Aku merenung jauh di tingkap bilikku pada malam itu. Tiba-tiba terdengar pintu bilikku diketuk. "Abang Adam, boleh Yati masuk? Terdengar suara Yati di luar bilik. "yea jemputlah masuk"balasku. "Mungkin si Yati ni nak tanya soalan berkaitan matapelajaran kot" fikirku. "Ni Kak Alya bagi. Sorok sikit. Nanti Mak tahu. Dengan Yati sekali kena bebel."kata Yati sambil menghulurkan kertas kecil. Kertas yang aku nampak semasa ditulis oleh Alya tengah hari tadi. 'Sindrom Alya' menyerang lagi. Ada saja onar yang dilakukan oleh perasaanku ini. Aku membuka surat tersebut setelah Yati keluar dari bilikku.
Terima Kasih Adam kerana telah menolong saya kat kebun Pak Cik Hamid tempoh hari. Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya berikan. Dan sekali lagi saya ingin berterima kasih kerana telah menolong saya mengajar Hayati. Sebenarnya saya tidak berani untuk menghantar surat kepada awak. Tetapi terlalu besar budi Adam kepada saya menyebabkan saya patut menulis surat ini untuk berterima kasih. Saya tidak berani untuk bercakap di hadapan awak, Adam . Mungkin saya tidak dapat melawan perasaan malu saya ini dihadapan awak. Maafkan jika saya telah mengguris hati awak kerana tidak bercakap dengan awak, Adam.
Hendak saja badanku berterbangan seperti cerita Mukhsin dimana lelaki tersebut berterbangan ke udara setelah dicium kekasihnya. Hati ini berteriak keriangan. Seperti aku telah menang piala bola sepak dunia. Namun aku tahan perasaan itu kerana risau Mak Long akan perasan dengan tingkah laku aku yang pelik.
Malam itu, sehingga termimpi-mimpi wajah Alya yang singgah dimimpiku. Kata orang tua-tua, kalau wajahnya singgah dimimpi kita, itu menandakan dia juga merindukan diri kita. Hehehehehe.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.