Bab 16: Takdir

525 11 0
                                        

Pada hari itu, aku menuju ke pasar pagi bersama suamiku , Hamid. Banyak juga kenalanku yang aku terserempak di sana. Pelbagai perkara kami kongsikan bersama sambil membeli sayur segar dan lauk mentah untuk dibuat santapan bersama keluarga. Namun aku membeli sedikit saja lauk mentah. Cukuplah sekadar untuk kami berdua makan. Lagi pun anak aku Yati dan Adam tidak ada di rumah. Tinggal lah kami yang tua ini meneruskan sisa hidup yang berbaki ini berbakti kepada Tuhan.

Aku menuju ke kedai Pak Yen yang menjual ikan segar dan murah. Aku sudah biasa dengan kedai tu. Sebab tu aku suka membeli di situ. Sedang asyik memilih ikan siakap, tiba-tiba tangan aku bersentuh dengan tangan pelanggan lain yang juga mahukan ikan itu juga. Aku bangkit daripada tunduk untuk melihat siapa bertujuan untuk meminta maaf.

Alangkah terkejutnya aku, kelihatan satu budak perempuan yang aku amat kenal wajahnya. Sedang berdiri di hadapanku dengan muka tergamam. "Alya ? cuti sem ke?" tanya aku. Budak it uterus menurunkan bakulnya ke tanah dan bersalaman dengan aku. Sungguh berbudi bahasa budak ini. "Cuti study week je Mak Long" balasnya dengan suara yang rendah. Sudah lama aku tidak melihatnya setelah dia berkahwin dengan anak si Seman, Aziz. Alya dibawa ke Kuala Lumpur dan menetap di sana bersama suaminya. Budak itu muda lagi. Aku tahu Alya juga amat sayangkan Adam.

Sudah bermacam-macam cara aku buat agar pinangan aku bagi pihak Adam diterima. Namun keras hati si Sudin Tuhan saja yang tahu. Kesian Adam. Macam mana lah aku harus berdepan dengannya untuk memberitahu hal sebenar. Semasa aku amati wajah budak itu. Aku terlihat kesan bengkak di bahagian bibir. "Alya, kenapa dengan bibir kamu tu? Bengkak tu." Beritahu aku. "Eh tak la Mak Long, Alya terjatuh semalam kat rumah." Katanya sambil menutup bengkak di bahagian bibirnya dengan tudung. Aku iyakan saja. "Baiklah Alya, jaga diri baik baik. Kirim salam dekat atuk kamu tu." Ujarku. "Baiklah Mak Long" balasnya sambil tersenyum.

Setelah selesai membeli, aku dan suamiku menuju ke kereta. Semasa Hamid menekan minyak agar kereta bergerak, tiba-tiba ada satu kereta memberi hon kepada kami kerana Hamid nyaris melanggar keretanya. "Woi orang tua! Mata tu letak kat mana. Dah tua pun masih nak bawak kereta." Kata pemuda itu. Hamid terus turun dari kereta kerana ingin meminta maaf. Aku juga turun dari kereta untuk memastikan keadaan di luar baik baik saja. "Maafkan pakcik nak, pakcik tak sedar tadi ada kereta kamu tadi." Kata Hamid. "Alaaa alasan saja orang tua ni!" kata pemuda itu.

Aku mula sedar satu perkara. Kalau tidak silap, ini Aziz, suami Alya. Aku lihat di bahagian tempat duduk belakang, kelihatan satu tubuh kecil bertudung labuh. Itu alya! Bentak aku. Betul la itu suaminya. "Abang sudah la tu. Minta maaf balik kat mereka. Mereka tu Mak Long dan Pak Cik Hamid, kawannya Atuk" kata Alya.

"Ahhhhh aku tidak kira menteri ke siapa ke nak langgar aku, mereka ni patut kena belasah. Kau siapa nak nasihatkan aku hah!" bentak Aziz. Aku menarik lengan Hamid agar beredar dari situ. Semakin lama kami di situ, lain pula jadinya.

