Aku duduk termenung di jendela hospital menikmati angin malam. Segar sungguh. Memang sesuai untuk menenangkan fikiran. Aku berpaling ke arah katil pesakit tersebut. Masih lagi tiada perubahan. Hari hari aku berdoa agar keajaiban berlaku. Tuhan, tolong sembuhkan dia. 7 tahun sudah berlalu, Alya masih dalam keadaan koma. Aku menghirup kopi panas sambil mengeluh panjang. Kalau ikutkan, besok merupakan Hari Lahir Alya. Memang sudah lama aku nak sambut. Sejak zaman sekolah lagi tapi apakan daya tuhan menidakkan perancangan aku. Aku berhasrat hendak menyambut Hari Lahir Alya besok dengan Aisyah. Memandangkan esok hari minggu.
Aisyah kini dijaga oleh Mak dan Yati. Alhamdulillah Aisyah sudah aku anggap macam anak aku sendiri. Aku mengambil tanggungjawab ini sebagai tanda terima kasih kepada Alya kerana muncul dalam hidup aku.
"Adam, Mak nak balik dulu ye. Dah lewat ni. Tolong tengok-tengokkan Alya tu." Pesan Mak. "Baiklah Mak." Balas aku. Jam menunjukkan jam 11.30 malam. Aku mengambil Al Quran untuk dibaca di hadapan Alya. Itulah rutin seharian aku sepanjang aku menjaga Alya selama 7 tahun ini. Aku membaca surah Surah Al A'raf kerana apa yang aku belajar di Mesir dahulu surah ini mampu untuk menyembuhkan orang yang sedang koma.
Sedang aku membaca surah tersebut, aku tertidur. Kemungkinan badanku sudah letih untuk hari ini. Tiba-tiba, aku terdengar ada suara yang memanggil nama aku. "Adam! Adam!" jerit suara tersebut. Aku terjaga dari tidur. Kelihatan Alya masih lagi kaku tidak sedarkan diri. Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi. Aku kira rugi kalau tidak beribadat kepada tuhan memohon apa yang diingini kerana Tuhan telah memberikan kesempatan kepada aku untuk malam ini.
Aku menunaikan solat Tahajud dan solat Hajat memohon agar Alya dipersembuhkan. Memang! Memang betul kuasa Tuhan itu pasti! Seusai solat, aku terlihat tangan Alya terkapai-kapai seperti meminta tolong. Segera aku mendekatinya. Ya! Alya sudah sedar dari koma! Segera aku panggil jururawat yang bertugas pada malam itu. Kelihatan tubuh Alya masih longlai dan tidak mempunyai tenaga. Matanya asyik memandang wajah aku. "Alya, sabar ye. Adam dah panggil nurse datang. Alya kuatkan semangat" kata aku kepada Alya. Alya hanya mengangguk dalam keadaan lemah longlai. Alhamdulillah. Saat itulah saat yang paling aku tunggu-tunggu.
Aku memperhatikan Jururawat tersebut memberi rawatan kepada Alya. "Doktor Adam, saya rasa Alya sudah dalam keadaan stabil, Cuma dia perlukan sedikit masa untuk memulihkan tenaga dan urat sendinya kerana sudah lama tidak bergerak. Doktor Adam mesti tolong Alya untuk melembutkan kembali sendi-sendinya." Ujar jururawat tersebut. "Ye baiklah." Aku mengangguk. Memang sedikit janggal apabila jururawat pula yang banyak memesan kepada doktor tapi kita sebagai manusia jangan bongkak untuk menerima sesuatu ilmu daripada orang yang berada di bawah kita.
"Alya ada nak apa apa tak?' tanya aku. "Aisyah mana Adam?" tanya Alya. "Aisyah ada kat rumah. Mak dan Yati yang jaga. Besok dia datang. Alya jangan risau okay? Balas aku. Kelihatan Alya bernafas dalam keadaan tercungap-cungap. Mungkin banyak berfikir. "Alya, cuba Tarik nafas panjang. Kosongkan fikiran tu. Jangan banyak fikir sangat. Everything is under control" ujar aku.
"Alya cuma nak ucapkan terima kasih kepada Adam sebab sudah banyak berkorban untuk Alya jaga Aisyah dan keluarga Aisyah" beritahu Aisyah. Aku hanya tunduk tersenyum. "Alya" panggilku. "Ye Adam? Ada apa?" tanya Alya. "Happy Birthday, Alya. Dah bertahun Adam tunggu saat ini nak ucap kat Alya. Esok Adam bagi Hadiah kay?" beritahu aku. "Terima kasih. Alya tak perlukan hadiah itu semua. Cukuplah dengan pengorbanan Adam selama ni." balas Alya.
Aku keluar daripada bilik tersebut untuk memberisedikit privasi kepada Alya. Mungkin dia tidak selesa aku berada di situ. Akududuk di kerusi koridor sambil memerhati keadaan sekeliling. Terdetik juga dihati, bilalah aku nak sampaikan hasrat aku ini kepada Alya. Mungkin masa masihlagi tidak sesuai. Aku mengeluarkan telefon dan menghantar mesej kepada semua ahlikeluarga aku bahawa Alya telah sedar daripada koma. Aku pasti mereka jugagembira mendengar berita ini. Tidak dapat aku bayangkan nanti wajah Aisyahapabila dia melihat ibunya sudah sembuh.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.