"Zin. Rumah yang kau pergi hantar budak tu, sama tak rumah yang aku suruh hantarkan ubat dan duit tempoh hari?" tanya aku. "Haa, aku baru nak bagitau kau Dam. Sama. Rumah yang sama." Jawab Zin. Akhirnya, persoalan aku telah terjawab. Memang benar itu anak Alya. Patutlah rupa ada iras-iras Alya.
"Bang. Yati nak balik bangsar dah ni. Zin yang hantarkan. Jaga Mak elok-elok tau." Kata Hayati. "Haa ye la. Jaga diri kamu tu elok-elok kat sana. Dah salam dengan Mak ke belum?" tanya aku. "Dah. Mak nak rehat kat bilik tu." Balas Hayati.
Aku menuju ke Kedai Kopi Wak Sukarjo. Aku dah janji nak jumpa dengan Pak Cik Adi kat sana. Ada benda sikit kami nak bincangkan. Sampai di kedai Wak Sukarjo. Aku lihat Pak Cik Adi sudah berada di situ. Memang tepati masa betul Pak Cik Adi ni. "Assalamualaikum Pak Cik". "Waalaikumusalam Dam. Jemput duduk." Kata Pak Cik Adi. Perbualan kami begitu rancak sehinggakan satu kedai kopi dapat mendengarnya. Mujurlah tiada pelanggan yang lain pada masa itu. Tiba-tiba Pak Cik Adi lekas bangun dari tempat duduknya sambil memandang ke arah jalan. "Eh tu Sudin tu! Kenapa terbaring kat tepi jalan?" kata Pak Cik Adi. Aku berpaling untuk melihat dengan lebih jelas. Ya. Kelihatan seorang gadis sedang berusaha untuk mengangkat orang tua yang tidak dapat berjalan.
"Mari Dam tolong Pak Cik" kata Pak Cik lekas berlari ke arah Atuk Sudin. Aku berlari mengerkorinya. "Kenapa dengan Atuk kamu ni Alya?" tanya Pak Cik Adi. Alya sedikit terkejut apabila melihat aku yang sedang berada di belakang Pak Cik Adi. "Atuk kata atuk sakit dada. Alya cuba nak bawak Atuk ke klinik. Tapi Alya tak dapat nak papah Atuk." Kata Alya. "Dam, cuba kamu check Sudin ni." kata Pak Cik Adi. Aku sedikit kekok seperti tidak pernah belajar ilmu perubatan.
"Maafkan Atuk Dam. Maafkan Atuk. Maafkan Atuk" bisik Atuk Sudin sambil batuk-batuk menarik nafas panjang. Aku tidak menghiraukan kata-kata Pak Cik Sudin. "Saya rasa kita kena bawa Atuk Sudin ke Klinik saya untuk pemeriksaan lanjut. Mari saya gendong Atuk Sudin." Aku gagahkan hati mendukung seorang orang tua yang pernah berbuat jahat kepada aku dulu. Aku buang perkara itu jauh jauh untuk mengikhlaskan diri menolongnya. Alya memandang aku dengan raut wajah yang serba salah.
Sampai di Klinik. Doktor di sana menguruskan pemeriksaan Atuk Sudin. Kami berada di ruang menunggu sementara Atuk Sudin diperiksa. Aku tidak dapat masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Berat sekali kaki ini untuk melangkah merawat seorang yang pernah mengherdik aku dahulu. Seorang yang pernah membenci arwah Ayah aku. Aku lihat di kerusi hadapan. Alya tunduk memandang lantai dengan wajah yang suram. Sepanjang perjalanan ke klinik Atuk Sudin mengulang perkataan 'Maafkan Atuk' ke telinga aku. Apa yang aku harus buat Tuhan? Aku berpura-pura kononya membenci Alya. Namun jauh dari sudut hati ini, Alya masih tersemat di hati. Aku lemas dalam lautan keegoan diri sendiri. Tuhan sudah mempertemukan aku dengan Alya. Namun aku pula yang mempertemukan diriku dengan keegoan diri sendiri.
