Bab 22: Kenduri

508 10 0
                                    

"Assalamualaikum semua Jemaah masjid. Nama saya Adam. Anak saudara arwah Pak Cik Hamid. Saya pemilik Klinik Adam. InshaAllah esok lepas zohor saya ada buat kenduri kesyukuran sedikit kat rumah saya. Rumah saya kat rumah arwah Pak Cik Hamid. Jadi saya berharap semua penduduk kampung dapat hadir memeriahkan majlis" kata aku menggunakan alat pembesar suara masjid. Aku lihat semua Jemaah berbisik sesame mereka sendiri. Ada yang ragu-ragu untuk menegur aku. Mungkin rupa aku mereka tak cam kot.

Aku bersalaman dengan Tok Imam. Masih sihat beliau. Gagah mengerjakan ibadat. Walaupun gaji tidak seberapa. Namun tetap patuh akan tanggungjawab yang diberi. Aku masih tercari-cari. Kot-kotlah terjumpa kekasih hati. Aku sendiri pun tidak mengerti. Akan gelumang isi hati. Mulut kata benci. Hati kata mari. Seperti ada sesuatu sudut yang sudah disewa oleh keegoan diri sendiri. Mengajak agar benci-membenci.

Aku berbual dengan pengurus aku, Zin. Juga seorang doktor. Namun lebih selesa bekerja sebagai pengurus aku. Orang yang paling aku percayai untuk memegang saham dan amanah syarikat jika aku kesibukan di luar negara. Kami kenal dalam 2 tahun. Beliaulah yang banyak membantu aku dan keluarga aku sehingga aku menjadi seorang jutawan. "Zin, kanopi untuk esok dah pasang ke belum? Artis jemputan tu macam mana?" tanya aku. "Rilek Dam, semua sudah beres maa. Ini Zin lah. Pakar dalam urus mengurus." Balasnya selamba.

Sampai di rumah. Aku lihat kanopi sudah siap di pasang. Wah tangkas betul kerja si Zin ni. Tak perlu suruh banyak banyak. Kelihatan pekerja sedang bergotong royong mengemas laman rumah aku. Seperti tak sanggup aku lihat orang-orang tua bekerja sedemikian kerana Pak Cik Hamid dulu pun kerja di kebun mengerah keringat. "Pak Cik , Mak Cik. Marilah minum air dulu. Rehat-rehat dulu." Ajak aku. Pada mulanya, mereka mahu menolak. Mungkin segan. Namun setelah beberapa kali diajak. Mereka akur.

************

Majlis nan berlangung berjalan dengan lancar. Penduduk kampung terhibur dengan persembahan artis jemputan sambil menjamu selera. Ibarat pada hari itu merupakan hari festival di kampung itu. "Hey kamu Aisyah! Pergi balik! Kenapa datang sini tak pakai selipar?" bentak seorang pemuda kepada seorang kanak-kanak perempuan yang mahu mengambil gula-gula di tempat yang disediakan. Semua orang terdiam apabila pakcik tersebut mengherdik budak itu. Kelihatan budak perempuan itu menangis. Aku berlari ke arah budak perempuan itu. "Kenapa ni bang marah budak ni?" tanya aku. "Ni budak ni selalu je buat kacau kat majlis orang." Jawab lelaki itu. "Kan saya jemput semua penduduk kampung untuk hadir. Budak ini berhak untuk datang." Jawab aku.

Aku mendukung budak itu lalu aku bawa ke dalam rumah. "Adik lapar ke?" tanya aku. Budak itu mengangguk saja sambil mengelap air matanya. Aku lihat budak ini sedikit comot. Bajunya lusuh. Compang camping di sini sana. "Bibik Su. Mandikan budak ni dan gantikan baju budak ni yang bagus-bagus" suruh aku. "Lepas mandi kita makan okay?" tambahku lagi. Budak tadi mengikut bibik Su untuk mandi di tingkat atas. Seperti pernah aku lihat budak perempuan ini. Kalau tidak silap, di kedai runcit Man Tompok. Kulitnya putih. Mukanya ada iras-iras orang yang aku kenal.

"Dah siap? Jom ikut Pak Cik pergi makan." Kata aku setelah budak perempuan itu siap disental oleh bibik Su. Pakaiannya digantikan dengan baju kurung kanak-kanak. Aku duduk dengannya di satu meja ditepi kolam renang. Budak itu asyik memandang kolam itu. Seakan-akan tidak pernah mandi kolam. "Nak mandi kat sini?" tanya aku. "Nak" jawabnya. Seakan dia mahu berbual dengan lebih lanjut denganku. "Nama adik ni sape? Umur berapa?Tinggal kat mana? Ayah dengan Mak adik tak datang sekali ke?"tanya aku. "Nama saya Aisyah je. Umur 5 tahun. Ecah tinggal kat hujung kampung. Pondok kecil je. Mama tak datang sebab jaga Atok." Jawabnya. Hujung kampung? Pondok? Takkan la Alya dah ada anak? "Mama nama apa? Kenapa tak datang dengan ayah?"tanya aku. "Ecah lupa la nama mama Ecah. Heheh. Ayah Ecah takde. Ecah takde ayah." Jawabnya sambil makan ayam goreng bahagian peha.

Aku membiarkan Aisyah makan sehingga selesai. Begitu selera nampaknya dia makan. Mungkin lapar agaknya. "Pak Cik, Ecah dah siap. Ecah nak balik dah ni. Terima kasih Pak Cik sebab bagi Ecah makan." Kata Aisyah. "Eh, nak balik dah. Taknak tido sini ke? Boleh mandi kolam." Ujarku. "Tak boleh, nanti Mama Ecah marah." Jawab Aisyah. "Ooo. Okay-okay. Kalau Ecah nak mandi kolam ni. Datang je rumah pak cik. Kirim salam tau kat Mama Ecah. Nah. Bagi mangkuk tingkat ni kat Mama dan Atuk Ecah. Nanti Pak Cik Zin akan hantar Ecah." Kata aku. Budak itu memasuki ke dalam perut kereta untuk dihantar ke rumahnya. Masih tertanya-tanya di dalam hati. Apa itu benar-benar anak Alya ke?

Sucikan AkuWhere stories live. Discover now