Setelah selesai solat Isyak ni surau. Pakcik Hamid memegang alat pembesar suara di mihrab imam. "Jemputlah ke rumah saya untuk majlis tahlil adik ipar saya dan suaminya iaitu arwah Siti dan Yusuf. Selepas itu saya ada hidangkan makan makan sikit untuk para Jemaah" kata pakcik Hamid. Tiba-tiba bangun seorang Jemaah lelaki yang berumur dalam lingkungan 60-an. "Aku taknak pergi majlis tahlil si Yusuf tu. Dasar perogol anak dara orang! Kamu semua lupa ke apa yang dia telah buat kepada anak aku si Leha 20 tahun dahulu. Dia rogol si Leha tu hidup-hidup." bentak pakcik tersebut. Mahu pecah jantungku bila mendengarnya. Apa yang ayah aku telah buat dulu? Betul ke apa yang pakcik ni cakap?
"Kamu jangan macam tu Sudin. Anak arwah ada di saf belakang tu. Tidak baik kau membuka aib orang yang telah pergi. Yang sudah tu sudahlah"kata Pakcik Hamid. Bermakna betulah apa yang dicakap oleh pakcik Sudin. "Ayah pernah merogol?!" teriak hatiku. Kenapa jahat sangat perlakuan ayah. Aku tidak dapat menahan sebak di dada apabila mulut mulut para Jemaah surau mula berbisik sesama sendiri tentang arwah ayahku. Aku meluru ke pintu keluar lalu memakai sepatuku dan berlari pulang ke rumah Maklong. Sepanjang perjalanan itu aku menangis dan tertanya-tanya tentang hal itu tadi. Kenapa Pakcik Hamid tidak pernah menceritakan hal ini kepadaku. Kalau betulah ayah itu perogol. Kenapa ayah berkahwin dengan mak. Pelbagai persoalan menyerabut di akal fikiranku.
"Kenapa dengan kamu ni Adam?" Tanya Maklong sewaktu aku berlari ke arah bilikku di bahagian kiri rumah. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan Maklong kerana aku tidak dapat menahan kesedihan di hati. Aku merebahkan badanku di katil dan merenung ke arah kipas yang masih kukuh berpusing menyamankan suasana. "Keluarlah nak, tetamu datang ni"panggil Maklong. Aku menguatkan diriku untuk bersemuka dengan tetamu pada malam itu. Aku berfikir tidak elok jika aku tidak turut serta dalam majlis tahlil ini kerana mereka semua datang untuk mendoakan kesejahteraan ibubapaku di sana. "Duduklah dam"pelawa Pak Hamid.
Jemaah tahlil pada malam itu tidak sampai sepuluh orang. Hanya Tok Imam dan beberapa rakan karib Pakcik Hamid yang hadir. Aku masih lagi bersyukur kerana masih ada lagi orang yang datang untuk mendoakan kesejahteraan roh mak dan ayahku.
Tetamu beransur pulang. Aku dan Yati membantu Maklong membersihkan ruang tamu. Aku mengumpul pinggan kaca yang penuh sisa makanan di suatu sudut untuk diangkat manakala Yati menyapu di segala genap penjuru agar ia kelihatan bersih. Setelah selesai, Pakcik dan Maklong memanggilku ke ruang tamu. Aku pasti mereka akan menjelaskan hal itu tadi. Rasa berkobar kobar dalam diri untuk mengetahui hal yang sebenar terjadi dan selanjutnya. Aku meninggalkan dapur lalu bergegas ke ruang tamu. "Ya maklong ada apa ?" tanyaku. "Maklong nak ceritakan hal tadi di surau. Pakcik Hamid kamu telah ceritakan semuanya" balas Maklong .
"Betulkah ayah pernah merogol?"aku terus menanyakan hal tersebut. "Bagi maklong jelaskan." Balas Maklong. "Ayah kamu dituduh merogol si leha 20 tahun yang lalu. Maklong tahu sangat ianya tidak benar kerana si Leha itu saja mereka-rekakan cerita kerana cemburu akan pernikahan mak dan ayah kamu. Si Leha pernah menyimpan perasaan terhadap ayah kamu, Adam. Si Leha sanggup beritahu ayahnya yang Yusuf merogolnya agar mereka dinikahkan serta-merta. Namun Si Leha tidak mempunyai bukti yang kukuh atas tuduhan itu. Mak kamu tahu benar perangai si Leha tu. Dia sanggup berbuat apa saja untuk kepentingannya sendiri. Setelah tuduhan tersebut dilemparkan kepada ayahmu. Pelbagai fitnah dan tohamahan cacian diberikan oleh orang kampung. Apabila mengetahui mak kamu sedang mengandungkan kamu, Ayah kamu membuat keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru untuk membesarkan kamu, Adam." Terang Maklong panjang lebar. Akhirnya aku dapat menarik nafas lega kerana dapat mengetahui hal yang sebenar. Aku tahu ayahku tidak akan berbuat jahat sampai macam itu sekali. Malam itu aku tidur dengan lenanya bertemankan bunyi cengkerik di bawah rumah. Alhamdulilllah. Semoga mak dan ayah ditempatkan pada orang-orang yang beriman. Selamat malam mak dan ayah.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.