"Morning!" Alya yang baru turun dari biliknya menjerit. Hyper semacam. Aiman yang sedang menghirup air teh tersedak. 'Adui, panas.' Alya kemudiannya menarik kerusi di meja makan lalu duduk. Alya memandang Alif yang merenungnya sambil memasukkan sesudu nasi goreng ke dalam mulut.
"Lain kali bagi salam boleh tak. Islam kan?" Alif memarahi Alya.
"Ouh, Assalamualaikum ya akhi
. Hambik semua, amik." Alya menggosok kepala Aiman. Aiman menepis. 'Habis rosak rambut aku. Dah lah jap lagi nak jumpa crush.' Getus hati Aiman.
"Waalaikumussalam." Alif menyambung semula suapannya.
"Apa gaduh pagi pagi ni? Tak elok gaduh pagi pagi macam ni. Tak elok untuk kesihatan." Datin Asmah memberi nasihat. Datin Asmah merupakan bekas penolong pengerusi PBSM semasa di sekolah menengah. Sebab tu lah semua benda dia tahu. Dah macam doktor.
"Ok ma. Sorry." Alya menuang air teh ke dalam cawan. Kemudian dia mencenduk nasi goreng ke dalam pinggan dan dihulurkan pada Datin Asmah. "Papa mana?"
"Papa pergi jogging dengan kawan dia. Dekat dekat sini je. Katanya dah lama tak exersice, perut dah boroi. Tu yang pergi jogging tu." Jelas Datin Asmah
"Papa perut boroi pun tetap hensem. Macam abang kan?" Alif tersengih sambil menunjukkan simbol peace pada Datin Asmah. Datin Asmah tersenyum.
"Eleh... perasan je lebih abang ni. Hensem celah mana? Celah ketiak. HAHAHAHA." Alya menekan perutnya sambil tergelak.
"Tak baik mengata orang. Kau kena ingat Alya, dulu masa kau kecil kecil abang yang pujuk kau bila kau kena marah dengan Papa sebab kau panjat pokok mangga jiran sebelah. Dah lah susah nak pujuk kau. Pastu asal kena marah je merajuk. Tulah perangai macam lelaki."
"Tu pun bukan salah Alya sepenuhnya ye. Sebab abang yang ajar Alya panjat pokok. Kalau abang tak ajar Alya tak buat" Alya menjeling Alif.
"Jangan gaduh gaduh kat sini boleh tak. Kalau nak gaduh sangat pergi gelanggang taekwando sana tu, bawak pedang dengan kapak sekali." Aiman memotong perbalahan antara Alya dan Alif. Dia menjeling mereka berdua. 'Dah tua bangka pun nak gaduh ke.' Bebel Aiman dalam hati.
"eh... dah dah. Aiman bila nak pergi sekolah, nanti lambat." Datin Asmah mencelah.
"Nak pergi lah ni." Aiman menyalami Datin Asmah diikuti Alif dan Alya.
"Bawak motor tu elok elok." Pesan Datin Alya.
"Ye!"
"Ha, mama baru ingat. Abang kata kereta Alya kat bengkel, so Alya nak pergi kerja macam mana? Kalau susah susah sangat suruh abang hantar." Datin Asmah memberi cadangan.
"Eh.. Tak pa. Nanti ada driver tak berbayar jemput. Mama jangan risau lah." Alya mengelap mulutnya dengan tisu lalu menghirup air teh. Segar.
"Siapa yang jadi driver tak berbayar tu?" Datin Asmah menanya. Yelah zaman sekarang mana ada benda yang percuma. Kecuali udara yang kita sedut hari hari ni lah.
"Pakwe baru." Alif mengusik Alya.
"Mana ada. Memandai je." Alya memandang Alif tajam. 'Suka suki je cakap orang ada pakwe baru.' getus hati Alya. Datin Asma yang melihat perbalahan mereka hanya tersenyum. Perangai usik mengusik Alif masih belum hilang. Memang dari kecil Alif suka mengusik Alya. Ada sekali tu Alya menangis sebab kena usik dengan Alif. Dikatanya Alya gemuk macam badak. Memang diakui Alya masa kecil agak chubby. Biasalah budak budak mana ada control makan macam orang dewasa. Apa yang dia rasa nak makan, dia makan. Dua hari Alya tak nak turun makan. Sampai Alif sendiri yang datang pujuk barulah okey.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azfar memberhentikan kereta di hadapan rumah Alya. Dia mencapai handphone yang berada di tempat duduk pemandu. Nombor Alya dicari dan di hubungi. Beberapa saat kemudiannya panggilannya diangkat. Salam diberi.
