Bab 13

10.4K 308 3
                                    

Alya merengus geram kerana dia terlambat pada hari kerjanya sebagai CEO ganti pada hari ini. Dia meyalahkan jam loceng kerana tidak berbunyi. Yelah, masa ni lah jam tu nak habis bateri lah semua, sebelum ni tak pulak. Alya berjalan sedikit kekok kerana dia telah dipaksa oleh Datin Asmah untuk memakai kasut tumit tinggi yang macam dua inci tu. Katanya biar nampak kemas, yakin dan nampak ciri-ciri kempimpinan tu sikit. Alya mengenakan kot berwarna hitam dan seluar slack yang senada. Dikenakan dengan baju kemeja berwarna putih dan tudung bawal yang berwarna maroon yang dimasukkan ke dalam kot. Kasut tumit nya berwarna hitam.

Alya memang tak suka pakai kasut tumit. Dia lebih suka menyarung sneakers atau selipar saja. Bagi Alya kasut tumit tinggi sangat leceh. Bila jalan je berbunyi, lepas tu jalan kena ayu-ayu macam gadis melayu terakhir. Kalau tak jatuh terpeleok lah kau kat sini.

Alya berlari-lari anak ketika menaiki tangga. Dia sudah terlambat. Nak tak nak kena lari. Tanpa Alya sedar dia tersalah langkah. Kakinya tersadung di tangga. Alya berharap dia takkan jatuh.   Kalau dia jatuh,  paling teruk  dia akan cedera sedikit saja. Sekurang-kurangnya dia boleh menghadiri mesyuarat dengan Tan Sri hari ni. Alya memejam mata bersedia untuk jatuh dan sakit. Tiba-tiba dia merasa sesuatu. 

Alya membuka mata. Dia terkejut dengan apa yang terjadi. Dia tidak jatuh tetapi lengannya sudah dipegang seseorang.  Azfar!! 'Apa yang dia buat kat sini.' Getus hati Alya. Tanpa sedar dia merenung Azfar. Azfar menarik lengan Alya. Nasib berlapik. Alya berjaya berdiri dgn betul.

"Dah habis dah tenung aku. I know muka aku hensem macam sapa tu? Ha, Park Seo Joon. Tapi aku rasa aku lagi hensem daripada dia. Yang tu memang confirm" Kata Azfar sambil tersengih memandang muka Alya yang cemberut macam budak-budak tak dapat lolipop.

'Aduii.. Perasaan gila mamat ni. Dia fikir dia hensem sangat ke? Ada hati nak kalahkan Park Seo Joon yang 99.9% lagi hensem dari dia. Ya Allah... Bagilah dia kesedaran.' Bisik Alya sambil memandang Azfar tajam.

"Kau cakap apa? Aku macam ada dengar something tadi but not clear." Ujar Azfar sambil berkerut. 'Ke aku yang khayal tadi.'

'Eh. Mamat ni dengar ke apa yang aku cakap tadi. Adui.. Mati lah aku.' Bisik hati Alya.

"Saya tak cakap apa-apa pun. Okey." Kata Alya sambil membela diri.

"Heleh, ye lah tu. Ntah ntah kau cakap aku hensem sampai boleh keluar darah kat hidung." Ujar Azfar sambil mendekatkan mukanya ke muka Alya.

Alya berdehem sebelum menukar topik. "Eh, please lah. Tak da masa okey. By the way, awak buat apa kat sini. I mean at my company building." Alya dapat merasakan jantungnya bakal meletup kejap lagi.

Azfar menjauhkan mukanya. "Saja-saja nak usyar orang-orang yang lalu lalang kat sini sambil makan anggur. Lagipun aku ni hensem. Confirm ramai aweks-aweks akan cair. Nak join sekali ke?" Azfar mengangkat kening sebelah.

"No need. Daripada saya layan awak baik saya masuk ofis lagi bagus." Kata Alya. Dia berjalan masuk ke dalam bangunan syarikatnya. Atau lebih tepat syarikat papanya.

"Aik. Pergi macam tu ja. Tak cakap apa-apa. Macam thank you ke. Ha, ni lah orang perempuan bila dah tolong tak reti nak cakap terima kasih. Bila tak tolong dia salah kan kita pulak. Apa yang diorang nak sebenarnya."

___________________________________________

Alya menghembus nafas lega kerana Tan Sri pun lambat hari ni. Tan Sri Hamid masuk lewat 5 minit dari Alya. Kata Tan Sri drivernya sakit perut. Jadi terpaksa berhenti sekejap di RnR tadi.

"Now, I want to ask Syarikat Sutera Holding. Macam mana perkembangan projek dengan AZ holding?" Uajr Tan Sri Hamid sambil memandang Alya.

Alya mengangkat kepala apabila nama syarikat dipanggil.

"Alhamdulillah, setakat ni berjalan dengan lancar. Sekarang ni kita tengah proceeds nak buat lakaran. Cause hari tu, saya dan encik Azfar nak setuju nak bangun kan shopping mall tu." Ujar Alya. Alya teringat tentang meeting yang dia buat bersama Azfar bulan lepas. (Kalo tak ingat boleh baca bab 7) Ingatkan abang dah setelkan rupanya tak.

