Semasa aku berada di kedai ayam mentah Pak Cik Adi kerana Pak Cik Hamid menyuruhku untuk mengambil sisa perut ayam. Aku ternampak seorang perempuan berbaju ketat berseluar jeans dengan bagasi yang besar ditariknya ke kedai Pak Cik Adi. "Pak Cik Adi, boleh tak Leha pinjam telefon ni. Nak call Ayah la kejap" kata perempuan itu. "Oh kamu Leha. Lama pak cik tak nampak. Nah pakai lah telefon tu."jawab Pak Adi. Leha? Orang yang pernah suka akan ayah dan menuduh ayah merogolnya? Mungkin Leha yang lain kot. Tiba-tiba Aku terdengar perbualan mereka di telefon."Ayah Leha kat kedai pak Adi ni. Datang jemput Leha kat sini eh?"kata perempuan itu. Dia hanya mengerling tanda menyampah apabila melihatku.
Setelah 5 minit berlalu. Datang Atuk Sudin dengan kereta saga buruknya. "Haa masuk lah Leha. Letak beg kamu kat belakang."kata Atuk Sudin. "Sah. Itulah Leha yang Maklong cakap tu" Bisik hatiku. Kenapa baru sekarang dia baru muncul? Apakah pekerjaan dia? Atuk Sudin memandangku dengan raut wajah yang bengis. Aku hanya terdiam sahaja.
"Nah Adam. Nanti kirim salam kat Pak Cik kamu." Kata Pak Adi. "Baiklah Pak Adi. Tadi tu Leha anak Atuk Sudin ke Pak Cik?" tanyaku. "Ya. Perangai budak tu memang pelik sedikit. Dia la yang tuduh ayah kamu merogolnya. Tetapi orang kampung tidak percaya kerana kami kenal sangat dengan perangai Ayah kamu tu. Baik orangnya." Balas Pak Adi. Aku mengangkat baldi yang sarat dengan perut ayam dan menuju ke kolam ikan keli Pak Cik Hamid. Walaupun perut ayam tersebut busuk. Aku bisa menahannya. Mungkin hidungku sudah lali dengan bau ini.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.