Aku menemani Yati ke kedai runcit untuk membeli telur dan minyak masak. Kami berjalan sejauh satu kilometer untuk ke kedai runcit Man Tompok. Aku pun tidak tahu kenapa orang memanggilnya dengan nama begitu. Malas nak tanya Maklong tadi.
Yati memilih minyak masak sambil memegang dompetnya. "Bang, Mak nak yang ni tadi" kata Yati. Aku angkat minyak masak yang beratnya dalam 3 kilogram lalu meluru pergi ke kaunter pembayaran.
Tiba-tiba aku ternampak Alya dan seorang perempuan berjalan masuk ke kedai. Alya tersenyum lalu menegurku. "Hai Adam. Datang dengan sape?". "Hai, datang dengan Yati. Dia ada kat belakang tu rasanya." Balasku. "Siapa budak ni Alya?" tanya perempuan yang datang bersama Alya tadi. Seperti ku kenal wajah tersebut. Ya. Mak Cik Leha!
"Oh ini Adam. Anak saudara Maklong dengan Pak Cik Hamid." Balas Alya. Riak wajah Mak Cik Leha terus berubah. Seperti hendak menelan aku hidup hidup. "Aku taknak tengok lagi kau berkawan dengan budak ni lagi Alya" Jerit Mak Cik Leha. Seakan akan ada lembing yang menusuk ke jantungku. Aku terdiam begitu saja. "Dia ni anak perogol" tambahnya lagi.
Suasana jadi gegak gempita dengan suara Mak Cik Leha. Lalu datang seorang lelaki bertubuh besar. Terdapat tompok-tompok di lengannya. Mungkin tanda lahir. "Sudah la tu Leha. Jangan buat kecoh kat kedai aku ni" tegur Man Tompok. Pemilik kedai. Mak Cik Leha menarik Alya pulang. Seperti Mak Cik Leha tidak mahu anak saudaranya berkawan dengan aku.
Apa akan aku lakukan dengan perasaan aku ini. Apakah patut aku buang perasaan aku terhadap Alya agar tidak membuat kecoh di kampung ini? Tidak. Aku tidak akan melepaskan perasaan ini. Alya ialah satu satunya perempuan yang pernah tersangkut di hati aku. Cinta pandang pertama. Tidak akan aku buang perasaan ini. Tidak akan !
(Aku akan update sambungannya pada 29 Dec ni nanti. korang jangan risau. cite ni panjang lagi. So stay tuned)
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.