Qaisara baru ja bagitau yang abang tak sentuh apa-apa pun pasal projek ni. Katanya nak tengok adik kesayangan dia ni berdikari. Banyak lah berdikari. Alya dah berserah kalau Tan Sri nak marah dia sebab lambat.

"Baru nak lakar? Saya ingat dah buat floor 2." Ujar Tan Sri dengan nada tegas.

"I am sorry Tan Sri. Saya janji akan siapkan projek ni secepat mungkin. Lagipun encik Alif pun tengah sibuk sekarang ni. Dan saya pun masih baru. Saya betul-betul minta maaf." Rayu Alya. Rasa macam nak terbang sekarang pergi jumpa Alif. 'Siap abang bila abang balik nanti.'

" Anyway Tan Sri, saya minta maaf sebenarnya salah saya sebab saya terlalu fokus dengan projek dekat Kampung Sungai Satu sampai saya lupa pasal projek ni. Saya akan Cuba sedaya upaya untuk buat projek ni." Ujar seseorang. Bunyi macam orang yang buat salah besar.

Alya menoleh ke kiri. Orang duduk  selang tiga orang daripada adalah Azfar. Dia yang bercakap tadi. 'First time dengar dia cakap sorry. Wau! Surprise. By the way, sejak bila dia masuk sini.'

"Okey. Pastikan janji di ditepati." Ujar Tan Sri. "Okey meeting di tunda sehingga diberitahu. Dismisses."

Akhirnya..
____________________________________________
Alya memikirkan tarikh untuk dia berjumpa dengan Azfar bagi membincangkan lakaran yang telah dibuat boleh arkitek nya.

Tiba-tiba Alya mendapat panggilan dari nombor tak dikenali. "Ermm... Sapa ni? Nak angkat ke tak? Kalau angkat takut orang jahat yang call, kalau tak angkat rasa serba salah lah pulak. Angkat je lah." Bisik Alya. IPhone di angkat ke telinga.

"Halo."

"Alya!!!" Jerit orang yang memanggil. Alya menjarakkan handphone ditelinga. Rasa nak tercabut dah telinga ni.

'Aduii... Sapa pulak ni. Call orang pastu menjerit-jerit. Ni bukan scene KL menjerit tau.' Bisik hati Alya.

"Emm.. Boleh saya tau siapa yang memanggil?"

"Alya, ni aku lah. Kau tak ingat ke?"

"Yelah, aku tu siapa?" Ujar Alya. Cakap je lah nama, tak yah nak berpusing-pusing.

"Aku ni. Nasuha  best friend till jannah kau." Ujar si pemanggil.

"Ya Allah... Aku ingatkan minah mana nak terjerit terlolong jerit nama aku. Kau rupanya." Alya menutup mulutnya yang melopong. Takut lalat masuk..

"Kuajar kau."

"Series, aku rindu kau do. Yelah dah pindah Kedah mana nak ingat kita dah." Suara Alya yang gembira bertukar sedih. Nasuha merupakan kawan baik Alya sejak di sekolah rendah. Lepas SPM keluarga Nasuha ambil keputusan untuk berpindah ke Kedah untuk menjaga nenek Nasuha yang sedang sakit.

"Aku pun rindu kau juga. Sorry lah dah lama tak contact. Aku terpesona dengan sawah padi kat sini."

"Sampai hati." Alya memuncungkan bibir. "By the way, mana kau dapat number phone aku?"

"I ask you brother lah. Alif kan nama dia? Aku DM dia kat Insta hari tu and inilah hasilnya."

"Kau tak rasa apa-apa ke?" Ujar Alya.

"Rasa apa pulak. Aku dah sorang-sorang kat rumah ni. Emak aku pergi jumpa kawan dia. Kau jangan." Nasuha dah cuak. Jangan makhluk tu muncul sekarang.

"Bukan tu lah. Kau tak rasa apa-apa ke bila kau DM abang aku." Alya menduga. Nasuha pernah cakap yang dia pernah tersuka Alif masa di tingkatan 4. Nasuha pernah nampak bertapa caringnya Alif jaga Alya masa Alya kena kacau dengan budak-budak nakal sekolah lain. Tu yang jatuh hati tu.

"Tak da lah. Biasa je." Ujar Nasuha sambil memusing ke kiri dan ke kanan.

"Are you sure? Tak baik menipu tau." Alya mengurut dagu. Macam detective Conan yang sedang menyiasat.

"Betullah. Eh, Alya aku letak dulu eh. Mak aku dah balik dah. Nanti Kita calling-caling lagi. Bye." Nasuha menamatkan panggilan.

"Ngelat lah tu." Kata Alya sambil tersengih.

.
Sorry yg menunggu. Abaikan kalo ada typo.

Love from far far away..





Mr.Annoying, Mr. HusbandWhere stories live. Discover now