dalam kereta sambil tersenyum. Setelah memastikan Alya masuk ke perkarangan rumah, dia memandu keluar dari taman perumahan tersebut.
Alya membuka pintu rumahnya lalu memberi salam. Alya yang masih memegang tombol pintu terkejut apabila ada orang disebalik pintu. Orang yang dah lama ditunggu akhirnya muncul didepan mata.
"Eh, abang dah balik. bila balik?" Alya menyalami abangnya, Alif.
"Baru je petang tadi. Minggu depan baru balik sana balik." Alif menyambut salam Alya. Kepala adiknya digosok.
"Ouh.. ingatkan tak nak balik dah." Alya mengambil tempat duduk di sofa.
" Jahat ye. Ni, kereta mana? Siapa yang hantar balik tadi?"
"Aa.. Kereta rosak so ada kat bengkel. Yang hantar tadi tu Azfar. Tadi ada meeting dengan dia tu yang dia hantar balik terus." ujar Alya. 'Sorry abang, Alya terpaksa tipu.'
"Ye ke? Bukan pakwe baru ke?"
"Betullah. Mana ada pakwe baru. Hati ni masih belum terbuka lagi. Abang ni." Alya menyiku Alif disebelah. Allif tergelak kecil.
"By the way, kenapa abang tak sentuh langsung projek shopping mall tu dengan dia. Abang saja je kan." Alya menujukkan jari telunjuknya ke arah Alif.
"Cuba selidik dulu, jangan main tuduh je. Bukannya abang tak nak uruskan projek tu tapi, dia nak deal dengan Alya je . Faham tak? Dia tak nak deal dengan abang. It's not my fault. Sebab tu abang bagi peluang kat Alya jaga syarikat kejap sementara abang kat Sabah. Abang boleh je kalau suruh Qaisara tengok-tengokkan kejap."
"Seriuosly! Macam tak boleh percaya je." Alya memandang Alif tajam. 'Kerja mamat tu rupanya. Patutlah hari tu beriya iya minta maaf kat Tan Sri.' bisik hati Alya
"Betullah. Tak percaya, pergi tanya dia sendiri." Alif menyadarkan kepalanya di kepala sofa. pening nak melayan perangai Alya. 'Dah lah banyak mulut, pastu reti nak bebel je.'
"Kenapa abang tak bagitahu Alya pasal benda ni haritu?"
"Dia tak bagi abang bagitahu."
"Sekarang ni abang bagitahu boleh pulak."
"Dah Alya tanya abang bagitahu lah."
"So, kalau Alya tak tanya abang tak bagitahu lah, gitu."
"Yes, that's true."
Alya menahan geram.'Kalaulah aku tahu benda ni, aku takkan jejak kat syarikat tu tahu tak. Aishh... Kusut.'
"Alya ada apa apa ke dengan dia?"
"Apa yang macam mana tu?"
" Yelah, ada apa apa. Macam... pakwe makwe gitu. Ada tak?"
"Mana ada lah. Dia bisnes partner je. Abang ni jangan fikir lebih lebih boleh tak?" Alya menghela nafas. 'Aku dengan dia? memang tak lah.'
"Ye ke... Habis tu kenapa Alya macamtak suka dia je?"
"It's not your bisnes!"
"Amboi, berlagak."
"Ish... Alya nak masuk bilik dulu lah. Mama, Papa dengan Aiman mana?" Alya bangun dari duduknya.
"Diorang dah tidur. Tengoklah jam tu dah pukul berapa."
"Habis tu kenapa abang tak tidur lagi?"
"Abang tunggu adik abang ni balik. Lambat sangat baliknya. Manalah tau kena culik ke kan."
"Ouh, bukan nak call makwe ke?"
"Ishh.. mana ada."
"Tipu. Alya tau lah rahsia Abang."
"Mana kau tau."
"Adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Alya masuk bilik dulu. Abang tu jangan tidur lambat-lambat sangat, nanti muka berkedut. Lepas tu tak ada siapa yang nak. HAHAHAHA." Alya melangkah menaiki tangga dengan segera sebelum kena pelengkung dengan Alif.
"Kurang asam punya adik."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usai mandi dan berpakaian lengkap, Alya melangkah ke katil dan merebahkan badannya. 'nikmatnya dapat baring baring.' Alya mencapai handphone yang berada atas meja bersebelahan katil.
"Eh, ada 5 missed call." Alya memeriksa handphone. Mana lah tau ada ex crush sekolah call ke. Boleh lah menggatal dengan dia. Gediknya kau "Lah..mamat annoying ni yang call. Apa yang dia nak." Alya membuka aplikasi Whatsapp. Kelihatan mesej dari Azfar a.k.a Mr.Annoying.
Mr.Annoying : esok aku amik kau kat rumah, pastu aku antar kau pegi balai polis ambik kereta.
You : eh.. tak pa. Sya boleh naik grab car je. takyah susah2
Mr. Annoying: Aku kata aku amik means aku amik. Jgan degil boleh tak
You: Saya tak nak menyusahkan awak
Mr.Annoying: Kalau kau dapat driver grab yang gatal macam mana. yang suka raba2 orang. Nak?
You: awak ni jgn takut takutkan saya boleh tak? Fine, esok awak amik saya kat rumah.
Bye
Alya merengus geram. "Suka sangat paksa paksa orang. Apa masalah dia ni? Mungkin masa dia kecil kecil selalu kena paksa lah kut." Dia meletakkan handphone nya di atas meja lalu menutup lampu tidur. 'Good night.'
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TQ yg masih menunggu sis update dan yg tak tinggalkan sis
YOU ARE READING
Mr.Annoying, Mr. Husband
RomanceAlya Imani - Jantung ni rasa macam nak tercabut je bila tengok dia senyum, ketawa. Ya Allah dugaan apakah INI... Azfar Khairi - Kau jangan nak melebih-lebih. Tak pasal-pasal ada yang makan nasi guna straw. Azfar dan Alya ditakdir berjumpa atas kecua...