Aku dan pengurus peribadi aku, Zin menghabiskan masa selama seminggu di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Alhamdulillah perniagaan aku semakin maju. Rezeki daripada Tuhan wajib kita mohon. Jangan sombong dengan manusia apatah lagi Tuhan kita. Jam menunjukkan jam 3 petang. Sepatutnya aku ada temujanji dengan seorang lembaga pengarah di café ini. Akan tetapi, dia tidak muncul-muncul. Sudah menjadi tabiat aku suka memerhati keadaan sekeliling. Kadang-kadang banyak pengajaran terus yang kita boleh ambil.
Aku terdengar suara seorang ibu sedang membebel kepada anaknya kerana keputusan peperiksaan anak kurang memuaskan. "Mak dah cakap kat kau dulu, suruh belajar taknak belajar. Tengok anak Mak Cik Zainon tu, semua A. Kau tak malu ke dengan anak Mak Cik Zainon tu?" tengking ibunya. Anaknya hanya menunduk terkelu tanpa bicara. Raut wajahnya memaparkan kekecewaan kerana ibunya sering memperbandingkan dia dengan anak orang lain. Sedang asyik aku memerhati mereka. Aku teringat satu puisi yang ditulis oleh sasterawan muzikal tanah air bertajuk "Orang".
Orang.
Apa ditimang anaknya orang
Benih sendiri disindir-sindir
Apa dimenang bagusnya orang
Hendak berdiri diusir-usir
Asal terpuas bahgianya orang
Biar terbunuh nyawa di badan
Demi dilekas hendaknya orang
Biar tak penuh hajat di rawan.Begitulah puisinya. Sungguh mendalam maknanya. Aku bersyukur kerana aku tidak melalui semua itu. "Dam, aku rasa klien kita ada hal lain kot. Dah sejam dah kita tunggu. Aku cancel okay?" tanya Zin. "Haa okay jugak tu." Balasku. Aku dan Zin keluar dari café tersebut. Kami menuju ke tempat parkir kereta di hadapan bangunan tersebut. Datang seorang wanita, rambutnya kusut masai, baju bercompang camping, cengkung pipinya, meminta aku untuk memberikannya wang. Dia membuat isyarat 'Nak Makan'. Aku mengangguk anggukan kepala aku tanda faham. Aku mengeluarkan not 10 ringgit dan aku hulurkan kepadanya.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Wajah perempuan ini seperti biasa aku lihat. Wanita inilah yang pernah menuduh ayahku merogolnya beberapa tahun yang lalu. "Ini Mak Cik Leha!" jerit aku. Apabila wanita tersebut mendengar aku memanggil namanya. Dia terus lari. Aku dan Zin mengejarnya. Aku menyuruh Zin mengepung perempuan itu di belakang bangunan tersebut. Dengan izin Tuhan aku berjaya mengejar Mak Cik Leha. Dia kemungkinan mengalami gangguan atma. Aku tidak tahu sebabnya tetapi aku cuba memujuk Mak Cik Leha untuk ikut aku ke hospital untuk rawatan.
"Dam, setelah aku check. Perempuan yang kau bawak ni ada masalah tekanan mental. Kondisinya buat masa sekarang stabil tetapi hilang kewarasan akal untuk berfikir." Kata doktor Afiq, sahabat aku semasa aku menjadi doktor di hospital tersebut. "Oh, taka pa lah. Aku bawak balik dan aku akan rawatnya di rumah aku." Kata aku tanpa berfikir panjang.
Perempuan itu memanggil aku dengan nama Yusuf, nama arwah ayahku. Dia menangis-nangis meminta maaf kepada aku. "Abang Yusuf! Leha janji leha tak buat semua tu, maafkan leha!" katanya. Semasa perjalanan kami ke kampung. Dia asyik meracau-racau dalam tidurnya. Aku sempat menggajikan seorang jururawat untuk ikut kami ke kampung bagi menjaga Mak Cik Leha.
Setelah beberapa jam berlalu, kami tiba di destinasi. Aku melihat dari dalam tingkap cermin kereta, kelihatan Atuk Sudin sedang menyiram pokok di laman sementara yang lain sedang meluangkan masa di halaman rumah. "Mama! Pak Cik Adam dah balik!" jerit suara kecil itu. Aisyah berlari ke arah aku. Rindu benar aku dengan telatahnya. Mereka juga menghampiri aku untuk menyambut kepulangan aku. "Mak, Adam ada bawak balik seseorang. Ada dalam kereta tu. Tak nak turun. Nanti Adam pujuk dia" kata aku. Alya sedikit terkejut apabila aku berkata sedemikian. Aku pasti dia mesti fikir aku membawa pulang calon isteri. "Jom ikut abang Yusuf masuk rumah. Ada banyak coklat kat sana" aku memimpin Mak Cik Leha keluar dari perut kereta dibantu oleh jururawat tadi.
"Allah!" terduduk Atuk Sudin di atas bumi kerana terkejut aku membawa pulang anaknya dalam keadaan sedemikian. Aku juga melihat Alya menangis tersesak-esak kerana tidak dapat menahan kesedihan. Atuk Sudin dan Alya memeluk Mak Cik Leha membuatkan Mak Cik Leha terpinga-pinga. Mak datang ke arah aku dan menggosok-gosok belakangku lalu mengucapkan "Mak bangga dengan Adam" sambil tersenyum berkacakan air mata. Aku tersenyum melihat mak gembira.
Setelah kami masuk ke dalam rumah, aku menceritakan hal sebenar kepada Atuk Sudin dan yang lain tentang bagaimana keadaan Mak Cik Leha dan bagaimana aku bertemu dengannya. "Biarlah saya dan jururawat saya yang menjaga Mak Cik Leha. Atuk Sudin jangan lah risau." ujarku.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomansaJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.