"Aku dah sampai depan rumah kau. Cepat sikit keluar. Kau lambat aku tinggal." Azfar menamatkan panggilan. Gaya macam tak ikhlas je. Tapi dia yang nak hantar sangat. Beberapa minit kemudian, terpacul kelibat Alya dan seorang perempuan yang agak berumur. Azfar yang nampak kelibat mereka terus keluar dari kereta dan memberi salam.
"Assalamualaikum Datin." Azfar tunduk hormat. Tak boleh salam, bukan mahram.
"Eh. Jangan lah panggil datin, panggil je aunty."
"Ok a... aunty." Azfar tersenyum nipis.
"Ok lah ma. Alya pergi dulu. Jaga diri kat rumah elok elok. Jangan buat kerja berat tau. Suruh je abang tu. " Alya menyalami Datin Asma.
"Ye... Mama tau. Dah pergi, nanti lambat pulak."
"Mama ni macam menghalau je." Alya memuncung.
"Mana ada. Dah cepat."
"Saya pergi dulu ye aunty." Azfar tunduk hormat sekali lagi.
"Yelah. Hati hati."
Azfar dan Alya membolos masuk ke dalam kereta. Datin Asma masih setia menunggu di luar rumah. Dia melambai-lambai Alya sehingga lah kereta tersebut hilang dari pandangannya.
"Macam ada something ja budak berdua ni." Datin Asmah menutup pagar lalu masuk ke dalam rumah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai saja di pejabatnya, dia disambut dengan senyuman PA nya Humairah a.ka. Maira isteri orang. 'Kalaulah si Maira ni belum kahwin, aku dah buat dia bakal isteri . Dah lah comel. Untung suami dia.'
"Good Morning bos! Amboi bos, pagi pagi lagi dah senyum lebar. Ada apa-apa yang saya tak tahu ke? Cer bagitahu sikit. Sikit pun jadilah" Maira cuba mengorek rahsia bosnya. Tak pernah lagI Azfar masuk pejabat dengan senyuman lebar macam ni. Lepastu tersengih sorang sorang. Ni mesti ada something strange.
"Tak da apa-apa." Azfar cuba menafikan. Fikirannya teringatkan Alya. 'Abaikan dia. Hilanglah kau dari otak aku' Bisik hati Azfar. Nasib baik cakap dalam hati. Kang tak pasal pasal dicop gila. Yes, gila...
"Ye ke? Ni mesti ada something ni... Awat? Jumpa bakal bini ka? Wah! dah lama saya tak mai kenduri kahwin bos tau tak? Teringin nak rasa kenduri bos pulak." Maira membayangkan kemeriahan majlis perkahwinan bosnya. Wah.. seronoknya.
Azfar tersengih. "Apa yang awak merepek ni? Kalau saya jumpa bakal isteri saya akan bagitahu awak. Jangan risau. Saya akan hebohkan satu bangunan ni. So... hari ni saya ada appointment apa-apa tak?" Azfar menukar topik. Dia tidak mahu Maira terus menerus mengorek privasinya.
Maira membelek Ipad di tangan. "Ada. Bos ada appointment dengan Dato' Azhar kat luar pukul 10 nanti. You should go there. And one more thing, projek shopping mall hari tu dah hampir siap. Tinggal nak pasang aircond, nak cat dengan pasal lampu. And dah boleh buat perasmian. Lepastu peniaga yang berminat dengan harga sewa boleh masuk dah. Itu sahaja."
"Ok. Thank you." Setelah ucapan terima kasih diterima dari Azfar, Maira melangkah keluar dari bilik bosnya.
Sampai sahaja ditempatnya, Maira membebel dengan diri sendiri. "Sajalah tu tadi nak tukar topik tiba-tiba tanya pasal appointment. Hari-hari aku menghadap muka kau aku tahu lah kau macam mana. Haish.. Apa yang susah sangat nak ngaku. Cakap je lah 'Maira, saya sebenarnya dah fall in love dengan someone.' Kan senang, bukan susah pun." Tangannya lincah menaip di komputer walaupun mulut masih membebel. Gosip gosip jugak tapi kerja pun kena siapkan. Itulah moto Maira.
04jZ=
YOU ARE READING
Mr.Annoying, Mr. Husband
RomanceAlya Imani - Jantung ni rasa macam nak tercabut je bila tengok dia senyum, ketawa. Ya Allah dugaan apakah INI... Azfar Khairi - Kau jangan nak melebih-lebih. Tak pasal-pasal ada yang makan nasi guna straw. Azfar dan Alya ditakdir berjumpa atas kecua...