Pada hari itu, aku mahu ke pasar untuk membeli barang dapur. Aku mengambil langkah untuk berjalan sahaja kerana malu terhadap Adam untuk menghantarku ke pasar. Tiba di persimpangan, aku terlupa bahawa dompet yang berada di atas katil tadi aku lupa bawa. Terpaksalah aku patah balik ke rumah kerana duit yang diberikan oleh Mak Long ada dalam dompet itu. Sampai di rumah, aku memasuki rumah menggunakan pintu belakang kerana risau perbualan Adam dan datukku terganggu. Sedang aku cuba mencapai dompetku aku terdengar perbualan mereka. "Pak Cik nak ucapkan terima kasih kepada Adam kerana telah banyak berkorban untuk keluarga Pak Cik. Tetapi bukan itu yang Pak Cik pinta. Kalau hendak digadai nyawa dengan permintaan Pak Cik ini pun Pak Cik sanggup melakukannya. Sungguh besar harapan Pak Cik terhadap permintaan ini. Beberapa bulan yang lalu Pak Cik telah minta benda yang sama kepada kamu. Namun gagal. Tetapi hari ini Pak Cik ingin mencuba nasib sekali lagi dengan kamu Adam." Kata Datuk.
"Bukan saya tidak mahu, tetapi luka di hati masih terasa. Seolah-olah koyakkannya masih berbisa. Saya cuba menghilangkannya namun tidak berupaya. Bukan saya tidak cuba, melihat telatah Alya dan anaknya membuat hati saya tergoda. Namun kisah lama datang merobek kembali agar ditunda. Bukan saya tidak cuba, saya jemput keluarga pak cik ke rumah saya agar hari hari saya boleh melihat mereka. Namun ego di hati masih gagah perkasa. Pantang lelaki makan sisa. Alya bukan tunang saya, ahli keluarga saya, isteri saya tetapi janda daripada seorang penagih dadah berjasa. Dulu saya dibuang katanya saya ini anak kepada seorang rakus nafsunya. Namun saya berjaya menghilangkan rasa dendam tersebut apabila Tuhan menunjukkan jalannya yang Esa kepada saya. Berikan saya sedikit masa untuk fikirkannya. Mungkin 2 tahun 3 tahun malah bertahun tahun. Saya harap Pak Cik dapat menerima keputusan saya" kata Adam.
Aku terkelu mendengar kata-kata Adam. Aku tidak dapat menahan kesedihan. Aku terus meluru keluar daripada rumah tersebut kerana risau mereka akan perasan kehadiranku di situ. Tanpa melihat kerakusan jalan raya. Sebuah lori melanggar tubuhku sehingga melayang entah ke mana. Aku gelap. Tidak dapat mendengar tidak dapat berkata. Aku rasa ajal telah menjemputku. Mungkin di sini sajalah hayatku. Akan tetapi aku risau kalau kalau aisyah tidak boleh hidup tanpa aku. Seperti satu renjatan elektrik hinggap ke dada aku membuatkan aku kembali bersemangat namun tidak boleh membuka mata atau berkata-kata.
***********
Sudah 18 hari Alya koma. Sejak daripada insiden itu, hari-hari aku datang menemaninya di hospital. Aku duduk di sisinya. Merenung wajahnya yang masih menutup mata. "Alya, awak harus kuat. Awak harus kuat kerana Aisyah masih perlukan awak. Alya, awak harus kuat, saya masih memerlukan awak. Awak cinta hati saya yang pertama dan terakhir. Saya ingin memohon maaf jika menolak awak. Saya janji nanti awak dah sedar kita bina keluarga baru kita okay? Saya janji saya akan bahagiakan awak. Alya, tolonglah sedar. Awaklah pucuk semangat saya." Bisik aku ke telinganya. Air mata terus mengalir di pipi aku. Aku tahu Alya mendengar kata-kata aku. Orang yang koma mampu mendengar keadaan di sekelilingnya. Aku menyelimutkan Alya dan keluar daripada wad tersebut.
Aku duduk di ruang menunggu. Mengelap sisa air mata penyesalan. Kelihatan Hayati datang menghampiri aku. "Nah air." Kata Hayati. "Terima kasih Hayati" ucapku. "Benarlah orang kata, rezeki bila di depan mata , mahu saja menolak. Jika jauh mahu saja mencari. Sudah tiada baru terkial-kial mencari. Dulu ada tak mahu menghargai. Abang fikir-fikirkanlah." Kata Hayati.
Aku merenung sendirian sambil kepala penuh kerungsingan. Terkesan daripada ayat Hayati.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.