Keputusan SPM sudah diumumkan. Alhamdulillah. Aku dapat 10 A+. Dapat jugak aku membanggakan Mak Long dan Pakcik Hamid. Dapat jugak aku jadi role model terhadap Yati yang akan menjalani ujian SPM tahun ini. Yati tu sudah ku anggap seperti adik sendiri.
"Tahniah Adam. Maklong bangga sangat dengan Adam. Besok kita buat kenduri kesyukuran okay?" puji Maklong. "Eh tak payah la susah-susah Maklong." Tolakku. "Mana boleh, kamu satu satunya yang dapat 10A+ di kampung ini" balas Maklong.
Namun begitu. Aku masih tertanya-tanya. Alya dapat berapa A? perasaan hendak tahu menguasai diri. Aku panggil Yati untuk bertanya tentang keputusan SPM Alya. "Alya dapat 9A je abang Adam." Kata Yati. Lega rasa hatiku. Seolah olah aku pula yang menjadi penjaga Alya.
Keesokan harinya, Majlis Kesyukuran berlangsung dengan meriahnya. Aku melayan tetamu Mak Long dan Pak Cik Hamid di ruang tamu. Namun begitu, terdapat seorang lagi tetamu yang aku tunggu tunggu sejak semalam lagi. Wajahnya tidak muncul-muncul. Membuatkan aku risau. Sudah banyak hari dia tidak datang ke rumah ini setelah peristiwa di kedai Man Tompok.
"Abang! Sini, sini!" panggil Hayati. Aku meluru ke arah gadis itu. Perasaanku berharap agar Alya bersama dengannya. Namun tidak sekali. Hayati menghulurkan sepucuk surat. "Ni surat daripada kak Alya untuk abang" kata Hayati. Terus aku ambil surat itu dan simpan di dalam bilik.
Malam itu, Aku tutup pintu bilikku serapat-rapatnya. Aku memerlukan privasi untuk membaca surat ini. Pelbagai perkara yang bermain di fikiran aku ini sejak pagi tadi. Apa isi kandungan surat ini akan meruntuhkan jiwa aku? Apa isi kandungan surat ini menceriakan hari aku? Sudah seharian aku menunggu kedatangannya semasa majlis nan berlangsung. Aku membuka sampul surat tersebut dengan penuh berhati-hati.
Assalamualaikum Adam. Pertama sekali. Alya nak mintak maaf kat Adam sebab tak datang majlis Adam tadi. Tahniah Adam sebab dapat straight A's. Semoga dengan result tu Adam dapat kejar cita-cita Adam untuk jadi Doktor. Pasal kejadian kat Kedai Man Tompok tu Adam jangan la amik hati sangat dengan Mak Cik Leha. Mungkin dia masih teringatkan kat arwah ayah Adam. Dia dah cerita semua kat Alya. Harap Adam sabar dengan perangai Mak Cik Leha. Alya jugak nak mintak maaf sebab tak datang ke rumah ajarkan Hayati. Atuk dah tak bagi Alya ke sana selepas Mak Cik Leha berbincang dengan Atuk. Alya turuti saja permintaan mereka. Mereka tak suka Alya rapat dengan Adam. Sebenarnya jujur dari benak hati, Alya mempunyai perasaan terhadap Adam. Tetapi Alya tahu, Atuk pasti tidak merestui. Lebih elok Alya simpan saja perasaan ini terhadap Adam. Jika Adam mahu menolaknya, Alya reda. Mungkin kelemahan dari diri Alya. Sampai disini saja luahan Alya. Assalamualaikum
Alya.
Kalau tidak disebabkan bumbung rumah Mak Long ni, dah lama aku terbang ke angkasa selepas membaca surat tersebut. Aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan. Alhamdulillah. Tetapi aku pun tahu. Alya terlalu baik, solehah. Dia tak kan tinggal apa yang disuruh Tuhan dalam Al-Quran ayat 17:32. Aku pun tidak mahu merosakkan Alya dengan cinta bukan di jalan Allah. Cukuplah sekadar aku tahu dia suka aku. Itu pun dah cukup gembira buat aku setelah lama merasakan diri ini kosong setelah pemergian Mak dan Ayah. Kata ustaz di surau tempoh hari, jodoh ada 3 jenis. Pertama, Jodoh dari Syaitan. Kedua, jodoh dari cinta. Ketiga, jodoh dari Allah. Semestinya aku mahu mengejar jodoh yang ketiga itu. Insha-Allah.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.