Kipas berpusing menyamankan suasana di rumah Mak Long. Bunyi cengkerik menghidupkan lagi suasana kampung di malam hari. Seperti baru semalam aku sampai di rumah Mak Long. Banyak kenangan yang telah aku bina di rumah dan di kampung ini. Takdir Allah itu memang cantik. Allah tidak akan mencipta kesusahan kepada kita jika kita tidak mampu mengharunginya. Kematian Ibu dan Ayah aku telah membawa aku ke sini, bertemu dengan keluarga baru aku. Takdir Tuhan juga telah menemukan aku kepada seorang gadis. Gadis di mana membuatkan aku kuat untuk hidup. Kuat untuk menharungi segala cabaran ini. Akan aku abadikan kenangan ini di dalam memori untuk di bawa ke negara Nabi Musa A.S. 5 Tahun bukannya sebentar.
"Cuba kamu periksa senarai keperluan tu Adam, ada lagi tak barang-barang yang tertinggal?" tanya Maklong sambil melipat baju aku untuk dimuatkan ke dalam bagasi. "Adam rasa dah tak ada MakLong. Semua Adam dah periksa tadi." Balas aku. Di suatu sudut lagi kelihatan Hayati sedang menggosok baju aku. Pak Cik Hamid sedang menolong Mak Long melipat baju. Semua orang bersinergi untuk menyiapkan barang-barang keperluan aku untuk ke Mesir esok setelah 2 minggu mengikuti khusus persediaan awal di Kuala Lumpur tempoh hari.
Terbisik di hatiku untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga aku yang kaya pun tidak, jembel pun tidak. Tetapi aku akan berusaha agar keluarga ini akan hidup dengan senang-lenang kemudian hari bertujuan untuk membalas jasa mereka. Aku juga akan membuktikan kepada Atuk Sudin bahawa aku ini bukan orang sia-sia dan layak untuk menjaga Alya.
"psstt Abang Adam, besok kak Alya nak jumpa lepas solat subuh kat surau." Bisik Yati. "Hah? Betul ke?" jerit aku kerana terkejut. "Eh abang ni, slow sikit. Nanti Mak dengar!" marah Yati. Kelihatan Maklong sedang pandang kami kerana suara aku yang agak kuat tadi. Gembira katako! "Apa yang korang bising bising ni, Yati, dah dah la tu kacau abang Adam kamu tu" tegur MakLong. Kami hanya tersenyum seperti kerang busuk.
Sudah lama aku tak berbual dengan Alya. Kalau terserempak di surau tu ada la juga tetapi tak pernah kami berbual. Semasa itu la rindu aku terubat apabila melihat Alya. Aku ingatkan Alya sudah tidak mahu berkawan dengan aku. Jadi aku tidak mengganggunya kerana risau Atuk Sudin akan nampak. Fikiran aku bercelaru kerana tak sabar menunggu hari esok untuk berjumpa Alya tetapi tidak mahu ketibaan hari esok kerana tidak mahu meninggalkan kampung ini. Tidak mampu meninggalkan Alya.
****************************************
Selesai solat subuh. Kami para Jemaah bersalam-salaman. Ada yang memberi kata-kata semangat kepada aku. Ada yang menghulurkan wang kepada aku untuk dibuat berbelanja di sana. Tetapi hati ini sudah tidak sabar untuk keluar dari surau kerana risau Alya sudah pulang ke rumah. Tetapi wajah Atuk Sudin tidak kelihatan hari ini di surau.
Aku meluru keluar dari surau dan menyarung sepatuku. Kelihatan si Yati sedang bersama dengan Alya di bahu jalan. Terasa kekok untuk memulakan perbualan. Tetapi memikirkan hari ini hari terakhir aku di sini, aku beranikan diri juga untuk berbual dengan Alya dan cuba sampaikan hasrat aku yang telah lama terpendam.