"Bos, saya rasa pesakit ni masalah jantung. Saya rasa elok kita call hospital besar untuk ambil alih dari sini." Kata Doktor Arif yang bertugas pada hari itu. "Okay, kamu berusan dengan pewarisnya, ada kat kerusi hadapan tu." Kata aku. Atuk Sudin dihantar ke hospital besar untuk rawatan yang lebih lanjut. Kos pembiayan klinik aku yang akan tanggung. Perkara itu sudah Doktor Arif beritahu kepada Alya.
Sedang asyik aku bermain dengan gajet telefon pintarku, tiba-tiba Alya datang ke arah aku. Jantung aku mula berdegup kencang. 'Sindrom Alya'. Sudah lama aku tidak rasa. Bagai nak pecah jantung ini berdebar-debar. "Alya cuma nak ucapkan terima kasih kat Adam sebab tolong Atuk Alya tadi." Kata Alya. Ya Allah. Rindunya aku akan suara itu. Aku hanya mengangguk-angguk sambil memandang telefon aku seakan-akan aku tidak menghiraukannya.
****
"Mak cantik-cantik ni nak pergi mana? Nak berdating dengan sape pulak ni?" Usik aku. "Ish budak bertuah ni. Mak nak suruh kamu hantar Mak kat hospital besar sana. Nak melawat Sudin. Datuknya Alya. Mak dengar orang kat masjid kata dia masuk hospital sebab masalah jantung. Kamu tak tahu ke Dam?" tanya Mak Long. "Oh yeke? Adam baru tahu ni. Jom Adam hantarkan." Kata aku. Aku tidak mahu Mak tahu yang aku sebenarnya menolong Atuk Sudin semalam.
Sampai di simpang jalan kampung. Tiba-tiba Mak suruh memberhentikan kereta di hadapan perhentian bas. "Dam, berhenti! Berhenti!". "Kenapa ni Mak?" tanya aku. "Tu bukan Alya ke? Mesti dia nak pergi hospital melawat datuknya. Cepat pergi panggil dia. Kita tumpangkan dia ye Dam?" kata Mak. Aku hanya ikut sahaja. Tidak mahu membantah. Kelihatan Aisyah juga ada di samping Alya.
Aku berjalan ke arah perhentian bas. "Hai Aisyah! Ingat lagi Pak Cik tak?" tanya aku. "Eh, pak cik yang rumah besar tu, mesti la Ecah ingat hehehe" jawab si kecil tu. "Ecah cakap kat Mama Ecah tu, Mama Pak Cik suruh Mama Ecah naik kereta Pakcik sebab Mama Pak Cik tahu yang Mama Ecah nak ke Hospital." Kata aku. Budak itu termenung seketika. "Ooo Ecah dah faham. Mama jom la." Ajak Aisyah. Alya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda menolak. "Cakap kat Mama Ecah lagi, kalau Mama Ecah tak ikut, nanti Pak Cik yang kena marah dengan Mama Pak Cik." Ujarku. Setelah mendengar kata-kata aku. Alya dan anaknya ikut saja.
Mak dan Alya bersalam-salaman. Seperti sudah lama tidak berjumpa. Aisyah duduk di tempat bahagian hadapan. Mamanya duduk bersama Mak di bahagian belakang. Aku tidak menghiraukan perbualan mereka. Aku fokus akan pemanduan aku kerana aku tahu aku sedang bawa orang yang tersayang. (KORANG MESTI KELIRU KAN SIAPA ORANG YANG TERSAYANG TU. KONFEM LA MAK DIA HAHAHAHAHA)
"Aisyah nak pergi jalan-jalan tak dengan Pak Cik kat Bandar?" tanya aku. "Nak! Belanja Ecah Ais Krim satu!" jawab budak itu. Telatahnya membuatkan aku dan Mak tertawa kecil. Sampai di hospital, Mak dan Alya turun untuk melawat Atuk Sudin manakala aku dan Ecah pergi bersiar-siar di Bandar. Seronok dapat luangkan masa dengan Ecah. Rasa macam bersiar-siar dengan anak sendiri. Budaknya penuh sopan-santun. Baik budi pekerti. Membuatkan aku senang rapat dengannya.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.