Aku membuka surat yang dibalas oleh Adam. Surat itu baru sahaja diberi oleh Yati semasa aku mengajar di rumahnya. Perasaan tertanya-tanya apakah kandungan surat itu. Aku sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Adam. Aku amat tertarik dengan tingkah lakunya yang hormat akan orang tua, berbudi bahasa dan berbeza daripada lelaki lain di kampung ini. Lelaki di kampung ini suka berhedonisme. Aku amat membencikan perkara itu. Aku banyak bertanyakan dengan Yati tentang latar belakang Adam. Aku harap Yati tidak memberitahunya yang aku selalu bertanyakan tentang Adam. Tetapi, ada sedikit halangan untuk aku terus saja menyimpan perasaan ini di benakku kerana Atuk sangat tidak suka dengan Adam. Aku yakin, ini pasti dia termakan kata-kata Mak Cik Leha bertahun yang lalu.
Assalamualaikum Alya. Tujuan saya membalas surat awak kerana saya pun ingin berterima kasih kepada awak kerana awak sudi mengajar sepupu saya, Hayati. Jika awak sudi, Sudikah awak menjadi sahabat saya. Kerana selama ini saya tidak mempunyai sahabat perempuan di kampung ini. Saya akan berusaha untuk berbaik baik dengan datuk awak. Keputusan SPM tinggal seminggu sahaja lagi. Awak ingin sambung pengajian di Universiti mana?
Patutkah aku membalas surat ini? Atau pun aku terus bersemuka dengannya sahaja nanti di rumah Hayati. Aku bimbang surat-surat ini akan dijumpai oleh Atuk. Aku melipat surat tersebut lalu ku selitkan di bawah tilam. Dengan harapan surat-surat ini tidak dijumpai oleh sesiapa.
"Alya . Datang sini kejap cu. Ada orang datang ni"panggil datukku. Aku memakai tudungku yang tergantung di tepi almari. Aku keluar dari bilik lalu bergegas menuju ke ruang tamu. "Haa kenalkan Seman, ni cucu aku. Alya namanya" Kata Datuk kepada Pak Cik Seman. "Ooo, inilah Alya. Dah besar dah kamu. Alya umur 18 tahun kan sekarang?"Tanya Pak Cik Seman. Aku hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan tersebut.
Setelah Pak Cik Seman pulang, Aku bertanyakan kepada Atuk. "Siapa Pak Cik tu?". "Pak Cik Seman tu orang kaya di kampung sebelah. Dia baru pulang ke kampungnya setelah bertahun tahun tinggal di kota kerana urusan perniagaan. Dia ada seorang anak lelaki. Jalal namanya. Umur sama macam kamu. Sewaktu kamu kecil, Pak Cik Seman selalu berkunjung ke sini. Kamu selalu bermain dengan anaknya, Jalal.
Aku tidak pernah ingat akan peristiwa itu kerana pada waktu itu aku masih kecil. Tiada memori yang kuat lagi pada masa itu.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomanceJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.