"Assalamualaikum Alya." Kata aku sambil kami berjalan. Aku lihat Yati sedikit ke belakang daripada kami. Haa pandai pun. "Waalaikumusalam Adam." Balas Alya. "Mana Atuk Sudin? Tak nampak pun dia kat surau tadi?" tanya aku. "Atuk tak sihat. Tak boleh datang ke surau hari ini" balas Alya. Aku rasa hari ini merupakan peluang terakhir dan waktu yang sesuai untuk sampaikan hasrat ini.
"Alya, Adam ada benda nak bagitahu Alya." Kata aku. Alya tersentak. Matanya terus memandangku.
"Bagitau apa Adam?" tanya Alya. "Adam sebenarnya ada suka seorang gadis di kampung ini. Tetapi Adam tidak pernah berpeluang untuk menyampaikan hasrat ini kepadanya. Adam ingatkan dia tidak suka berkawan dengan Adam. Jadi Adam berhenti berhubung dengannya. Tetapi suka Adam akannya tidak pernah padam. Boleh dikatakan setiap hari jugak la Adam fikir pasal budak tu" bagitahu aku. Aku lihat wajah Alya kebingungan. "Jadi kenapa Adam bagitahu kat Alya? Kenapa tak bagitahu terus budak tu?" tanya Alya. "Sebab budak tu ada depan Adam. 5 Tahun lagi Adam akan jemput budak tu. Adam akan buat dia jadi teman hidup Adam. Adam akan bahagiakan budak tu. Adam janji Adam akan jaga dia. Tapi tu kalau 5 tahun lagi dia masih suka Adam." Balas aku dengan nada yang rendah.Alya tersenyum. Pipinya kemerah-merahan. "Alya rasa budak tu akan pegang cinta dia kat Adam. Tak kira walau ajal menjemput. Tidak di dunia. Di syurga juga akan ada jodohnya. Budak tu akan jaga cinta dia kat Adam senirmala yang mungkin. Tidak akan ada orang lain yang dapat menggantikan Adam. Walaupun kaya, gagah, berpangkat, dihormati. Adam jua akan memiliki hatinya." Balas Alya.
Aku faham yang Alya cuba sampaikan kepada aku walaupun dia berkias. "Baiklah, akan Adam bawa hati ini ke Mesir dan Adam akan kunci serapat yang mungkin agar tiada orang yang masuk selain budak tu. Adam akan sentiasa berkirim surat kepadanya agar tali silaturrahim sentiasa terjalin." Kata aku.
"Alya pasti budak tu tidak sabar sabar menunggu surat-surat Adam." Balas Alya sambil tertunduk-tunduk. Sampai di simpang perpisahan antara rumah aku dan rumah Alya. Kami berhenti berbual. Aku nampak Yati menunjukkan tanda isyarat dengan menunjukkkan jamnya tanda sudah lama aku berbual dengan Alya. Haha. Ada saja budak ni. Kami berpisah di simpang jalan. Itulah kali terakhir aku melihat Alya. Berat sungguh bila nak meninggalkan kekasih hati. Semoga Tuhan terus menjaganya.
Pukul 11 tengah hari. Ramai orang berkumpul di rumah Maklong. Penerbangan aku ke Mesir pada pukul 4 petang. Jadi kami mahu bertolak awal ke KLIA. Aku bersalaman dengan orang kampung. Ada juga aku intai-intai takut takut Alya datang. Tapi tidak kelihatan. Tak apalah. Sudah berjumpa pagi pun dah bahagia buat aku. Segala hasrat sudah ku sampaikan.
Kami bertolak menuju ke KLIA. Semasa di hadapan kedai runcit Man Tompok. Kelihatan Alya dan Mak Cik Leha di hadapan kedai itu. Aku senyum kepada Alya. Alya membalas senyuman aku tetapi tidak lama kemudian Mak Cik Leha menariknya masuk ke dalam kedai sambil menjeling ke arah aku. "Selamat tinggal Alya." Bisik hati aku.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.