Bab 19: Hati Perut !

497 11 1
                                    

"Dam, kenapa ana tengok anta ni daripada tadi lagi termenung tengok surat tu. Ada apa kat surat tu? Biasanya anta tersenyum je baca surat dari kampung anta. Tapi kenapa harini nampak muram je Dam? Kalau anta ada masalah, kongsi dengan kami semua. Kita kan bakal doktor Dam. Psikologi pun kita belajar." Kata Faiz. Yang lain mengangguk tanda setuju. Berat sebenarnya hati aku nak cerita kat mereka tentang masalah aku ini. Namun, selagi aku tak luahkan, rasa macam hati ini menanggung beban yang berat bertan tan.

Langsir bergerak ditiup angin menyamankan suasana di dalam rumah kami. Aku menerangkan kepada mereka tentang situasi aku sekarang. Mereka terus terkejut apabila mereka tahu yang gadis aku minati di Malaysia sudah berkahwin dengan orang lain. Semua menggeleng-gelengkan kepala.

"Sabarlah Dam, mungkin Tuhan nak bagi yang lebih baik kat anta," kata Walid. "Ana setuju dengan kau Lid, percaturan Tuhan tu ada hikmahnya yang kita taktahu" tambah Raiqal. "Ana rasa macam satu permata yang ana simpan tu hilang dicuri orang" balasku. "Eh janganlah kata macam tu, percaturan Tuhan tu sempurna Dam. Panjang lagi ujian Tuhan untuk kita tempuhi. Teruslah istiqomah. Jangan pertuhankan manusia yang kita sayang" ujar Faiz.

Ya. Ada betulnya juga kata Faiz dan kawan-kawan yang lain. Mereka selalu ada ketika aku susah dan senang. Aku yakin hubungan kami sudah macam saudara sendiri. Mana taknya. Duduk serumah. Apa yang dimakan. Kenyang bersama. Tiada makanan. Lapar bersama.

Jujur aku katakan, aku sebenarnya cemburu dengan kebahagian yang dimiliki oleh Faiz dan isterinya yang berkahwin di usia muda. Tambah-tambah lagi Faiz ni romantik orangnya. Selalu buat isterinya gembira walaupun jarang bertemu. Aku yakin, Alya juga bahagia bersama suaminya. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk berundur sahaja. Cukuplah hati ini sahaja yang menyimpan perasaan kerana ia tidak boleh dibuang begitu saja. Susah. Sangat susah.

Malam itu kami tidur awal kerana esoknya kami ada kelas pada waktu pagi. Risau takut-takut tertidur dan tidak berjemaah di surau untuk solat subuh. Di sini, waktu subuhnya sudah macam solat hari raya di Malaysia. Aku selalu berdoa agar suasana ini wujud di Malaysia.

****************

"Dam, Pakcik nak kamu panggil Mak Long kamu 'Mak' dan Yati tu 'Adik'. Jagalah mereka seperti keluarga kamu sendiri. Pakcik nak pergi jauh. Jauh dari sini" tiba –tiba ada satu goncangan di bahagian kaki aku. "Dam bangun Dam, dah Zohor ni." kata Faiz. Allah. Rupa-rupanya aku bermimpi tentang Pak Cik Hamid tadi. Aku terus membasuh muka dan mengambil wudhuk. Sudah 6 bulan aku tidak bertemunya. Kali terakhir kami berjumpa di lapangan terbang Jeddah. Aku sangat rindukan Mak Long dan yang lain.

Aku mengenakan jubah putih dan kopiah putih sebelum berangkat ke Masjid. Sampai di masjid aku melihat agensi yang menguruskan pelajar dari Malaysia sedang berbincang sesuatu di sudut belakang. Aku tidak menghiraukan mereka. Mungkin mereka sedang merencanakan aktiviti pelajar. Aku terus solat zohor berjemaah bersama Jemaah lain.

Sesudah solat, seorang pemuda dari agensi pengurusan Malaysia datang menghampiriku. Kami bersalaman dan perbualan kami berlangsung dalam bahasa arab. Aku layankan saja. "Ana ada satu perkara untuk beritahu kepada anta. Ana harap anta dapat bersabar dan tabah dengan berita ini. Kami daripada pihak agensi mendapat telegram terus dari Malaysia pada pukul 11 tadi. Telegram itu dihantar oleh ibu saudara anta." Katanya. Kenapa Maklong hantar telegram ni? bisik hatiku.

"Bapa saudara anta, Hamid bin Rosli telah meninggal pada pagi tadi kerana kegagalan buah pinggang dan paru paru berair." Kata pemuda itu. Aku terdiam seketika setelah mendengar berita itu. Jantung berdegup kencang. Air mata jatuh membasahi pipi. Pemuda tadi menggosok-gosok di belakangku sambil menyuruhku beristighfar. Kenapa cepat sangat? "Tolong uruskan tiket penerbangan ana ke Malaysia pada hari ini. Ana mahu pulang ke Malaysia. Dan tolong uruskan cuti ana dalam seminggu. Ana akan pulang ke sini selepas seminggu." Kata aku sambil menahan air mata daripada jatuh.

Sucikan AkuWhere stories live. Discover now