"Awak kenal siapa budak perempuan tu tadi? Alya kan? Cucu Sudin kan?" kata Hamid. "Ya saya kenal sangat. Garang betul suaminya. Terkejut saya. Saya doakan Alya tu baik baik saja" kata aku. Sampai di rumah. Aku duduk sebentar di tangga. Memikirkan hal tadi. Harap rumahtangga mereka aman saja. Pernikahan di usia muda ini bukan senang.

******************

Masih terngiang-ngiang peristiwa tadi di fikiranku. Malu sungguh aku dengan Mak Long akan sikap suamiku , Aziz. Hampir 10 bulan kami mendirikan rumah tangga. Namun aku tidak pernah bahagia bersamanya. Aziz yang tidak menyambung pelajarannya malah mengharapkan wang dari Ayahnya saja untuk meneruskan kehidupan kami berdua.

Kadang-kadang duit itu dihabiskan oleh Aziz seorang saja. Aku pun tidak tahu duit itu digunakan untuk apa. Aku tidak mahu tanya lebih akan hal itu kerana risau tangannya pula hinggap di pipi aku. Baru semalam aku ditamparnya kerana tidak menyediakan makan malam kerana aku tertidur kerana letih menyiapkan assignment aku. Dituduhnya aku isteri yang tidak berguna. Aku sabar saja. Kerana ini juga kehendak aku dan persetujuan daripada aku untuk berkahwin dengannya. Walaupun desakan dari Atuk. Aku juga berfikir panjang. Aku tidak mahu menyusahkan atuk lagi.

Tetapi aku telah memungkiri satu janji, janji yang aku meterai semasa Adam hendak ke Mesir tahun lalu. Aku sangat sayang akan Adam. Namun aku fikir takdir aku memang begini. Aku tidak mahu menjadi cucu yang derhaka kepada datuknya. Datuk yang telah lama menjaga aku sejak dari kecil. Aku korbankan saja cinta aku dengan Adam. Aku buang jauh jauh cinta aku kepada Adam. Aku turutkan saja kehendak atuk.

Tetapi setelah itu, aku tidak merasai lagi satu nikmat iaitu nikmat cinta yang pernah aku kongsi bersama Adam. Aziz hanya menganggap aku sebagai bonekanya. Nafkah tidak pernah diberi kepada aku. Namun aku masih berharap dengan wang elaun pelajaran aku. Aku tidak pernah memberitahu perkara itu kepada Aziz kerana risau dia akan mengambil wang tersebut.

Aku juga tidak pernah memberitahu hal ini kepada Atuk agar Atuk tidak merisaukan hal aku di sini. Aku tidak mahu Atuk tahu. Mungkin hal ini akan menambahkan lagi sakit Atuk kerana atuk yang telah lama menghidap komplikasi jantung.

Kami menetap di satu kondominium dekat dengan universiti aku setelah kami berkahwin. Namun Aziz jarang pulang ke rumah. Kadang-kadang kepulangannya membuatkan aku dizalimi. Dalam keadaannya yang mabuk mabuk memukulku tanpa rasa sedikit pun belas kasihan. Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan petunjuk dan hidayah kepada Aziz.

Sebelum kami berkahwin, aku telah menulis satu surat kepada Hayati untuk dikirimkan kepada Adam di Mesir. Namun surat itu tidak bersampul kerana keadaan pada masa itu terlalu kalut. Aku menyuruh saja Yati menguruskan surat itu kerana risau diketahui Atuk.

Dalam surat itu, Aku nyatakan bahawa aku mahu putuskan hubungan ini. aku memberitahu Adam bahawa ini memang kehendak aku dan bukan paksaan dari Atuk. Kebahagiaan itu akan lahir tidak kira sesiapa saja pasangan kita. Aku juga berharap Adam dapat menerima keputusan aku. Cukuplah kita menjadi sahabat hingga ke syurga dan buanglah janji kita sebelum ini.


Sucikan AkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang