Aku duduk di tepi kolam sambil menghirup secawan teh yang dibuat oleh bibik Su. "Ahh lega rasanya" monolog diriku. Memang terasa lega bila dapat menghirup secawan teh panas di bawah lembayung bulan sebegini. Tiba-tiba Mak datang ke arah aku sambil membawa sepotong kek pisang yang dibuat olehnya petang tadi. Mak tahu aku sangat suka akan kek pisangnya. Aku tersenyum melihat mak berjalan ke arah aku. "Untuk Adam ke tu?" usik aku. "Ye la. Untuk siapa lagi kat rumah ni. Kalau la ada cucu ke menantu ke tak la sunyi sikit rumah ni" ujar Mak. Aku tersedak ketika ingin menghirup teh tersebut.
Seperti ada maksud tersirat yang aku harus belek dengan rapi agar menemui maksudnya. "Mak nak cakap sikit ni. boleh?" tanya Mak. Alamak. Ni mesti soal kahwin. Mak dari dulu suruh aku cepat kahwin. "Haritu masa mak melawat Si Sudin. Dia cakap dia nak minta maaf dengan kamu Dam. Dia nak jumpa kamu. Dia cakap dia menyesal atas perbuatannya. Maafkanlah si Sudin tu. Benda dah lepas dah Dam" Ujar Mak. Aku menarik nafas dalam dalam. Cuba menenangkan apa yang menyerabutkan kepala. "Baiklah Mak. Adam akan maafkan Atuk Sudin" balasku dengan nada suara yang rendah.
"Alhamdulillah. Mak tahu hati budi kamu Adam. Mak ada satu permintaan daripada kamu. Permintaan daripada Mak dan Atuk Sudin" kata Mak. "Hah, permintaan apa Mak?" tanya aku. "Mak dan Atuk Sudin telah bersetuju untuk kahwinkan kamu dengan Alya. Amat besar harapan kami atas permintaan ini. Jika kamu setuju untuk menikahi Alya. Tertunailah segala gelumang yang berada di hati." Ujar Mak. Permintaan Mak itu agak keterlaluan. Aku tidak bisa menunaikannya. Alya itu janda. Janda daripada orang lain yang tidak aku kenali latar belakangnya. Apa yang harus aku beritahu Mak untuk menolak permintaan dia dan Atuk Sudin.
"Macam ini lah Mak. Saya tidak boleh menunaikan permintaan Mak dan Atuk Sudin tetapi saya sanggup melakukan satu hal demi nasib mereka. Saya akan ambil Alya bekerja sebagai pembantu rumah di sini dan dia akan tinggal di rumah belakang bersama bibik Su. Kos perbelanjaan anaknya, Aisyah akan saya tanggung. Saya akan membeli semula tanah milik Atuk Sudin yang dijual oleh bekas menantunya dan membina rumah di sana seperti sebelum ini. Itu saja yang saya mampu lakukan, Mak" ujarku menyusun ayat agar tidak terguris hati Mak.
"Baiklah Adam, jika kamu fikir wang boleh membahagiakan semua orang, terserahlah. Mak tidak akan membantah. Kerana ini soal jodoh kamu" kata Mak. Mak beredar memasuki rumah. Aku tahu mak sebenarnya kecewa dengan aku.
Betul juga kata mak sebenarnya, kebahagian itu tidak boleh dibeli dengan wang yang banyak tetapi kebahagian itu sebenarnya lahir daripada kepuasan hati meronta-ronta gembira. Pada malam itu, aku langsung tidak dapat melelapkan mata. Fikiran sibuk memikirkan hal tadi.
Jam menunjukkan pukul 11.45 malam. Oleh kerana mata tidak bisa ditutup. Aku mengambil keputusan untuk meronda-ronda kampung ini. Aku memanaskan enjin motorku di halaman rumah. Kelihatan bibik Su keluar. "Kok encik Adam mahu ke mana ya malam malama begini?" tanya bibik Su. "Saya mahu keluar sebentar, ada urusan." Balasku.
Aku menunggang motor ke sekeliling kampung. Kelihatan kedai kopi Wak Sukarjo masih meriah kerana Pak Cik Pak Cik gemar berbual disitu hingga lewat malam. Aku enggan memberhentikan motor di kedai Wak Sukarjo kerana risau diajak berbual oleh Pak Cik Pak Cik kerana kepala aku masih serabut. Mentaliti orang kampung disini, jika kamu seorang dato' atau doktor. Mereka akan mengiyakan saja percakapan kamu tanpa membantah sedikit pun kerana mereka fikir kamu itu benar benar betul.
Aku dibawa oleh motorsikal hingga ke hujung kampung. Dari jauh aku lihat pondok usang itu. Lampunya masih terbuka. Mungkin penghuninya masih tidak tidur. Aku memberhentikan motorku dan parkir di tepi pokok. Aku berjalan menuju ke pintu rumah itu secara perlahan-lahan agar tidak di dengari oleh penghuninya.
"Mama, Ecah nak patung Barbie macam kawan Ecah tu. Boleh mama belikan?" kedengaran suara budak memecah kesunyian sambil bau kuih menguasai halaman rumah tersebut. "InshaAllah Ecah, nanti Mama dapat jual kuih ni, Mama belikan kamu patung tu ye" balas Alya. "Yeay Mama nak belikan!" Aisyah jerit kegembiraan.
Terdetik satu kata kata yang hinggap di kepala aku sebentar tadi. 'Wang bukan segalanya'. Alya yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pun boleh bahagia bersama anaknya. Tuhan, tunjukkan aku di mana harus aku cari kebahagian aku.
Aku mengeluarkan sekeping not 50 ringgit dan dimasukkan ke dalam sampul. Aku selitkan sampul tersebut di bawah celah pintu rumahnya. Dan aku ketuk sebanyak 3 kali. Lalu aku cepat-cepat beredar daripada situ. Aku berharap duit itu sedikit sebanyak membantu Alya dan anaknya. Aku lihat dari jauh, Alya membuka pintu rumahnya dan ternampak sampul yang aku selitkan tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/94168974-288-k655079.jpg)
YOU ARE READING
Sucikan Aku
Storie d'amoreJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.