Bab 4: Rantai Basikal

1.2K 14 0
                                    

18 februari, 2003. "Adam. Nanti ikut Pak Cik yea ke kebun. Kat tepi kebun tu Pakcik ada bela ikan Patin dan Ikan keli di kolam. Boleh la Adam tolong bagi ikan-ikan tu makan sementara Pak Cik nak kutip pisang yang dah cukup masak untuk dijual." Kata Pakcik Hamid. "Baiklah Pak Cik." Jawabku. Bagi aku, daripada duduk di rumah baik aku ke kebun Pak Cik. Dapatlah jugak tengok keindahan suasana kampung. Budak Bandar macam aku ni pasti kekok melakukan kerja kerja kampung. Tapi tidak apa la. Aku cuba saja. Sampai bila hendak berada di takuk yang sama.

"Kamu ambil perut ayam ni. Kamu bagi kat ikan keli sana."arah Pak Cik. Aku mengambil sebaldi perut ayam yang diperoleh di kedai ayam mentah Pak Adi. Bau aromanya yang busuk menusuk ke hidungku. Bagai hidungku dirobek oleh gerudi sampai hancur terburai. Namun aku tahan saja. Kalau mengeluh, nanti dicop "dasar budak Bandar". Aku lempar perut ayam tersebut ke kolam. Ikan keli tersebut berebut-rebut perut ayam itu. Bagaikan buaya yang menerkam ayam. Air kolam yang busuk terpercik ke arah ku kerana ikan keli itu bergelut sesama sendiri di dalam kolam untuk mendapatkan makanan. "aaah"jeritku kerana terkejut terkena air busuk tersebut. "hahaha, Adam okay ke?" sahut Pak Cik Hamid sambil ketawa kecil melihat gelagatku yang tidak biasa melakukan pekerjaan ini. "Okay Pak Cik. Lama-lama okayla ni."jawabku spontan sambil menahan malu.

Tiba-tiba ada seorang gadis bertudung labuh menuntun basikalnya di tepi kebun Pak Cik Hamid. "Kenapa tu Alya?"tegur Pak Cik Hamid. "Alyaaaa? Gadis semalam yang aku dan Yati terserempak tu?" Bisik hatiku yang mula gelisah. "Rantai basikal Alya tercabut kot Pak Cik." Jawab Alya. Raut wajahnya jelas kelihatan bahawa dia sedang dirundung oleh masalah. "Oh, kalau begitu, biar si Adam ni tolong baiki." kata Pak Cik Hamid. "Eh Pakcik Hamid ni. tiba-tiba aku pulak yang kena." Bisik hatiku. "Eh. Takpe la Pak Cik. Rumah Alya dah dekat ni"tolak alya kerana tidak mahu menyusah-nyusahkan orang lain. "Takpe. Adam tu lelaki. Pandai la dia baiki." Kata Pak Cik Hamid.

Aku berjalan ke arah Alya. Aku tongkatkan basikalnya agar tidak jatuh. Walaupun jantungku berdegup kencang tetapi aku dapat berhadapan dengan gadis itu. Entah semangat apa lah yang merasuk diri ini. Aku masukkan rantai basikal itu dalam gigi basikal yang tersedia. Lalu aku putarkan pengayuh basikal agar rantai masuk dengan lebih kemas. Akhirnya siap. "Nah Alya. Dah okay kot." Kata aku dengan nada yang rendah. "Habis hitam tangan Adam terkena minyak rantai basikal. Takpe ke ni?" Jawab Alya kebimbangan dengan keadaanku. "Takpe. Minyak ni kalau basuh dengan sabun, hilang la tu. Balik la alya, nanti risau pulak Atuk Sudin."balasku sambil mengukir senyuman. "Terima kasih Pak Cik Hamid dan Adam sebab sudi tolong Alya." kata Alya sambil tersenyum.

Alya berlalu pergi. Kadar degupan jantungku kembali normal. "Alya tu bagus budaknya. Dia membesar depan mata Pak Cik ni. Dari kecil tak pernah buat masalah. Soal agama tidak pernah luntur dalam dirinya"kata Pak Cik Hamid. Sudah aku pasti. Masakan gadis bertudung lebuh, bercakap dengan nada yang lemah lembut dan berbudi bahasa itu mempunyai latar belakang yang buruk. Bermula pada waktu itu, Aku sedikit menyimpan perasaan terhadap Alya kerana terpegun dengan keindahan personaliti dirinya. Tetapi, tidak berani hendak ku katakan kepadanya kerana hubungan aku dengan datuknya masih lagi dingin. Kerana Ayahku dituduh kerana merogol anaknya. Aku ada juga mendengar suara orang-orang kampung bahawa mereka sendiri tidak percaya bahawa ayahku merogol si Leha tu. Orang kampung kenal sangat dengan perangai si Leha tu. Mulai haritu itu, aku sedikit selesa tinggal di kampung itu.


Sucikan AkuWhere stories live. Discover now